Rezeki bola ramadan

Assalamualaikum dan hi semua

I nak cerita. I perempuan and memang jenis yang minat tengok bola, suka baca analisis, taktikal, background pemain bola and those kind of stuff. I minat bola sebab abah suka bukak bola kat tv dan suka sangat bercakap pasal bola.

Anyway, kan sekarang tengah Euro, tup2 tengah Ramadan. Maka senanglah nak tengok bola sambil sahur dengan famili (specially dgn abah).

Nak cerita, kan Germany lawan Italy hari tu sengit sangat sampai sepakan penalti. (Oh, by the way, I sokong Germany sejak dari zaman Michael Ballack dulu) Maka, tak senanglah hati ni tengok mereka susah payah nak menang lawan Italy. Nak tengok penalti pun tak sanggup.

Nak tau fanatiknya macam mana, I tadah tgn mintak kat Allah untuk tolong menangkan Germany supaya I happy. Bila dah taip kat sini, rasa macam selfish pulak mintak kat Allah untuk menangkan team bola. Bukan dapat apa pun kan? Tapi Allah makbulkan bagi Germany menang dengan penuh dramatik. Germany menang tu kan tup2 azan subuh. Bila Allah dah bagi apa yg I nak tu, I rasa syukur sangat2, I rasa tu lah solat paling khusyuk I setakat hidup ni.

Puasa hari tersebut adalah puasa paling happy pernah I rasa. Rasa seronok buat benda baik, buat ibadah sebab rasa macam Allah ni sayang, layankan je permintaan yg bukan2. Bukan itu saja, malam tu jugak I dapat tawaran kerja selepas setahun menganggur. Serius rasa Allah tu dekat. Rezeki dibagi tanpa berkira.

I pun sebenarnya x tau apa point I buat confession ni, I just nak share I happy yang Allah bagi I happy dan dibagi kenikmatan rezeki Ramadan. Tu je. And sayangi abah anda.

Ok bye.

– Germany fans

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

29 Comments

  1. U perempuan then u tengok bola. Tengok bola tak salah tapi dalam pada masa yang sama u tengok aurat lelaki kapiaq. Haaaa, apa citaaaa?

  2. I pun minat Germany .Sejak 2006 lagi walaupun time tu Italy yang menang world cup .Pastu coach Germany Joachim Loew handsome gila walaupun cuma pakai sleeve hitam atau T-shirt purple . Tu la handsome hanat tapi selekeh suka korek hidung atas padang .Hahaha kbye .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *