suami samseng

Thanks admin sudi approve cerita aku.

Salam semua, cerita aku ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar hanya nak berkongsi pengalaman selama aku bergelar seorang isteri.

Suami aku anak sulung dari 8 adik beradik, 2 lelaki dan 6 perempuan. Kita semua sedia maklum kan, anak sulung ni jenis yang berdikari, tegas, bajet2 garang, anak feberet mak.  Dan yer, suami aku tak terkecuali. Sekali pandang suami aku ni, org akan ckp dia ni jnis yang garang, tegas, susah nak senyum.

Tapi, tidak dengan aku, setakat 2 tahun ni suami aku tak pernah pon tinggi suara dengan aku, kalau ada salah faham sikit2 pon memang sekejap sgt lah nak marah, sangat bertolak ansur, penyayang, lemah lembut, tapi dalam lembut ada tegas dia. Oh ye, suami aku orang kelantan, aku org kedah. Org kelantan memang cakap lembut2 kan.

Peristiwa ni terjadi masa raya tahun lepas. Inilah kali pertma aku lihat *personaliti* suami aku yg satu lagi. Kami beraya di kampung suami aku. Untuk makluman, 4 org adik perempuan suami aku dah kawin dan semua dah ada anak. Anak buah ada 8 orang, paling besar umur 9 tahun, paling kecil umur 2 tahun.

Memandangkan suami aku berumur 29 dan aku berumur 23, memang cara pemikiran tu lain sikit lah, suami aku jenis jimat duit, aku suka perabis duit. Tapi suami aku tak kedekut, tambah2 bab makan.

Pertama kali balik beraya di rumah mertua, memang lain sgt lah rasanya, tambah pulak aku ni susah nak tangkap loghat kelantan kan, yelah, suami aku kalau ckp dengan aku akan guna loghat luar tak pon ckp kedah teruih.

Sebelum sampai kampung, suami aku dah pesan siap2, nanti tolong ape yg patut dekat dapur, jangan malas2, jangan panggil2 dia nama pelik2 sgt, jgn merengek, jgn mengada2, buat rilek, buat cool je. Mcm2 dia pesan, mula2 aku iyekan aje sbb aku ingt dia sekadar pesan biase2 je. Tapi bile aku sampai je rumah dia, panggggggggg. Suami aku totally jadi org lain, suara mmg serius je bile ckp, bajet2 abg sulung katekan.

Bayangkan lah anak2 menakan aku semua takut dengan suami aku, suami aku baru naik tangga pintu depan, anak2 menakan yg tgh seronok lari2 ni, terus berhenti, senyap, rumah dari riuh suara budak2, tiba2 jadi senyap. Suami aku cakap sekali je, budak2 akan buat terus. Bukan anak menakan je, adik2 suami aku pon kira "respek" gila babun kat suami aku.

Hari kedua di rumah mertua, banyak dugaan aku lalui, misalnya, masa aku tengah dok sibuk2 potong2 daging, tiba2 adik ipar aku tanya tak takut ke kawin dengan suami aku, tak takut ke jadi mangsa pukul. Aku terkejut, *mangsa pukul*? Aku cakap lah, aku tak faham, ape maksudnye, along okey je, setakat ni tak de pulak dye naik tangan ke ape ke.

Masa tu mula lah adik2 dye cerita, suami aku ni ganas rupa nye, semua org dalam rumah tu, paling kurang pon mesti pernah makan penampar suami aku, pantang bt silap sikit, penampar lah jawabnye. Masa sekolah menengah suami aku pernah libas adik2 dia dengan getah paip yg dalamnye ada kayu sebab adik2 dia tak solat subuh. Suami aku pernah jugak haram kan api air selama 1 jam sebab taknak belajar mengaji. So, nak taknak adik2 dia duduk lah luar rumah selama sejam. Suami aku samseng.

Ada lagi, suami aku pernah letak anak2 buah tu atas almari, dlm mesin basuh, ikat dekat tiang tengah rumah, rotan, salotep mulut dan sebagainye, kenapa? Sebab diorang degil. Melawan cakap, budak2 biase lah kan. Tapi dengan aku, tak pernah dia berkasar, padahal aku ni kategori gedik dan suka menyusahkan dia.

Mesti korang tertanya2 kan mana ayah mertua aku, ayh mertua aku dah tak ade. Aku pon tak pernah jumpa arwah ayh mertua aku. Kebetulan, pada masa kami tengah sembang2 dekat dapur, tiba2 ade dengar suara perempuan menjerit dekat ruang tamu, terkejut, kami semua pon p lah tgk,  *suami aku tgh bantai adik perempuan dia yg umur 18 tahun* tergolek2 budak tu, masa tu suami aku marah sgt, suami aku pegang rambut adik, memang nak hempuk dah aku rasa. Dan entah mcm mana aku dapat satu keberanian, cuba halang suami aku, dan perkataan keluar dari mulut aku, *kalau awak boleh pukul adik2, tak mustahil awak akan pukul sy, pukul anak2 nanti, sudah lah.*

Seharian aku tak cakap dengan suami aku, adik2 yang lain pon buat mcm tak dak apa2 jadi. Tapi dari dalam bilik aku boleh dengar depa dok sembang pasai aku dgn abang depa.

Suami aku ada je cakap2 dengan aku, tapi sekadar jawapan *hmmm* yg aku bagi kat dia. Ada satu perasaan marah, takut,  sedih dalam hati aku masa tu. Sampai lah masa tengah tengok tv, mak dia mai duduk sebelah aku, lepastu cakap *along pukul adik2 ada sebab, adik dia yang umur 18 tu mmg liar sikit, suka keluar ikut lelaki, sbb tu along marah, mak dah bnyk kali pesan tapi dia tak dengar, dengan along dia takut lah*

Masa tu ada adik2 ipar aku yg lain pon mengiya kan, *along pukul mesti ada sebab, untuk kebaikan*. Tapi bagi aku, cara dye dah melebih sgt. Benda kan boleh bawak bincang, bagi aku, pukul2 ni dah tak relevan, nnty adik2 rasa benci, tunjuk protes, rasa takut lebih bnyk dri hormat.

Sejak tu, aku ada satu perasaan macam insecure bila dgn suami aku, dekat seminggu jugak aku tak layan dye, dah kurang mesra, tak ade nak manja2, merengek2, membebel2, panggilan manje pon dah tak ade. Banyak kali aku menolak bila dye dtg dekat, selama seminggu aku tidur dengan adik2 dye dekat bilik lain, sanggup aku berhimpit2. Pernah dia halang aku tapi aku tarik muka, sebab aku tak suka lelaki kasar2.

Sampailah mlm raya, suami aku ade pesan *jgn suke sangat nanti menangis*, tapi aku jeling je kat dye, aku bt tak tahu je, aku ni jenis gedik sikit, jnis suke terkinja2, meloncat2, berlari2, main bunga api sekali dengan anak2 menakan. Nak jadi cerita, aku terjatuh, sikit je jatuh, anak2 menakan dok gelak kat aku, tapi tak tahu kenapa, aku yang mula2 gelak sama tiba2, aku rasa sakit sgt, sakit yang amat, aku panggil2 suami aku, keadaan samar2 memang tak nampak jelas, bila dah masuk rumah, adik ipar aku ckp ada darah, terus pergi klinik, dr cakap aku keguguran. Sedangkan, aku tak tahu langsung yang aku mengandung, dah 2 bulan lebih pulak tu, memang tak sedar langsung aku dah berbadan dua. Masa tu, suami aku cuma cakap, tak ade rezeki lagi, tapi aku tahu dia sedih, aku pon sedih. Aku duduk kampung suami aku lama jugak, ada hikmah semua ni, kalau aku x keguguran, mungkin skrg aku akan masih menolak suami aku, aku mungkin akn abaikan dia.

Pagi raya aku memang beraya dekat hospital lah, suami pon tunggu je, sangat2 terharu bila pagi raya, adik2 suami dtg hospital, suami aku yg konon ajet2 samseng tu salam peluk tiap sorang adik dia dan mintak maaf, banyak lah drama air mata pagi tu. Ada yang cakap, first time along peluk lah, first time along mintak maaf lah. Drama.

Tiap benda yang jadi, pasti ada hikmah. Yakinlah, walau buruk mana pun saat yang kamu lalui, pasti ada kebaikan dalamnye.

– qwert1234

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

194 Comments

  1. First kesimpulan yg saya terfikir bila baca ni ialah awak sebagai isteri berjaya mengubah perspektif perangai suami awak sbb mungkin kalau jodoh dia bukan dngn awak(contoh jngn marah ya) mungkin sikap along tu x akan berubah bila dngn isteri dia.Susah nak ubah jenis yang gangster pailang semua orng takut kepada yg ramah dan baik.BTW susah nak cari orng mcm ni mempunyai dua karakter.

  2. Dia pernah kasar/pukul/tengking kau? Tak. Knp kau nak fikir bkn2 psl suami sendiri. Jauhilah prasangka buruk, dkt syurga kau plak tu. Dia kena tegas & garang dkt adik2, esp adik2 perempuan yg blom kahwin. Bapak dia dah xde, tu tanggungjwb dia. Pikirlah balik

    • Aku dduk kt tmpt suami prmpuan tu skrg..aku rase ap yg suami prpuan tu rase..mntk maaf,adik bradik prmpuan aku adalah tnggujwb aku..n aku xbole blembut,slagi dia blum bnikah..

    • Dia ambk tndkn mcm tu nk jg maruah adiknya. Kalau trsilp lngkh…yg bunting, bw perut ke hulu ke hilir adiknya bukn lelaki yg brkepit dgn adiknya. Lg satu awk pun dah mklum td…byk kali dah maknya nsht adik nya tu (nsiht ttu lh scra lmbutkn…ttp tetap x jln jg. Adiknya mdih buat lg. So, trpksalh dia brtndk scra kekerasan utk mnjga n mnyedarkn khormatan adiknya…bahawa maruah, keinginan nk brpsngn n brteman itu prlu disekat. kalau lelaki tu btul brkenan kt adik perempuan suami awk sdh ttntu dah hntr rimbongn merisik xpun meminang. Ya tanggungjwb a.long mmg berat apatah lh lg tiada ayah dah

    • Ak anak sulung. Ak pun akn buat cara cmtu kt adik ak yg degil. Siap ikat tali kt kaki atau tgn . Sbbnya? Menghempas brg2 yg ada kt rmh. Kemungkinan keluarga ko xlayan karenah seperti tu. Jd, jgn samakan situasi keluarga yg berlainan.

    • Gedik kan cmtulah. Mngada nk mogok bagai. X phm ke bila ayh da x de tanggungjwb tu jatuh kt yg sulung sb tu yg sulung kna tegas sket.

  3. Bgi sya, suami marah bersebab, x dek abang nak benda buruk jadi pada adik2 die, pulak tu, ayah pun dah x ade, suka atau x, die terpaksa bertindak tegas. Sama kisah seperti ayah saya jugak orang Kelantan, memang tegas dengan adik2 die, tapi x kan die buat x bersebab, dengan anak2 n mak saya, x penah die naik tangan. Hatta marah mcam mne sekalipun. Bagi saya, marah macam mana sekalipun pada suami, puan x boleh tunjuk pada orang luar, adik2 suami puan otomatik akan hilang respek pada abang diorang, kalau x suka tindakan suami, boleh bincang berdua, kalau kita nak menegur anak sekalipun, x boleh tegur depan anak yang lain, takut jatuh air muka die, inikan pulak suami,

  4. Die cmtu ngn adik2 die je..bknnyw ngn sume org kan, ngn mak die pn msti die x cmtu..die garang tu sbb die abg sulong, ade tanggungjawab pd adik2.elok ape suami cmtu..awk sndiri ckp die garang pn bersebab.awk n anak2 awk in a good hand u noe..

  5. Bersyukurlah dia baik dgn kau. aku pulak yg geram dgn kau niaaaa… Dia garang pun bersebab. Nak didik 6 org adik perempuan bukan senang. Lagi2 yg degil. dahlah dia abang sulung. Ko ingat senang nak galas amanah dari arwah ayah mertua kau? aduhaiiii

  6. Based on apa yang aku baca, your husband love you very very much.

    Syukur. Tak semua lelaki macam tu. Dependable, strong leadership skill, and dare to take action.

    So please love your husband unconditionally.

  7. Ayah dah x da.
    Abg sulung yang sambung tugas ayah.

    Kesimpulannya pn sendiri x faham tugas suami terhadap keluarga dia.

    Tegas bersebab.
    Bukan suka2.

    Kire untung la x kena lempang dengan suami.
    Kalau kene lempang maunya report kat page KRT.

  8. Lak..ingt samseng pukul samseng jgk..samseng yg lawan ngn jantan jgk..rupenye samseng taik kucing!takat nak ngamok kt adik beradik je pun sape nk heran..normal le tu abg sulung..
    Plg bodoh siap pukul adk ppuan die..bapak punye dayus jantan mcm tu..telor tkde ke..??satu lg kisah yg straight away to garbage.!!

  9. Comelll sgt citer ni. Ohhh cmtu ye rupenye lelaki kelantan. Ahah3
    Watak awk yg gedik2 mnja2 rengek2 tu smua sifat semulajdi pompuann la. Normal2 untunggg kalo dpt suamk yg jnis melayannn je. Aww.miahaha

  10. Abang sulung @ kakak sulung memang la kene garang. Tk kisahla mcmane cara pun janji taksampai membunuh org. Awakpun satu, nak tegur biarla beradap.. biarla dia selesaikan dgn family dia dulu.. kemudian bru la turn awk kalau nak masuk campur pun.

  11. Sorry..but this is just the stupidest confession ever…stop being stupid and think wisely…sikit pun aku tak impress dgn confessor ni punya crita..gugur?kat situ jugak tuhan da tnjukkn balasan…sorry

    • Part mana yang bodoh sgt? Dia share pengalaman dia bkn sbb nk impress hg ka apa ka.,dia kan sekadar brkongsi cerita. LOL

    • Bodoh la kot..laki dia mengajar adik2 dia tp dia plak yg sibuk nk masuk cmpur smpai siap nk mogok dgn laki dia..padahal dia sndri admit yg laki dia skali pun tak pernah naik tgn ke dia …btol sgt ke tu?tak payah la nk share pndirian bodoh mcm tu..n congratulations to her la,sbb after that adik2 ipar dia confirm da tak hormat laki dia sbb tahu ada kakak ipar yg bangang dok back up dorang bila buat salah..kalau baca n hayati btol2 kau bole pikir kot btol ke tak ape yg dia buat n ape yg laki dia buat…siap ltk caption suami samseng padahal laki dia garang dgn adik2 je..paham ke tidak maksud samseng..bodoh piang punya org…n bermotif abg dia garang giler sbb abg dia sulung n bapak da takde..kena jaga adik2 prmpuan..tahu ape tu tanggungjawab?sape yg rasa ape prmpuan ni buat btol mmg sah la akal korang ni yg cetek n dangkal sbnrnya..tak pernah rasa perasaan takde mak bpk or tak prnh rasa pikul tanggungjawab kot..?

    • Agreed. Patotnya dok diam je jgn sibuk2 konon berani sound suami bagai. Pastu nak tunjuk angin konon takmau bercakap. Lain la kalau laki dia tu nak sembelih adik dia

    • We are talking about someone is only 23 years old..bru kawen n baru masuk family suami dia..bru nk knl side lain suami dia..x salah dia rasa cuak sbb dia xpnh tgk suami dia gitu..atleast pengalaman tu ajar dia n suami dia mengenali satu sama lain n treasured the family more…

  12. Damn he’s good, he has his own way to teach his family. He knows them better, they’re his family. Don’t make his family start to disrespect him with your attitude and speculation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *