Kerjaya Sebagai Juruukur Bahan

Kerjaya Sebagai Juruukur Bahan

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Ada lagi rezeki sampai detik ini.

Harini Azwan nak share tips menjadi seorang Juruukur Bahan yang baik. In shaa Allah.

Alhamdulillah sekarang Azwan bekerja sebagai Juruukur Bahan (QS) in firma perunding (QS Firm). Rezeki Allah beri. Sebenarnya tak pernah terdetik nak kerja as QS ni. Tapi kita kan hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Hehe.

Kerjaya seorang QS ni bukan mudah ye. Ia memerlukan daya tahan yang kuat dari aspek mental dan fizikal cehh. Haha takdelah. Sebenarnya biasa je (pada yang dah ada pengalaman over 5 years). Macam Azwan ni baru merangkak biasalah kan. Nak timba ilmu bukan senang kan? Takpe merangkak dulu.

Apa yang Azwan timba dari lecturer dan QS sendiri, untuk menjadikan seorang QS itu lebih mahir dalam major scope as QS ni adalah dengan start dengan Consultant dulu. Sebab QS ni dengan Contract macam adik beradik dah.

So Azwan syorkan lepas habis belajar tak kisah Dip ke, Degree ke kan, start lah dengan consultant dulu. Seriously sangat membantu. (Tapi kalau rezeki di Contractor ke Developer ke Client ke pergi je jangan tolak).

Antara scope of works for QS in consultant adalah:

1. Prepare Feasibility Study (FS)

FS ni lah yang penting sekali sebelum start project. Yelah mana tak nye, client mestilah nak tau profit dia bila dia develop dan invest any development. SO nilah QS kena prepare. Tak kisah project tu residential ke commercial ke industrual ke kan.

Sebagai contoh, client nak buat terrace house 300 unit dalam satu tanah yang besar. So depa nak tau profit bro profit haha. Ia dipanggil “Return on Investment’ ROI. Normally dalam project ROI dia mesti 10%-30% (tertakluk kepada project juga ye, subject to change). So QS kena mahir dalam bab ni.

2. Taking Off Quantities (Measurement)

Perhh ni antara skills yang wajib ada dalam diri QS. Keba mahirkan juga sebab apa? Kalau tak mahir takpe, Azwan percaya majikan akan ajar atau senior akan ajar. Dont worry. Slow slow belajar. Learning process. Ia terbahagi kepada Architectural dan Structural.

So QS kena come out with Quan from those drawings. Part yang complicated sikit ialah nak kira besi adoiyaiii pening. Tapi memang kena teliti kira tu. Yang lain pun teliti juga. Jangan seborono je kira. Hahaha.

3. Prepare Bills of Quantities (BQ)

BQ ni penting juga haha. (Semua penting) Normally korang kena hadam drawings betul betul sbab all the spec ada kat situ. Dari substructure sampai lah superstructure. Ingat jangan tertinggal item dalam BQ. Puanh nanti haha. Haa tadi kan korang kira quan kan? So korang kena link kan quan tu ke BQ korang. BQ penting juga tau. Ibarat buku project tu hehe.

4. Prepare Tender/Contract Document

Ini wajib kot QS kena prepare. Especially consultant. Bila korang ada pengalaman buat ni memang superb lah sebab apa sebab korang tau contract apa yang nak pakai semua. Clause clause yang terlibat. In the future if anything happen, QS boleh refer je contract. Kalau delay project ke kan, berapa denda yang kena bayar, dan macam macam lagi. Ini yang penting tau as QS ni. All about contract. Sangat penting.

Bila client tanya apa apa so korang dah ada ‘clause’ dalam mind korang. Make sure yang related eh jangan semborono je bagi clause. Dari situ Client nampak kredibiliti korang wehhh. Kot mana tau ada rezeki depa panggil kerja dengan depa kan. Possible bro.

Tu je Azwan rasa penting disamping QS kena buat:

– Cash flow
– Final Account
– Variation Order (VO)
– Admin works

So QS ni tak susah tau. Korang kena ada soft skills, jangan malu nak tanya. Tak tau cakap tak tau. Jangan memandai. Betul Azwan cakap ni. Kadang Azwan pun memandai juga hahahaha.

Tu je lah yang boleh dikongsikan. Kalau ada kekurangan Azwan mohon maaf ye, dari insan yang dahagakan ilmu.

P/s : Azwan just share pengalaman di Consultant. Tapi kalau Allah beri rezeki selain Consultant korang proceed je. Ilmu juga tu. Pelan pelan kayuh gamaknye. Hehe.

Nanti sambung next entry. Terima kasih ye. Bye.

– Azwan Zamhari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit