Kesan Kepada Si Baran

Baru lepas baca confessions bertajuk Baran itu Penyakit jiwa, (https://iiumc.com/700am1102021/).

Aku cuma nak menambah kepada isu baran dari sudut kesan kepada si pembaran. Mungkin boleh jadi iktibar kepada mereka yang merasakan diri itu seorang baran atau membuatkan kita fikir banyak kali untuk melayan diri menjadi seorang yang baran.

Berbeza orang yang tegas atau panas baran. Panas baran ini pada pandangan aku sifat marahnya melampau-lampau tanpa mengira betul atau salah sendiri. Kebanyakkan fokusnya hanyalah orang yang lemah daripadanya dan selalunya mereka disekitar dia.

Contoh isteri, anak-anak atau staf bawahan di mana mereka ini semua dibawah kawalannya. Selalunya si pembaran ini dengan orang luar atau tidak berkaitan menunjukkan topeng seorang yang baik.

Hasil pemerhatian aku dikala usia pertengahan 40an ini dan pertanyaaan kepada waris-waris, mereka yang baran ketika muda ataupun sampai ke tua.

Pengakhiran hidupnya sama ada strok/ lumpuh ataupun hilang kawan dan selalunya akan dapat pakej keseluruhannya.

Meh aku ceritakan kes-kes yang berlaku. Bukan membuka aib kerana aku takkan ‘mention’ nama mereka apatah lagi negeri yang diduduki. Jadikan sebagai iktibar sahaja.

Kes 1: Bos Pemarah

Aku pernah dapat bos yang berusia 50an ketika aku diawal alam pekerjaan iaitu umur 20an (Lebih 15 tahun dulu). Staf ramai.

Tapi bos aku punya toksid hampir setiap staf pernah kena marah/maki walaupun jawatan driver atau penghantar surat. Setiap staf masuk biliknya, sama ada dipanggil atau untuk melaporkan tugasan yang diberi, hampir pasti kena marah atau maki atau kena baling fail.

Kitaorang boleh jadikan gurauan, dalam sebulan berkerja boleh kira dengan jari sebelah tangan berapa hari tak kena marah atau maki. Diakhir-akhir perkhidmatannya, kuranglah marahnya mungkin faktor usia (namun sesekali sifat pemarahnya masih tetap ada).

Hingga akhirnya diapun meninggalkan syarikat dan diganti oleh orang lain. 2019- dapat perkhabaran si ex bos koma kerana saluran darah putus di kepala ketika berada dirumah. Hinggalah mampu bertahan 2/3 hari dihospital sebelum dijemput Allah kembali.

Malangnya di majlis pengebumiaannya, para sahabat atau ex staf yang agak ramai sebelum ini termasuk aku, tidak berkesempatan,

Atau sudi melapangkan masa menziarahinya walaupun mendapat perkhabaran kematian sejak awal pagi dan rumahnya tak sampai 15 km daripada tempat kerja.

Dikhabarkan hanya ada anak-anak dan beberapa orang saudara terdekat serta jiran sekitar rumah. Entahlah.

Nak dikatakan aku dendam tak juga sebab lepas dia bersara aku boleh menegurnya jika terserempak dan tidak sempat mengelak. Tapi lebih kepada tiada perasaan menghargai atau sayang kot.

Kes 2: Ayah/ Suami pemarah

Seperti mana kita semua tahu asam garam hidup dengan si suami dan ayah yang panas baran. Segala maki hamun, halau menghalau dan baling membaling dilakukan sesuka hati ke atas si mangsa yang terdiri daripada isteri dan anaknya. Tiga orang aku jumpa begini.

Seorang bapa saudara, seorang lagi saudara sebelah isteri dan seorang lagi suami makcik di tempat kerja aku. Namun, macam biasa diakhir usia semakin kurang panas barannya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya diakhiri dengan strok. Ada yang separuh badan dan ada yang keseluruhan badannya hingga menagih simpati anak isteri untuk menguruskan diri. 2 orang daripadanya telahpun menemui Maha Pencipta.

Kes 3: Guru Besar Pemarah

Ini kisah sahabat aku seorang guru. Seorang guru besar menjadi pemarah dengan cikgu-cikgunya demi mencapai cita-cita peribadi di bidang kerjaya.

Demi mengejar taruhan nama baik di mata atasan, maka perasaan guru-guru biasa dikorban dan dijadikan kerahan hingga melahirkan perasaan benci.

Sampai waktunya, akhirnya guru besar tersebut bersara. Hari persaraan ramailah yang ambil cuti dengan pelbagai alasan disusuli dengan rasa syukur dan gembira guru2 atas persaraan guru besar tersebut.

Selepas beberapa tempoh persaraan, para guru dapat perkhabaran si guru besar menghidapi strok.

Malangnya, tiada seorangpun yang berhajat menziarah walaupun jarak sekolah dan rumah ex guru besar tidak jauh mana.

Masa berlalu hingga si guru besar pulih sedikit demi sedikit dan cuba mencari guru-guru yang lalu untuk meminta maaf atas keterlanjuran yang lepas.

Namun, ramai yang tidak hiraukan walaupun sekadar menyambut panggilan telefon.

Kes begini aku selalu jumpa bagi Ketua-ketua kanan Jabatan Kerajaan yang berpangkat datuk. Semasa menjawat memang sombong + garang dalam menunjukkan kuasa.

Selepas bersara, semua staf ataupun mereka yang mengenalinya akan menjauhkan diri. Apatah lagi bertanya khabar atau melayani urusan berkaitan kerajaan. Ada yang sampai solat jumaat satu saf dengan merekapun tidak mahu.

Kesimpulan aku, mungkin mereka yang panas baran ini banyak membuatkan darah bergerak secara tak normal hingga mengakibatkan penyakit berkaitan.

Wallahualam aku bukan bidang doktor. Agak je. Mungkin juga kesan daripada doa yang selalu kena maki tu kot.

Oleh itu, nasihat untuk hidup dan mati mulia, kawallah diri daripada melayan penyakit jiwa yang sia-sia ini. Jagalah hubungan dengan Allah dan manusia seperti disaran agama Islam.

Kadang-kadang bila aku dalam keadaan marah, aku jadikan kes-kes di atas sebagai iktibar. Mudah-mudahan kita semua dilindungi daripada penyakit jiwa ini.

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *