Status Kaya dan Miskin

Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana membaca coretan tak seberapa aku ini.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan. Adik-beradik aku ada yang jadi doktor, akauntan, jurutera, analisis, pilot dan peguam. Sekarang ini ada yang sudah migrate di negara orang putih dan juga negara sekitarnya. Aku juga seorang lulusan yang profesional (rahsia). Aku juga sudah lebih 10 tahun kerja dalam bidang profesional itu.

Tapi, takdir itu milik Allah. Atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan aku berhenti kerja. Ramai saudara-mara aku kecoh kerana aku berada betul-betul masa peak kerja (senang cerita aku tengah terkenallah juga dalam bidang ini).

Masa inilah dugaan besar. Ada yang mengata aku dan membuat gosip-gosip liar. Antaranya aku diberhentikan kerana tidak perform. Aku ini penuh dengan masalah (betul itu tapi masalah dirumah).

Pada masa ini kedua-dua ibu bapa aku sedih sangat. Mereka risaukan masa depan aku. Adik-beradik yang lain sudah semakin kaya. Aku. Dari kaya menjadi orang miskin.

Setelah aku berhenti kerja, aku mulakan perniagaan sendiri. Alhamdullilah, rezeki Allah di mana-mana sahaja. Mungkin harta aku sedikit. Tapi aku banya masa di rumah. Kedua-dua orang tua aku, akulah yang jaga sehingga mereka meninggal dunia.

Baiklah ini baru nak masuk tajuk. Aku buat pengenalan panjang sebab nak bagi mudah faham.

Dua yang lepas adalah tarikh kematian ibu aku. Adik-beradik aku mulalah menaikkan status rindu dan mendoakan mereka. Aku berasa sangat sakit hati. Kenapa? Masa ibu bapa aku mana ada mereka ambil peduli. Lepaskan semua tanggungjawab kepada aku seorang. Bila sudah meninggal masing-masing menaikkan status seperti itu.

Apa yang membuatkan aku sakit hati lagi adalah friend FB tidak kiralah keluarga atau kawan (hatta sahabat baik aku sendiri) komen rasa sedih mereka sekali di situ.

Status aku yang aku post samalah seperti melukut di tepi gantang. Sepi tanpa pembaca.

Betullah apa yang aku terbaca. Bila kau kerja sebagai doktor, kau ialah doktor. Bila aku tukang cuci kereta walaupun aku bakal mendapat PhD aku tetap sama seperti warga asing yang mencari rezeki di tempat orang.

Untuk mengambil pengajaran pun aku dah tidak boleh putarkan masa bagi membetulkan keputusan aku. Jadi aku hiduplah dalam dunia miskin aku ini sehingga aku mati. Terima kasih Allah kerana bagi aku merasa menjadi orang kaya dan berada di tempat yang tinggi walaupun sekejap.

– Miskin Harta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit