Rezeki Bersama Dato’

Salam.
Panggil saya M, umur 30-an, wanita bujang, ada kereta, kerja tetap, keluarga yang bahagia, kawan kawan rapat, kehidupan yang baik; tapi saya bukan kakak Jasmine tau. Hehe.

Tujuan tetiba rajin nak confess ni sebab rasa terpanggil juga nak komen isu jodoh lambat dan kaitannya dengan ada hikmah vice versa.

Sebagai anak tengah dalam adik beradik, yang atas dah pun berumahtangga termasuklah seorang adik. Saya bekerja sendiri, jadi persoalan lambat bertemu jodoh ni selalu orang relate dengan satu, terlalu sibuk dengan kerjaya, dua, terlampau memilih dan tiga, jual mahal.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah involve dalam serious relationship sepanjang menginjak hingga usia dewasa, hanya kerana saya fokus dengan study dan kerja; plus saya yakin dengan takdir dan ketentuan Allah untuk saya.

Bukan tidak pernah ada yang matchmake, bukan tidak ada yang cuba try; namun keadaan selalunya akan berakhir pada peringkat awal, kebanyakannya akibat tidak serasi dan sebab terlalu memaksa. Bila saya dicop jual mahal, bagi pendapat saya, tidak wajar untuk kita settle for less just because 144% of your friends dah kahwin. Kalau tanya saya emosi ke tak, tipulah tak. Lagi kalau ibu ayah dah bising juga kadang tu. Tapi saya yakin hikmah sabar. Saya tahu timing belum sampai.

Dan yes, dijadikan cerita akhirnya saya bertemu dengan si dia, F. Berjumpa di tanah suci, dia lamar sekembalinya balik ke Malaysia. Memang kami sekepala. Memang ibu ayah dan keluarga dah approved. Waktu tu, saya rasa bahawa inilah jawapan kepada penantian dan doa saya. Akhirnya jodoh saya tiba kononnya.

Selepas sebulan berkenalan kemudian baru saya dapat tahu bahawa F adalah seorang Dato’. F ada pelbagai perniagaan, deretan kereta mewah, beberapa hartanah menghadap KLCC yang saya tak pernah terbayangkan dia miliki sebab F ni memang style humble gila dan tak banyak bercerita mengenai keluarga dan kerja. F boleh beli superbike macam kita tapau teh ais ikat tepi je.

So dipendekkan cerita, memang kawan kawan kebanyakannya dah begitu gembira dengan berita ni. ‘Untunglah jadi Datin, untunglah ada driver, untunglah boleh shopping sini sana’. Waktu tu rasa macam, eh, nak kena fikir sampai macam tu ke?

Bukan saya cakap macam ni sebab nak tunjuk baik dan naif sangat, tak. Tapi pesan saya, jangan cepat rasa macam ‘duit dia, duit aku gak nanti’. The thing with marriage is complicated; which i dont want to elaborate further, tapi kaum wanita kena have pride dengan the earning ability yang ada. Kalau kita pandai cari duit, kita akan tahu camne nak menyimpan, and for me, no, suami memang ada tanggungjawab bagi nafkah tapi duit suami bukan completely ours to splurge on. Walaupun dia adalah Dato’.

Ok, boleh berhentikan bacaan kalau rasa macam cerita ni rekaan semata. “Mana ada perempuan dalam dunia tak suka duit M oi?”
“Takkan nak tolak Dato’ muda, kaya malah hensem?”

Apa yang berlaku next?

Saya ambil keputusan untuk berfikir dengan lebih baik dan rasional, sehinggalah F offer kereta, kondo, driver dan bibik, tiket ke London, shopping di Pavilion; saya tetap dengan keputusan untuk tidak menerima F sepenuhnya.

Gilakan? Belum cukup lagi.

Kenapa saya membuat keputusan tersebut? Kerana saya yakin yang marriage is more than about money on the table. F kaya, tapi F tiada masa untuk saya. F ada pangkat dan harta, tapi saya membayangkan kehidupan ditemani driver dan bodyguard merata. F ada rupa tapi itu bukan kunci bahagia. Banyak kali dia menyatakan bahawa wanita lain akan minta apa sahaja daripada dia, saya hanya dapat membalas bahawa saya perlukan suami dan keluarga, duit bukan segalanya.

Jadi cerita pengkisahan jodoh bukan setakat di antara dah lanjut usia dengan some sort of ‘hukuman’ or you would call it ‘hikmah’ dalam bunyi ayat yang baik sikit. No. Takde lansung. Bukan sebab seseorang individu itu kekwat dengan adik beradik, bukan sebab dia solat lambat dan tak doa bersungguh, bukan sebab tu like lansung bukan.

Jodoh tu Allah dah tulis. Dalam hadis #4 kitab Hadith 40 boleh refer balik. Nasihat saya buat mereka yang dah settled down ni, bertenang sikit jangan cepat tuding jari cakap yang tak berlapik dekat mereka yang masih menunggu takdir dengan sabar tu. Memang kena usaha, and trust me on God’s name, we did more than you would ever think of. Doakan je lah. Doakan kami tak terjebak dengan perkara maksiat sementara kami masih bujang. Doakan kami sabar tahan ujian iman bila tengok korang post betapa indahnya cinta selepas nikah tu ke. Eh. Ha. Sort of macam tu. Itu pun dah cukup dari kecam macam tak kahwin tu hina sangat and dah kahwin tu awesome tak ingat.

If I want to explain on hikmah bujang tu memang panjang. Sekarang pun saya duduk dengan ibu ayah, bersama memintal tali kasih sayang sambil meniti hari tua bersama. Hehe. Yang penting, nasihat saya lagi, berusahalah jaga hati dan iman. Kena pandai dan mempunyai skil untuk cari pendapatan sendiri daripada mengharapkan bakal suami totally. Dan janganlah rasa down kalau masih single lagi walaupun orang nak label bukan-bukan, Allah hanya pandang takwa dan iman.

Cerita saya dengan F? Saya putuskan untuk tidak membenarkan dia label saya sama macam wanita lain yang dia jumpa. Yes anda mungkin akan bagitau yang saya akan menyesal satu hari nanti, tapi percayalah, at this age, you would want to build a family alongside a suami, baby.

Alongside. Bukan dengan bibik atau driver.

We want to grow old and wise together.
Yang ni paling penting. Yang ni lagi meaningful dari segalanya.
Money comes secondary.
Jangan pesongkan niat mencari jodoh, gusar nanti rumahtangga tak dibentuk atas dasar yang disyariat.

Kalau ada jodoh dengan F, adalah. Kalau takde, saya okay. Allah ada.

Lambat pun lambatlah janji bahagia.
To all single girls 30-an out there, we rock.
-Miss M

– Miss M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit