Bismillah. Salam
Em mungkin story ak ni tak berapa menarik tapi ak terasa nak share jugak. Nak katanya memang hikmah bersedekah tu janji Allah yang pasti. Kita tolong orang dalam kesusahan Allah akan hantar bantuan bila kita dalam kesusahan. Percayalah sayang aku akan pulang. Ishhh lagu tu..lagu. haha. Ok main main pulak. . Seriesly percaya la.
Bagi sesiapa yang tak tahu la dekat mesir matawang nya dipanggil genih(le) . Kenapa mesir ? Sebab aku belajar kat sni. Heee.. satu hari tu aku naik bas. Tambang bas le 1 sja. Murah kan. Huhu.. kalau Rm jadi rm0.50 . sejurus aku bayar tambang kepada ammu(pakcik ) bas ak cari seat la. Lepas tu ada seorang student malaysia jugak nak bayar tapi duit dia besar. Le200 = rm100 . Dan kebiasaanya memang lah ammu bas tiada fakkah ( duit kecik ).. lalu student tu kalut la seluk poket kot kot ada le 1 tu ternyata x ada.
Aku dengan rasa simpati +kesian +hero hehe tlg la bayarkan.
Pastu student tu kata eh terima kasih . Ok habis cerita setakat ni.
Satu hari ni aku naik teksi. Dalam beg ada le15 = rm 7.50. Aku target tambang le10=rm5.. sampai je depan pintu gamaah ( universiti ) aku nak bayar la.
bikem ya ammu ?
Isyrin.. (rm20)
Haa ??! Muka terkejut .
Akid ? Walakin indi khomas ta asyar bas ( betul ke ? Tapi aku ada 15 je ni )
Naam . Bi sur'ah ya bint. ( sambail hentak2 tngan dekat stering )
Aku terkedu dah mana nak cekau duit ni. Tngah jalan raya. Student malaysia pulak sorg x nampak..
Lalu ada sekumpulan student indonesia. Aku pun pergi dekat mereka dan panggil salah seorang dari mereka.
Antum. Ana nak minta tlg ni.
Tambang teksi le20 tapi duit ada tak cukup. Ana ada le 15 je. Ana nak pinjam le5 lagi boleh ?
Student tu macam aaa..aa..
Aku cakap tak apa ana bayar balik antum bagi no fon.
Student tu tak ada duit kecik dia ada le50 =rm25.
tiba tiba dia kata ngak apa apa ambil saja le50 ini.
Aku pun tanpa sepatah bicara ambik le 50 dan bayar kepada ammu teksi tu. Selesai je bayar aku pergi semula kepada student tu minta no fon.
Petang itu aku contact dia semula untuk bayar kembali le50 tu. .
Pastu dia cakap "ngak apa apa uwang nya diambil saja" ana niat sedekah sahaja. Bakinya dibuat belanja ya. :)
Masa tu aku macam serius la. Banyak jugak tu baki lagi le45.
Hermm. Aku pun kata iya makaseh ya. Hehe.
lps tu tetiba aku teringt le1 yg aku sedekah dalam bas hari tu.
Aku dapat le50.. Allah maha mengetahui kesulitan hamba hambanya. :)
– Nurul egypt
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit