Modus Operandi MLM

Assalammualaikum semuanyaaaaa, argh. Rasa nak marah tapi kena sabar, rasa nak marah rasa nak marah tapi kena sabar.

Well, based on tajuk diatas tu, aku nak share pasal MLM. Ye. Multilevel Marketing. Disebabkan ex aku seorang MLM-er tegar yang berjaya, aku nak kopak, atau bongkarkan rahsia sebenar pasal MLM ni.

Kalau ada reader reader atau leader leader MLM yang nak mengamuk ke yang nak apa ke, ikutlah korang. I am just saving these people dari asyik kena tipu dengan mengkarung mengkarung macam korang.

So, kita start dengan modus operandi dululah. Modus operandi dorang easy, tunjuk kemewahan yang dorang dapat dari kononnya business dorang tu, pamerkan segala kesenangan yang ada kat social media, tarik orang untuk pm dorang regarding apa yang dorang jual.

Hakikatnya zisss, kau tak tahu kereta tu kereta sewa. Duit tu duit kertas yang dorang print banyak2, nak kaburkan mata korang. Dorang berhutang untuk ada kemewahan tu. Lepastu siapa yang kena tipu? Koranglah. Kah!

Tapi dorang takkan terus direct explain apa dorang jual. Dorang akan cakap serba sedikit dulu produk yang dorang ada. Easy trick here, kalau betullah korang ada yang nak join, first, korang tanya dulu dia NO SSM syarikat, jangan bodoh2 join je.

Sekali kau bagi duit dekat orang yang company tak berdaftar, lepas duit dah dapat dorang pun lesap. Please, jadilah manusia yang aware dengan benda benda macamni.

Second, kau tanya dia kilang produce ni kat mana, then kau tanya jugak NOT KKM, sijil halal semua. Make sure everything is documented. Not KKM ni korang jangan tertipu, tak semestinya dia ada not kkm, produk tu tak berbahaya ye.

NOT KKM tu sekadar untuk korang tahu, produk ni berdaftar, bahaya ke tak bahaya ke, tak sure lagi ye. Pastu kau beli produk tu, kau sumbat kat mulut mak ayah kau dengan harapan Ya Allah, ni ikhtiar.

Klinik kerajaan berlambak, KK ada, produk yang kau tak sure apa kandungan dia kau bagi mak bapak kau.

Tetiba datang penyakit lain, salahkan pemakanan lah, salahkan ubatlah. Biarpun penyakit tu datang dari supplement yang kononnya mujarab, dah tolong ribuan org. Kononnya.

Next, lepas dia nampak korang macam dah tertarik, dia akan bagitahu pakej terendah sekali sebelum kau join dia punya team.

Tapi tapi tapi, sebelum tu, kau kena join preview dia dulu. Time nilah kononnya beribu testimoni berjaya dah ada, ribuan jutawan dah dilahirkan, konon ada partner kat oversea.

Tapi hakikatnya semua tu wayang je. Yang upperline tu yelah kaya, sebab commission tertinggi semua dapat kat dia, kau yang jual barang ni, kau dapat apa?

Kau yang puas pujuk orang beli barang kau, kau yang berhabis duit, nak tunggu sama level dengan upperline kau, mmg lambat lagilahhh.

Then, bila kau mengadu kt upperline kau, dorang akan cakap kau yang tak berusaha cukup kuat, kau yang tak promote product tu betul2, hakikatnya, macamana nak promote kalau product tu keberkesanan dia pun tak sahih?

Apa clinical test yang dorang ada buat untuk make sure patient yang ada darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sesuai makan supplement ni? Korang akan dibrain wash kaw kaw lah untuk join team dorang.

Korang takde duit? No problem. Dorang akan ajar kau untuk berhutang dulu sedara mara, kawan2, dengan janji yang kononnya confirm produk ni boleh terjual.

Hakikatnya, tanpa korang sedar, dahlah produk tu terjual, hutang bertambah lagi ada. Tak cite lagi malu dengan family apa semua. Fikir lah elok elok sebelum buat sesuatu tu. Yihhh.

Lepastu, lepas kau dah nampak minat kau tu, kau akan dibrain wash untuk amek pakej paling mahal.

Kononnya pakej paling mahal ni lah yang paling bagus, paling senang jual. Time nilah dorang akan ajar korang untuk berhutang dengan family lah, kawan kawanlah.

Then, target market dorang senang je. Mak mak janda kesepian, yang akan diapproach oleh leader leader yang ada rupa sikit.

Next, budak sekolah yang tak nak susahkan mak ayah lagi. And lastly, orang tua yang dah pencen yang duit cukup2 nak hidup. Dengan harapan, join business ni boleh teruskan kelangsungan hidup.

Kadang2 bila aku dengar ex aku cerita 3 golongan ni target dorang, aku terkejut. Aku nak marah.

Aku question dia, kenapa target orang tua dengan budak sekolah? Budak sekolah yang ada cita2 nak senangkan hidup mak ayah, mana nak cari duit sampai ribu2 nak join business dia.

Dorang punya pakej mahal ye. Kalau gold pakej, cecah ribu2. Kau tahu ex aku cakap apa? None of his business. Selfish tak selfish team dorang ni? Not to mentioned, aku selalu tegur dia, jangan target makcik pakcik, kesian dorang. Tu jelah duit nak teruskan hidup.

Dia kata kita dah bagi guideline, kita dah bagi produk, kalau dorang yang tak boleh jual, its not our fault. Aku macam ehhhh *a*inyaaaaaaaa.

Cuba bayangkan kalau mak ayah kau kena macamtu, dah berhabis ribuan ringgit, dengan harapan ada orang akan guide untuk jual produk, ( as if) kau boleh ckp its not your fault?

Korang jangan percayalah kalau team MLM ni tunjuk kesepakatan dalam team yang kunun kunun tu, belakang korang, aku je tahu macamana.

Untuk orang kat luar sana, perhatikanlah adik2 korang, mak ayah korang, preview dorang biasanya hari minggu, kalau tetiba nampak adik2/ mak ayah korang kerap keluar malam2 tu, tanya nak pergi mana.

Kadang2 their awareness on this is very low, tu sebab senang kena tipu.

Aku bagitahu dengan harapan, Allah selamatkan dan jauhlan mak ayah aku dari orang2 MLM tak guna ni.

Banyak lagi aku nak cerita tapi aku tengah kerja ni, tapi based on this pun korang dah boleh nampak kan game dia macamana, semoga semua orang dijauhkan dari dianiaya orang2 macamni.

Kadang2 aku terfikir, dorang ni ada je yang selalu join tabligh, join aktivit keagamaan, tapi bila aniaya orang macamni, tak rasa takut ke dengan azab Allah?

Renung renungkan dan selamat beramal ;)

– Love (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *