Teman Sejati Ashikin

Assalamualaikum semua..

Harap semua nya sihat & tenang2 sahaja.. Pernah dengar lagu dari Brothers – Teman Sejati?.. Setiap insan mesti ada seorang sahabat tidak kisah sahabat rapat, sahabat office, sahabat sekolah.. Yang aku nak cerita kan di sini adalah sahabat sejati ku, Ashikin.. Walaupun lama dah berlaku semasa aku diploma lagi, tapi kesan nya sampai lar hari ni.. Sekali-sekala teringat kan Ashikin, terdetik pula untuk berkongsi kisah di IIUM Confession..

Kami kenal semasa diploma.. Kelas sama2, duduk bersebelahan.. Kata orang, mcm kembar, belangkas.. Ke mana2, kalau di situ ada aku, di situ juga lar ada Ashikin.. Yang beza nya, Ashikin kahwin dah.. Ada anak sorang masa tu.. Kecik lagi tak sampai setahun umur nya.. Sampai lar di penghujung diploma, final exam untuk final semester.. Masa tu baru je lepas 1 paper.. Jadi ada gap 5 hari untuk next paper.. Student kan.. Dah ada gap macam tu, konon nak berehat kejap, rileks2 sebelum continue study untuk next paper.. Aku dating kejap petang tu dekat tasik sebab aku suka bagi makan dekat ikan2 situ.. Ashikin balik kampung di Tanjung Malim belah suami dia..

Tiba2 aku dapat call dari adik Ashikin.. Ya kami memang rapat sampai kenal dah keluarga semua..

Adik Ashikin : “Kak.. Kak Shikin dah tak ada”

Aku terdiam..

Aku : “Eh, jangan main2”

Di hujung talian aku dengar adik Ashikin menangis teresak-esak.. Terus dia putus kan talian.. Aku terpaku.. Betul ker nie?.. Aku terus dial no kawan baik aku sorang lagi, Adibah..

Aku : “Adibah.. Shikin.. Shikin..”

Aku tak boleh nak teruskan.. It hits me that moment yang Shikin betul2 tak de.. Aku menangis on the phone sampai Adibah pun tak paham apa aku cakap.. Tapi dia macam tahu.. Dia suruh aku balik rumah sewa dulu.. Bf aku tengok aja.. Tapi dia paham.. Dia hantar aku balik rumah sewa.. Dalam kereta, aku call lecturer terdekat aku, Sir N.. Dia cakap dia akan urus kan semua nya..

Sampai di tangga apartment rumah sewa, kawan2 serumah dah menunggu aku.. Aku terus meluru peluk drg..

Aku : “Macam mana nie?.. Shikin dah tak de.. Aku nak buat apa..”

Kami menangis sama2 dalam pelukan.. Ada yang dah inform kawan sekelas and kami decide untuk ke Kuala Selangor tempat Ashikin akan di kebumi kan.. Mak Ashikin tinggal di Kuala Selangor.. Yang aku tahu, suami Ashikin drive.. Drg dalam perjalan dari Tanjung Malim nak ke Kuala Selangor, rumah mak Shikin.. Jalan kampung hanya ada 2 lorong utk kereta sebelah kiri & kanan.. Seorang student drive cuba overtake kereta depan.. Student tu potong jalan & bertembung dengan kereta Shikin.. Suami Shikin cuba mengelak kereta tu dari depan & accident di tepi jalan.. Shikin tak dapat diselamat kan.. She passed away on that day.. And the saddest part, she’s 4 months pregnant hoping it would be a girl.. Her husband is in a coma state in ICU.. Luckily anak Shikin yang kecil tu selamat.. Cuma luka sedikit di kepala.. Mungkin ada malaikat yang sentiasa menjaga anak kecil..

Aku tak boleh nak drive.. Air mata tak benti2 turun.. Kawan sekelas aku, lelaki, volunteer untuk drive kereta aku ke Kuala Selangor.. Kami sampai malam.. Hanya sempat lihat kubur arwah ditanam.. Di situ aku dapat mengagak mana satu ayah arwah..

Parents Shikin divorce.. Shikin selalu cerita yang dia tak suka ayah nya kahwin dengan student sendiri.. Ayah nya lecturer UiTM.. Kalau ayah nya datang rumah bawak anak2 makan, Shikin tak pernah nak ikut.. Dia masih lagi marah ayah nya buat mak macam tu.. Aku harap ayah Shikin ampun kan segala dosa2 Shikin..

Aku peluk mak Shikin sesudah selesai semua.. Dia menegerti akan kehilangan aku.. & aku lagi mengerti perasaan seorang ibu yang perlu kebumi kan anak sendiri dahulu sebelum diri nya.. Kami kawan sekelas singgah kedai makan di sekitar situ.. Aku tak lalu nak makan.. Minum pun kawan2 aku paksa..

Sampai di rumah sewa pula dah lewat malam.. Aku baring, tekup mata dengan tangan, menangis lagi dalam diam.. Tak mahu menggangu kawan lain tido.. Macam tak percaya.. Malam tu aku mimpi kan arwah.. Aku dapat rasa kan Shikin sedih.. Shikin risau kan keadaan suami dia..

Aku terjaga.. Air mata mengalir lagi.. 3 hari lepas tu, suami Shikin menyusul pergi.. Arwah suami Shikin dikebumi kan sebelah kubur Shikin.. Cinta mereka tetap bersama sampai ke akhir hayat.. Aku mimpi lagi sekali arwah datang pada ku.. Tapi kali nie, wajah Shikin ceria sangat.. Shikin siap ajak aku jumpa lecturer2 yang kami rapat.. Sorang2 lecturer kami jumpa.. Senyuman tak pernah lekang dari bibir Shikin mengucap kan selamat tinggal pada lecturer.. Aku hanya pandang Shikin tersenyum.. Whatever makes her happy, Im happy too.. Aku doa kan mereka tetap bersama hingga ke Jannah nanti..

Aku dengan kawan kelas inisiatif untuk buat doa tahlil di surau kolej untuk arwah.. Kami kumpul dana sendiri untuk jamu orang yang sudi datang tahlil.. Ada lecturer bagi sumbangan.. Aku tak boleh nak habis kan separuh Yassin tu pun.. Aku dah menangis teresak-esak.. Lecturer datang peluk, minta aku kuat kan semangat, focus exam.. Kerana mereka tahu aku yang paling rapat dengan Shikin..

Kalau aku 4 flat sem tu, Shikin juga 4 flat.. Kami sama2 naik pentas untuk terima anugerah dekan.. Kami juga sama2 pasang niat untuk ambil Degree in Finance lepas diploma nie.. Sama2 juga pasang impian untuk study di luar negara.. Sama2 apply application untuk study luar negara..

Tapi Shikin dah pergi dulu.. Aku terus kan menjawab paper2 final exam dengan fikiran terganggu.. Aku tak dapat tumpu kan perhatian untuk study.. Tapi aku gagah kan juga.. Aku end up dekan lagi sekali untuk final exam seterus nya menjadi Best Student untuk diploma course aku serta dapat President’s Award dari university.. Aku juga merealisasi kan impian kami bila dapat offer sambung belajar di Queensland University, Australia.. Bidang finance seperti impian kami..

Aku masih lagi ambil tahu perkembangan anak arwah melalui adik Shikin.. Makin besar, anak teruna nya menyerupai arwah.. Shikin tak pernah lupa untuk ingat kan aku soal solat.. Walaupun dengan cara lembut.. Sebab aku tak berapa suka solat di kuliah.. Bagi aku, kotor, panas & tak selesa.. Lagi prefer solat di rumah sewa.. Tapi aku dulu selalu juga tinggal solat.. Bila aku tanya tak panas ker solat surau kuliah nie?.. Shikin selalu sebut “Tak apa.. Solat kan..”

Sekarang aku tengah pregnant anak perempuan.. Dan aku akan nama kan anak aku Ashikin.. Aku usap2 perut aku.. Nanti bila anak ibu dah besar sikit, ibu akan cerita kan macam mana anak ibu nie dapat nama Ashikin.. Ibu harap masa ibu bercerita nanti, ibu tak nangis dah macam sekarang ni.. Ibu doa kan semoga anak ibu menjadi seperti insan solehah bernama Ashikin yang pernah ibu kenali.. Al-fatihah..

-Ross-

– Ross

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit