Pentingkah Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum dan hai pembaca semua. Saya Nur. Umur 24 tahun dan seorang guru. Saya pernah beberapa kali buat confessions di sini. Ok, terus kepada cerita ya.

Hari ni kecoh di laman sosial tentang result UPSR dan kenyataan menteri pelajaran yang tak galakkan raikan murid cemerlang. Motifnya, tak nak bebankan guru dan tak nak murid tak cemerlang hanya mampu melihat sehaja kawan2 yang cemerlang diraikan.

Persoalannya, ADILKAH MOTIF INI?

Bagi orang yang pernah rasa di kedudukan gagal dan cemerlang, izinkan aku berkongsi cerita aku.

ZAMAN SEKOLAH RENDAH
Aku zaman ni zaman main je. Aku sendiri tak pasti aku kategori pandai atau bebal. Sebabnya, bila aku duduk di kelas akhir, mesti aku selalu dapat no.1. Pernah mak aku tanya, esok ujian, taknak baca buku ke? Aku jawap apa?
“Mak, orang tak baca buku pun dapat no.1. Kang nanti kalau baca tiba2 tak dapat no. 1 macam mana? ”

TApi langit tak selalu cerah bila aku dapat naik kelas paling depan, aku tau dah langit tu tinggi ke rendah. Kalau bukan aku dapat no terakhir, mesti dapat kedua terakhir. HAHA. Ok ni belum sampai klimaks cerita lagi. Klimaks cerita ni bila aku naik SMK.

ZAMAN SMK
Aku ulang alik ke sekolah dalam 26 km dengan bas. Setiap pagi mesti kedatangan aku disambut meriah oleh guru disiplin dan pengawas bertugas. Maka, mendapatlah aku dengan kehangatan rotan di tapak tangan berserta sampah sarap yang wajib aku kutip sebagai denda datang lambat. Hihi. Setiap pagi begitu dan aku tak dapat elak. Kalau ikutkan aku naik bas dari pukul 6.30 lagi. Maklumlah bas henti2, maka dekat pukul 8 baru aku sampai sekolah. Sampai tahap aku tak kisah dah, yang aku kisah bila aku mesti terpaksa lalu di hadapan beberapa kelas orang lain sepanjang aku menuju ke kelas aku. Malu weh!

Aku murid pandai tak masa ni? Oh tidakkk. Haha. Aku pernah kantoi dengan ustaz yang jaga periksa bila aku keluarkan nota masa jawab ujian. Memang setiap kali ujian, aku bawa nota ringkas tapi hairannya tak pernah dapat keputusan bagus. Aku tahu kenapa sebab tak ada keberkatan. Hihi.
Dari tingkatan 1 sampailah 3 minggu sebelum PMR, aku macam tu.

Selain tempat duduk aku dalam kelas paling belakang, no. aku dalam kelas pun paling belakang juga. Subjek paling aku teruk ialah math. Paling tinggi aku ingat 24 markah. Paling rendah 6. Setiap kali dapat balik kertas ujian, aku akan bakar di belakang rumah. Aku kena hapuskan bahan bukti. Haha. Tandatangan di buku rekod pun aku buat sendiri.

Aku berterusan macam tu. Mak ayah pula aku fikir aku budak pandai sebab aku memang peel takda hal pun, kerja sekolah pun rajin buat kat rumah. Sampai lama kelamaan, aku rasa aku tak patut macam ni. Aku tak boleh terus tipu mak ayah dan cikgu aku.

Setiap kali ada majlis anugerah di sekolah, aku hanya menjadi penonton dan bertepuk tangan. Sehinggalah datang keinginan nak rasa naik pentas dan orang pula bertepuk tangan untuk aku.

Aku mula fikir dalam bidang apa aku mampu dapat anugerah ni? Nak harapkan sukan, aku memang tak boleh harap. Nak harapkan pidato, pantun, debat semua tu, aku jenis pendiam dan pemalu. Dalam aku berkira2, aku rasa bidang pelajaran yang boleh tolong aku capai impian aku naik pentas. Ya, pelajaran!

Masa tu aku fikir, aku bukan tak pandai tapi cuma malas dan kurang usaha. Asyik salahkan cikgu tak best mengajar, salahkan otak yang tak berapa nak ingat, salahkan buku yang banyak tulisan. Akhirnya aku nekad. Mujur kesedaran aku tiba 3 minggu sebelum ujian PMR.

Apa aku buat lepas tu? Aku rancang masa studi di rumah, terutamanya “killer subject’ aku iaitu math dengan abang aku yang juga ‘ a real killer’. Dalam waktu getir tu, aku rela kepala ditunjal2 abang aku, belum lagi jeritan marah dia bila aku lambat betul nak faham. Sampai tahap abang aku punya geram, dia ambik pisau di dapur lepas tu toreh buku teks math aku depan aku dengan penuh perasaan. Seram oo. Hahaha. Tapi aku terpaksa sebab dia raja math zaman mrsm dia.

Kenangan waktu ambil result pmr paling aku ingat sampai kini. Ya, aku ke sekolah sorang2 naik bas, sampai di dewan kena beratur ambil dengan guru kelas. Dapat je slip tu, aku terus lari belakang dewan. Aku lari jauh dari kawan2, taknak mereka nampak. Apa aku buat di situ? Aku balikkan slip. Aku baca dari belakang. Dalam nampak tak nampak, aku cari huruf E. Tiba2 rasa lemah lutut dengan ketar gigil seluruh badan bila aku aku baca keputusan dari belakang tu, aku kira macam dapat banyak E. Masa tu gelisah tahap kronik. Terus aku lipat slip. Masuk dalam beg. Aku cepat2 lari balik ke stsen bas. Dalam bas, aku nangis tak henti2 siap pakej doa minta eksiden supaya aku tak perlu hadap reaksi famili aku. Walaupun mak ayah aku jenis tak terlalu rigid tentang ni, tapi aku rasa yang mereka letakkan harapan pada aku.

Sampai rumah, aku nampak abang aku. Dia sengih2 tanya lepas tu minta nak tengok slip aku. Dengan rasa berat otak, kaki dan seluruh tubuh, aku hulur. Masa tu abah aku baru balik kerja. Aku hanya mampu tunggu reaksi mereka.

“Wei, pandai jugak ko ni!”
“Hah??”
Rupanya aku dapat 5A 3B. Hahaha. Math aku yang jarang dapat lulus tu rupanya dapat B. Terus aku rasa sinar kebahagiaan. Haha

Buat pertama kalinya, aku berpeluang naik pentas sebagai pelajar 5A PMR. Perasaannya lain macam sungguh bila nama aku dipanggil dan diberi penghargaan dengan tepukan gemuruh satu dewan . Aku rasa mesti kawan2 aku tak percaya.haha

Maka, bermula dari itulah sampai ke tingkatan 5, nama aku tak pernah lekang disebut ’emcee’ untuk naik ke pentas bagi kategori pelajar cemerlang setiap kali ujian penggal. Aku satu2nya budak kelas sastera yang berdiri sebarisan dengan budak sains dalam top 3 tingkatan. I did it!

Semuanya bermula dari keinginan aku yang nak rasa pengalaman naik pentas dapat anugerah.

Jadi, bila isu menteri tak galakkan sekolah raikan pelajar cemerlang, aku rasa sangat tak adil untuk murid cemerlang itu. Sedangkan di sebalik kejayaan mereka, adanya usaha berlipat ganda dari yang gagal. Ketika yang gagal tidur lena tengah malam, mereka bangun menelaah. Ketika yang gagal asyik berseronok, mereka tahan diri demi sebuah kepuasan kejayaan. Diraikan itu satu perhargaan buat mereka.

Kalau begitu, lepas ni tak payah ada pingat emas, perak, gangsa dikalungkan kepada pemenang larian, badminton atau lain2 . Motifnya, mahu menjaga perasaan mereka yang kalah. Ini tidak adil.

Aku pernah rasa di kedua2 keadaan itu. Biarlah yang menang atau cemerlang itu diraikan dengan ditonton oleh semua. Yang pernah gagal misalnya macam aku boleh jadikannya sebagai pendorong untuk lebih berusaha. Yang diraikan pula pastinya akan lebih berasa untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Itulah yang kita mahukan.

Jangan nanti bila keluar ayat seperti ini suatu hari nanti,

“Alah, tak cemerlang pun takpa, bukan dapat apa2 pun”
” Aku pointer rendah pun, dapat kerja juga nanti”
” kau belajar rajin2 ni buat apa..”

Jangan satu hari nanti, timbul rasa budaya kesamaan dan sambalewa dalam kalangan masyarakat kita..

Sekian kisah dan pandangan aku dari sudut pandangan orang yang pernah gagal dan cemerlang.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit