Kisah Anak Patung Mahal

Assalamualaikum pembaca IIUM. Terima kasih admin kalau publish cerita aku ni. Heads up, ini bukan cerita hantu. Hehe

Aku seorang wanita, umur awal 30 an, sudah berumah tangga dan hanya ada seorang anak. Perempuan, 5 tahun.

Dan aku sangat suka anak patung. Bukan anak patung yang soft toys tu, tapi yang macam patung barbie tu. Masa aku kecik2 dulu, aku pernah ada lah 2 3 barbie ni. Sekarang, aku dah besar, walaupun aku mampu beli banyak2 barbie, aku hanya tengok2 je, tak beli. Sebab? Minat aku dah upgrade; dari anak patung yang biasa2 kepada anak patung resin yang jauh lebih mahal harganya.

Pernah dengar ball jointed doll (BJD) tak? Ball jointed doll ni kualiti dia jauh lagi bagus daripada barbie2 yang korang tengok dekat Toys’r’us tu. Diperbuat daripada resin dan rupa dia lebih kepada realistic dan ada jugak yang anime-like. Articulation dia pun lagi bagus daripada patung2 biasa. BJD ni siap boleh tukar2 lagi anak mata dia dengan tukar2 rambut; ada banyak pilihan warna anak mata dan style rambut (wig). Design baju2 dia pun cantik2 dan berlambak dijual di internet.

First time bila aku tahu pasal BJD ni memang hampir semua BJD store aku usha (hampir ye, world wide web ni terlalu luas untuk aku usha semua). Iplehouse, Dollmore, Peakswood, Soom, Luts, Volks, etc etc. Tak termasuk website2 dollfie. Dollfie ni patung2 yang muka dia lebih anime like. Korang kenal Jimmy Choo? Yes, yang famous dengan jenama tahap world class tu. Anak dia, Danny Choo, adalah usahawan yang buat dollfie ni or lebih dikenali sebagai smart doll. Dia terkenal dengan dollfie Mirai Doll. Based in Japan dan dia akan balik Malaysia kadang2 untuk promote patung dia dekat event2 macam Comic Fiesta dll.

TAPI.

Tapi, BJD ni tersangatlah mahal harga dia. Untuk basic doll (tanpa face up (make up), anak mata, rambut, baju, accessories) harga dia boleh cecah dalam 200USD. 200USD tu pun untuk BJD bersaiz 30/40cm. Belum lagi yang saiz 50/60/70cm. Ada jugak yang bawah 200USD tapi yang tu memang susah nak jumpa kecuali sale or defect item or yang saiz lagi kecik, 20/10cm.

Kisah anak patung mahal ni bermula bila aku beli satu, dengan Iplehouse. Dalam banyak2 online webstore, Iplehouse antara store yang BJD dia mahal gila (sobs3) tapi product diorg sangat high quality dari basic doll, sampai lah ke sekecil2 accessories macam pin rambut untuk anak patung tu. Nasib baik Iplehouse ni ada option untuk layaway (webstore lain pun ada jugak tapi tak semua). Layaway ni, korang place order dulu, and dalam tempoh yang tertentu (6 or 12 bulan contohnya), korang bayar sikit2 sampai cukup jumlah BJD korang, baru diorang akan pos BJD tu pada korang. BJD korang akan dibuat (designed) sebaik sahaja korang place order. Dia takde yang ready stock. Kalau ada pun yang defect atau yang dah dilelong. So, aku beli satu BJD dengan Iplehouse ni dengan layaway.

Disebabkan aku terlalu tua untuk main anak patung (rasa bersalah dan malu sebab dah umur 30 lebih pun suka anak patung, but hey, this is what this page is about; confession), aku konon2nye nak belikan untuk anak aku. Budak 5 tahun nak bagi main anak patung mahal? Kau gila? Well, sedikit gila, tapi setakat yang anak aku main ni, dia sangat cermat dengan BJD dia, lepas main, dia akan simpan balik dalam kotak BJD dia kemas2 dan akan panggil aku kalau dia nak simpan atau ambil patung tu. Mungkin sebab BJD tu cantik, dia jadi sayang sangat dengan patung tu or sebab dia tahu patung tu mahal, jadi dia jaga elok2. Huhu (p/s: aku tak display anak patung tu walaupun macam cantik gila kalau letak atas shelves. Dah macam berhala dah aku tengok kalau display2 ni. So, into the black box you go)

Sebelum aku place order tu, aku siap discuss lagi dengan anak aku dia nak yang mana, maklum lah nak belikan untuk dia, kan? Dia pun sama excited macam mummy dia, so seronok lah kami berdua main pilih2 make up, rambut, mata dengan kasut apa semua. Baju dia aku beli satu je, sebab aku boleh menjahit sikit2 so, koleksi baju BJD anak aku ni bertambah dari situ. Bila dah sampai aku ajarkan anak aku macam mana nak tukar mata, pakaikan wig, pakaikan baju and impressively, anak aku boleh buat semua tu dengan baik untuk budak 5 tahun, lagi la aku yakin untuk bagi dia main. Dan dari situ lah aku DIY buat hanger kecik, display stand untuk kasut, rak2 baju dan playhouse untuk dia. Gigh. I know. Anak perempuan sorang je. And, sampai bila2, sorang ni je… :’)

Kemudian, pada suatu hari. Sepupu2 anak aku datang la rumah, sebab ada buat makan2 sikit. Biasanya, anak aku takkan keluarkan BJD dia bila ada orang datang rumah, dia akan main dengan softoys or mainan2 lain je dengan sepupu dia. Tapi nak dijadikan cerita, ada sorang sepupu dia yang besar sikit ambik kotak BJD tu (silap aku tak simpan tinggi2. hadoi) dan bukak la kotak patung tu. Semua budak2 dekat situ excited. Dari excited nak main, terjadilah adegan perebutan. Dan dari adegan perebutan, terjadi lah kisah campak2. Aku tak tahu apa yang berlaku sampailah aku dengar bunyi benda pecah dari playroom anak aku.

Kenapa tak ada orang dewasa pantau budak2 tu main dalam playroom? Actually, ada. Kakak ipar aku. Aku taknak ulas apa2 pasal tu sebab ni confession pasal aku, bukan pasal orang lain. So, sambung. Bila aku pergi ke playroom tu (bunyi pecah tu kuat sangat) aku nampak kepala BJD yang retak atas lantai. Anak aku yang ada dalam bilik tu diam je tergamam tengok anak patung dia pecah. Lepas tu dia nangis slow2, bukan yang meraung tu, tapi nangis yang diam sambil bahu terhenjut2 tu. Sedih pulak tengok dia nangis macam tu.

Kakak ipar aku cakap nak ganti dan tanya berapa harga, tapi aku pulak yang segan nak bagitau harga. Aku pandang suami aku and aku biar dia je la discuss dengan kakak ipar aku macam mana.

Berbalik kepada BJD tadi, aku tengok, cap dia dah retak sikit and dagu and pipi dah pecah. Body, kaki tangan, articulation apa semua, nasib baik okay lagi. So, apa aku buat, aku order kepala sahaja. Lepas tu, everything is good. Anak aku boleh main macam biasa. Cuma lepas kejadian tu aku simpan patung tu tinggi sikit, biar budak2 takleh capai.

So, tu lah kisah anak patung aku. Hobi yang agak tidak matang untuk orang tua macam aku. Korang ada hobi yang lain sikit tak? Share lah dekat komen. Seronok baca pasal hobi2 orang yang lain daripada yang lain ni :)

Sekian.

– Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit