Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan cerita ini. Nama aku shasha dari Sarawak. Aku terpanggil untuk menulis pengalaman hidup aku bila aku melihat seorang pelajar asrama (sebab dia pakai baju balik bermalam) pulang ke asrama seorang diri. Tengok tajuk pun dah tau kan cerita ni pasal apa kan. Mungkin zaman sekarang tak sama dengan zaman aku belajar dulu tapi aku harap boleh lah dijadikan iktibar. Panjang pulak intro ye.
Mak dan bapak aku bercerai masa aku kecik lagi jadi aku memang membesar tanpa kasih sayang seorang bapak. Kami kerap berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain waktu kecik sebab tempat kerja mak aku selalu bertukar. Jadi aku ada banyak sekolah rendah lebih kurang dalam 4-5 buah sekolah. Masa aku sekolah dkat Bandar S ni, mak aku kerja housekeeping di salah sebuah hotel 3 bintang. Jadi lpas je aku balik sekolah, aku akan terus ke hotel tersebut dan tolong mak aku cuci cadar bilik dan yang sewaktu dengannya lah. Nasib baiklah bos mak aku tak kisah sangat mak aku bawak anak. Gaji mak aku tak besar sangat masa tu, memang cukup makan je. Jadi aku nekad untuk dapat keputusan cemerlang untuk ubah hidup aku dan mak aku.
Nak dipendekkan cerita, aku dapat 5A dalam UPSR dan salah seorang cikgu aku tolong aku isi borang untuk masuk ke sekolah asrama penuh. Alhamdullilah aku terpilih dan kami berpindah ke Bandar K. Mak aku jual semua barang yang boleh dijual termasok arnab kesayangan kami. Kehidupan baru di Bandar K ni sangat mencabar sebab bandar ni besar. Aku masuk asrama penuh dan alhamdulillah sekali lagi sebab aku dapat bantuan pelajar miskin sepanjang 5 tahun aku di sekolah tersebut. Mak aku masa tu kerja sebagai seorang pembantu kedai makan dan biasalah kalau pembantu kedai makan, memang hujung minggu wajib kerja. Jadi mak aku memang tak dapat nak datang melawat masa hujung minggu. Jadi bila aku tengok kawan-kawan aku yang lain makan dengan keluarga, ada lah tersentuh sikit tapi nak buat macam mana kan. Tapi ada je kawan-kawan aku yang faham dan ajak aku join sekali. Kadang-kadang sampai bawak sekali balik rumah diorang. Thank you guys!
Bila cuti sekolah, aku akan balik rumah mak aku dan kenderaan rasmi aku sepanjang aku kat situ adalah bas awam. Jadi abang-abang bas ni memang dah kenal lah muka aku ni. Macam biasa, masa cuti sekolah, aku akan habiskan masa tolong mak aku dkat kedai dan nasib baiklah bos mak aku ni tak kisah, siap bagi upah RM10 lagi. Aku memang usaha betul-betul belajar masa tu sebab aku tekad nak dapat banyak A dalam SPM supaya aku dapat scholarship dan dapat sambung belajar. Masa tu cita-cita aku nak dapat kerja besar dan beli kereta sebab dah tak sanggup nak berhujan panas tunggu bas dan van sapu.
Alhamdullilah aku dapat masuk universiti awam untuk asasi & ijazah dan dapat scholarship sepanjang 4 tahun aku ambik ijazah. Dalam masa 4 tahun tu jugak aku masuk macam-macam aktiviti sebab pensyarah aku cakap majikan sekarang tak tengok keputusan cemerlang je, kebanyakannya akan tengok penglibatan luar jugak. Kalau cuti semester tu, aku kerja part-time jadi cashier kat salah sebuah shopping mall terkemuka untuk tambah pendapatan mak aku dan cantikkan resume. Syukur alhamdulillah aku dah graduate walaupun aku bukan di kategori kelas pertama, tapi aku berjaya mendapat anugerah masa majlis graduasi tu dan membanggakan mak aku. Sekarang dah bekerja dan mission aku seterusnya adalah untuk kumpul duit beli rumah (lupa nak cakap, aku dan mak aku menyewa atas rumah kedai dari sekolah menengah lagi sampai sekarang) dan kereta sebab sekarang pun kenderaan rasmi aku masih lagi bas awam dan van sapu hahaha.
Jadi point aku kat sini, untuk adik-adik yang masih bersekolah tu, tolonglah belajar betul-betul masa kat sekolah. Sekarang macam-macam kes dah jadi melibatkan pelajar sekolah dan budak bawah umur. Kalau nak bercinta tu boleh tapi jangan sampai memakan diri sendiri dan merosakkan masa depan kita dan keluarga. Sebab siapa lagi nak ubah hidup kita kalau bukan kita sendiri. Lagi satu, bukan senang nak cari pekerjaan sekarang dek oi walaupun ada segulung ijazah. Ye betul tu semua berbalik semula kepada rezeki Allah tapi dalam masa yang sama kita kena usaha jugak. Jadi, usaha itu penting. Sekian.
– Shasha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit