Aku anak bongsu dari 7 beradik. Sorg pompuan, akak aku. Smua dah kawen, kecuali aku. Parents dah meninggal. So, kehidupn aku lebih pada sendiri2.raya sendiri2. To be honest, i really missed my old memory…
Aku kerja di ibu kota, boleh d katakn agak stabil. Aku selalu hbiskn masa aku, sibukkan diri, sbb aku sebolehnya mahu melupakan nasib ku. Dulu, kami keluarga besar, family bonding yg kuat, sekarang…..
Ingat lagi aku, sewaktu kecil, mak aku berniaga di bazar Ramadan. Tugas aku beli barang, abg aku bakar kuih akok, ada yg tlg mesin kelapa, akak aku buat rojak. Sungguh, happy sesangat.
Bapak aku sorg yg kelakar. Suka wat lawak, cerita dia xpnah xbuat aku kering gusi. Dia suka mengajuk bahasa tamil bila dia acah2 jadi bomoh nk ubatkn luka aku. Kira jampi la. Hahaha.. Dulu, arwah bapak aku usha sedaya upaya utk cari durian, bila tibanya musim durian time bulan puasa. Sanggup pegi cari durian, nak bagi anak2 makan, dia? Cukup skdr tgk anak makan…
Mak aku org yg paling aku syg, di buatnya juadah sedap2 sbgai upah aku berpuasa. Boleh katakn menu stiap hari di tetapkn oleh aku. Bab makan aku ada kuasa veto beb. Haha
Abg aku yang sulong, cool and steady. Aku xda sngt memori masa kecik ngn dia, sbb beza umor kami jauh. Aku baru start nak ingat, dia dh smbung blajar kat uni. Bgi aku dia sorg yg ada lucu n kelakar. Sma mcm karakter bapak aku.
Abg aku no dua kaler metallic (if you know what i mean ) dia suka bawak aku jenjalan naik basikal. Bawak pi mancing bagai. Bnda2 berat biasa dia yang buat. Aku kecik lg, so, aku tukang tengok.
Kakak aku plak suks niaga, dari kecik tolong mak niaga. Duit dia yg pling bnyak. Smpai skrg pn dia msih niaga. Kecik2 dlu dia tuksng isi borang, sbb tulisan cantik n smua nama n ic surat beranak adik beradik dia ingat.
Abg aku no tiga lembut n tegas. Dia suka masak, sbb suka tlg mak kat dapur. N dia paling cerewet. Bnda simple pn dia memilih, kalau boleh smua bnda nk perfect.
Abg aku yang ke empat pling pendiam n suka menyendiri. Tpi bila suruh buat, dia buat je. Kecik2 dlu obses dengan pistol, senapang. Kat tangan x lekang dgn senapang.
Yg ni klakar, abg aku yg kelima, satu2 nya abg aku yang suka main sensorang, dia punya imaginasi siap gaya macam dragonball super saiyyya,belari dpn cermin mcm watsom yambek. Kalau tinju hebat macam sapok biki. Aku suka tgk, then, gelak Guling2
Yg last, aku. Hahaha… Aku ank bongsu, of course paling manja. Tpi, xsmua yg aku nk, aku dpt. Ye la, family bkn senang, tpi aku syg sgt family aku!
Tpi.. Itu dulu…
Bila parents dah xda, smua bawak haluan masing2..smua dh kawen, so, diorng spent masa dgn family diorg plak. Aku je single. Aku kalau boleh xnk blik kg, xnk ingt kisah silam, sbb ia buat aku sedih.. Rindu kat parent…smlm,aku blik kg, jiran aku tkjut, sbb dh lma x blik. Aku plan nk raya kat rumah, walaupn takda sorg pn family aku yg blik beraya nanti. Diorg dh gtaw awal2.lgpn aku xkesah sgt… Aku cuma rindu suasana puasa yang dlu.. Meriah bersama… Nk mkn ketupat mak, nk dgar celoteh ayah, ragam abang2 n kakak..
Hari ni, lepas sahur, aku duduk bersandar, kt tiang seri rumah aku, tiang cengal rumah kayu. Dalam fikiran aku terbayang kami anak beranak suka ria. Bapal aku tgk berita, abg aku berlari dpn cermin almari pakaian, abg aku pijak belakang mak aku, urut mak aku smbil pegang kat almari, akak aku isi borang one off, abg aku dgn pistolnya duk tembak cicak, yg sulong buat keja skolah n yg no dua duk makan nasi kat dapur. Aku plak duk mengaji kt ruang tamu, smbil bersandar kt tiang feveret aku. Tiang cengal. Aku amati setiap inci rumah, menggamit kenangan silam ku yg xkn aku lupa. Andai boleh di putarkan waktu…….. Sudah tentu akulah orng yg paling happy. Kepada yg masih ada, janganlah lupa utk hargai…
Tiang cengal rumah kayu.
Alfatihah mak
Alfatihah ayah
– Bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit