Mental Torture

assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya confession ni di approve
aku tergerak hati untuk share kisah aku selepas baca cerita mary(anak dari neraka). mary you’re not alone,
aku juga membesar dalam keluarga beragama namun diberi didikan secaraa “keras”. tapi bezanya aku dan mary, hal ini melibatkan ibuku.

ibuku seorang yang teguh agamanya, solat malam, baca al-quran berlagu, solat awal waktu.tak aku nafikan aku bangga dengan mak aku malangnya, dalam mendidik kami adik beradik dia agak keras bagi aku. mak aku kalau pukul kami adik beradik, sampai lebam dan berbirat dari kecil sampai besar. buluh, getah paip, tali pinggang, rotan halus, you name it. semua pernah hinggap kat badan aku. aku rasa antara sebab aku rebel dan degil adalah sebab mak aku hanya bagi perhatian bila aku buat salah. tak pernah dia nampak kebaikan kami adik beradik. mak aku suka membebel, dia kalau ade something trigger dia, dia boleh membebel selama 3jam non-stop.

dan dalam membebel nilah bermula sesi mental torture dia terhadap kami adik beradik, dia selalu mendoakan tak cium bau syurga, anak derhaka, anak haram, neraka tempat kau sedangkan kesalahan kami cuma tak tutup langsir dan boleh dikatakan kesalahan kecil. dia guna “veto” dia sebagai tiket syurga habis-habis terhadap kami. kemudian dia akan cerita kebaikan dia semasa kecil dulu dan kami sangat jauh untuk dibandingkan dengan dia, maaf kalau ada yg rasa aku kutuk mak aku. tapi aku terasa sangat yang mak aku tak pernah nampak kebaikan aku, contoh dulu setiap hari sebelum mak aku balik kerja, aku dah siap-siap buat air untuk dia walaupun aku penat balik dari sekolah, koko dan tusyen petang, tak pernah dihargai. tapi satu haritu aku terlampau penat, so aku tertidur dan aku lupa buat air, terus dia mengamuk, membebel, menyumpah yang bukan-bukan. cakap aku tak kenang budi.

selain dari doa negatif yang berunsur agama, dia jugak sering sumpah kami adik beradik dengan panggilan-panggilan kurang elok macam perempuan s*nd*l, jalang, bet*na, k*mak dan macam-macam. ya ini mental torture, aku disumpah dengan panggilan-panggilan ni seawal usia 7 tahun. sampai satu tahap ada suara dalam kepala aku cakap ” alah kau buat ape pun, kau tetap masuk neraka sebab mak kau dah sumpah kau,” dan segala panggilan dan gelaran yang mak aku pernah panggil aku macam replay dalam kepala aku. yelah kata-kata ibu tu kan doa. tulah benda yang selalu bermain kat kepala aku sampai bila mak aku membebel kat luar bilik, aku dalam bilik akan hantuk kepala kat dinding, kepala aku jadi tak boleh digest, terasa berat,aku toreh tangan dan aku tak boleh tidur. bila aku tutup mata, apa yang mak aku sumpah aku replay ulang2 dalam kepala aku.

aku pernah dengar ceramah dr fadzilah kamsah cara untuk tegur orang tua, aku cuba apa yang disarankan. dan apa yang aku dapat? “kau takpayah nak ajar mak kau, mak kau makan garam dulu”. aku penat. jujur aku penat. Mak aku jugak tanpa segan silu, maki hamun dan marah-marah kami adik beradik depan orang ramai sampai semua orang pandang. tipu kalau kau tak malu, di-public shaming begitu, oleh keluarga sendiri. itulah makanan kami kalau kena marah, pasti disumpah dengan ayat-ayat agama, digelar yang bukan-bukan dan dibentak-bentak sampai aku pernah terdengar jiran aku yang tengah basuh pinggan kat belakang borak dengan menantu dia “dia tu kenapa marah anak dia sampai macamtu?”. malah mak aku pernah bagitahu kat kakak aku, “kau kalau dia ni buat perangai, marah je kuat-kuat biar dia tahu malu”. ape kau rasa bila mak kau bagi green light gituu kat adik beradik kau yg lebih tua? lagi seronok dorang malukan aku bila ada benda aku buat tak kena,

Kadang aku jadi sangat give up dengan hidup aku, sebab aku rasa takde guna aku mencuba sebab neraka jugak tempat aku. aku buat ape pun dah tak bermakna sebab mak aku benci aku, dan takkan nampak kebaikan aku. mak aku pukul dan naik tangan aku malas cerita. lali. aku mintak maaf kalau cara aku bercerita serabut sebab aku memang tengah serabut. aku tahu akan ada komen negatif pasal post ni tapi aku harap kau simpan je, sebab mak aku dah cakap semuanya,tak perlu kau ulang. aku tahu.

– si mental

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit