Perubahan drastik

Hai. Aku Fara, 24 tahun. Sedang ikuti pengajian Master di IPTA di ibu negara. Nak dijadikan cerita, aku ni nak kahwin dah pun. Aku dan tunang aku dah lama kumpul duit, skarang ni pun aku ambil part time jadi home tutor, boleh dapat dekat 2k sebulan.

So, skarang tengah busy sikit uruskan majlis. Dalam 2 minggu mesti ada sekali aku keluar dengan tunang pergi beli brang, kursus kahwin, fitting baju etc.

Nak dijadikan cerita, aku ada roomate tua setahun dari aku (kak J). Dia ni btudung labuh brstoking, sopan, lain dari aku. Dia single pada mulanya. Tak lama lepas dia tengok aku keluar uruskan macam2, dia pun cakap dekat aku "Fara, best la akak tengok kau nak kahwin. Akak nak kahwin jugak". Aku sengih jugak la ingatkan dia bergurau.

Tak lama lepas tu, aku dapat tau dia dah couple. Mamat tu budak motor dia jumpa dekat pasaraya. Budak tu muda 4 tahun dari dia. Kalau tengok skali, aku pun xtau kenapa kakak tu sangkut. Start dari hari tu, diorg tiap malam keluar dating sampai pukul 2-3 pagi.

Kakak J tu pun dah x macam dulu. Subuh akhir waktu je dah skarang, susah nak bangun. Mengaji pun dah x selalu macam dulu. Assignment pun tak buat dah. Call hari2 suara gedik2 menyampah aku. Aku dengan tunang aku pun seminggu sekali je call, kluar malam pun tak pernah. Semua dah huru hara sebab laki tu.

Aku pernah nasihat banyak kali. But then alasan di "akak pakai tudung labuh macam ni, x kan buat benda bukan2. Fara jangan risau. Lagipun akak pun nak kahwin dah dengan dia. Nak berhenti belajar lepas ni".

Oh my God. Berhenti belajar? Aku pernah tanya akak J tu "akak ada saving x nak kahwin?". Then akak tu mengaku dia tak ada saving walau satu sen pun, laki tu pun sama. Macam mana kau nak kahwin????. Dia cakap "rezeki datang lepas nikah nanti".

Aku bengang jugak tapi aku tak tau nak cakap apa. End up, aku sibukkan je diri dengan urusan aku, dia dengan urusan dia. Kalau aku nasihat pun dia x dengar T.T

– Fara

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

34 Comments

  1. Hidup ni jgn bergantung sgt dengan lelaki..sebagai perempuan buat lah persedian utk masa depan..kita tak tahu apa akan jadi.. Usaha sehabis baik dgn tenaga dan ilmu yang ada.lepas tu baru tawakal..

    Jgn buat perkara ikut nafsu,tak kemana pun nnt..niat lah kerana Allah..

    Setakat kawen nak elak zina.. Byk lg cara boleh elak sebenarnya :)

  2. Bahayanya mcm tu.
    Jgn kawin sbb kite tgk org lain nk kawin.
    Smpai sggup jd org lain.

    Ilmu tu pun penting jugak. Sabar. Sikit2 prepare kn boleh.

    Dn mmg tudung yg labuh tu boleh jaga kita. Tapi bila dh ber2 pasti ada yg ke 3 lg2 smpai 2 3pg.Tudung yang labuh tu pn boleh terbang ntah ke mna. Nafsu ni senang je nk cucuk.

  3. Bantu sedar kan dia. Kesian dia. Bia la dia akan benci awak sebb sebuk hal dia. Tapi satu hari nanti mesti dia akan terima kasih dekat awak. Dia tengah buta. Dilambung cinta. Semua manis. Benda yg payah semua nampak mudah. Smpi kan nk berhenti belajar . Mgkin ini ujian buat awak.

  4. Senang je. Dia ni senang terpengaruh. Dia rase nk couple pun sbb tgk ko dah btunang. Jadi ape kata ko pengaruhkan dia balik dengan citer2 kesan buruk kalau kwin tanpa persediaan. Ceritakan,tunjuk kan dan biar dia tgk sdri kesan buruk keputusan yg bakal di ambil tu. Dia akan ubah pikiran nnti.

  5. Den maleh nak komen pasal ni sebab orang celik boleh nampak mane arahnya…..lepas kawen memg rezeki luas…nabi kata tambat kuda dulu baru tawakal….ekau apo pon xdok terus berserah tanpa usaha….esok jangan makan nasi bace doa je moga kenyang…..

  6. hmm… ayat cliché, pakai tudung labuh x kan buat benda bukan2..syaitan tu pandang ke tudung jenis apa? teringat seseorang yg kukenali di iium dulu… bertudung labuh berjubah atau baju kurung tak pernah tinggal.. sekadar utk melindungi kebatilan yg dilakukan… end up dgn ditgkp basah di KL dan pernah gugurkan kandungan…

  7. Some ppl dont realize this. “Rezeki dtg lepas nikah” tu tak semestinya duit. Mungkin dpt anak.

    And some ppl dont realize that, tak kahwin tak bermakna rezeki tertutup. Haiyo. Jgn jd bodoh sbb lelaki pls.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *