Bila Aku Yang Dulu Akan Kembali

Assalamualaikum semua.

Aku sedih. Dah nak masuk 7 tahun aku mengalami masalah kulit dekat muka. Bermula sejak aku spm, aku ingat ni masalah kecik je. Ingat semata-mata sebab stress belajar. Yelah. Time nilah hormon nak jadi tak stabilnya kan. Dulu tak gini pun. Muka licin hatta takde blackhead whitehead etc lah.

Rupa-rupanya aku salah jangka. Masuk asasi, muka jadi lagi teruk. Time ni, aku ingat mungkin sebab perubahan hormon lagi kot. Muka dah start naik pimple acne blackhead dan parut pimple. Aku cuba control diri aku, pemakanan aku, dan juga perasaan aku.

Tapi bila masuk tahun terakhir asasi, aku dah tak jadi diri aku. Aku dulu periang kot, suka gegiler berkawan. Tapi waktu ni, aku jadi down sangat. Aku mengelak daripada berkawan dengan orang asing (dari kos lain). Kau bayangkan, tengah berjalan nak pergi ke kafe, ada sorang budak perempuan, kecik lagi mungkin dalam usia 6-7 tahun, tegur aku. “Eee banyaknya jerawat”. MasyaAllah perasaan aku waktu tuuuu Allah je tahu. Apa salah akak dekat kau dik?

Okay dipendekkan cerita, habisla zaman degree aku. Sepanjang 7 tahun ni, macam-macam produk dah aku cuba. Produk tempatan, produk doktor dari klinik **, sampaikan makan ubat (aku ambik ubat dari doktor, bukan memandai beli dekat pharmacy mintak ‘akak, saya nak ubat makan cuci jerawat’). Bekam pun dah. Rawatan muka pun dah. Tenyeh bedak sejuk pun sudah. Apa lagi yang aku tak try haa?

Aku bukan dari keluarga kaya. Keluarga sederhana je. Untuk beli produk mahal-mahal dan berjumpa dengan doktor pakar kulit, aku tak mampu. Ibu pernah bawak aku pergi ke salah satu klinik kulit. Jangkaan ibu dalam RM500 sebab pernah tanya kawan beliau. Last sekali aku kena charge RM1200++ untuk sehari itu. Aku tahu ibu terkejut. Tapi ibu kata takpela, mesti muka awak akan kembali pulih selepas ini. Ya Allah kau rahmatilah ibu bapa ku ini Ya Allah. Aku berdoa sangat muka aku jadi elok semula.

Jangkaan hanyalah jangkaan. Muka aku tak berubah langsung selepas buat rawatan dan memakai produk dari klinik tu. Menangis aku. Bukan sebab muka. Tapi sebab rasa diri ni tak guna. Kesian ibu bapa aku dah spend duit banyak nak repair muka aku ni.

Aku tahu. Family aku pun kesian tengok aku, lagi-lagi ibu aku. Sebab adik-beradik aku yang lain sangat cantik kulit mereka. Aku tak tipu. Kulit diaorang aku tengok eh licin giler sampaikan jerawat pun memang takdelah. Aku cuba pakai produk macam mereka pakai. Nak dekat 2 tahun pakai, memang tak jadi pape. Parut jerawat masih bersepah sana sini.

Setiap kali kami duduk adik-beradik berborak, aku sekarang mostly memang banyak dengar daripada bercakap. Dulu aku tak gini hmm. Aku lebih banyak telek muka diaorang daripada bercakap. Taktaulah apa silapnya aku dalam menjaga kulit aku. Nasib aku baik sebab diaorang tak pernah nak hina atau ejek muka aku. Setakat gurau tu, aku tak ambik hati pun.

Cumanya, itulah.

Aku rasa had aku dah sampai kemuncaknya. Aku jadi sangat zero confident. Malam-malam sebelum tidur menangis. Esok pagi tengok cermin. Aku tahu mesti akan ada cakap “eleh benda ni pun nak stress” atau “relaxlah, benda tu bukan serius pun”. Percayalah, bila aku dengar kawan-kawan aku ada bercakap begini dekat aku selepas aku mengadu masalah aku dekat mereka, aku jadi kecik hati sangat.

Takpe. Aku tak salahkan diaorang. Sebab diaorang tak rasa apa yang aku rasa. Takde sape akan faham perasan aku ni. Aku tulis ni pun selang-seli dengan menangis. Aku sedih. Bukan sebab aku putus asa, bukan sebab aku tak terima takdir Allah ni. Tapi sebab perspektif orang sekeliling selain daripada keluarga , cara mereka layan kita. Aku tak kuat.

Dekat tempat kerja aku tu. Ada akak tu, kalau boleh tiap-tiap hari nak tegur pasal muka aku. “Eh semalam rase takde jerawat dekat situ” “Sakit tak ade jerawat dekat situ” “dik pakailah make up, boleh cover muka awak tu”. Jijik sangat ke dekat aku?

Aku taktau nak buat apa dah. Kalaulah ada yang boleh faham perasaan aku sekarang. Penat nangis sengsorang. Sebabtu decide nak tulis sini. Kalau readers ada nak share produk apa bagus untuk orang macam aku ni yang dah alami masalah ni selama 7 tahun++, sharelah diruangan komen. InsyaAllah, aku akan sentiasa baca komen tersebut.

Nasihat aku, tolonglah. Bagi support dekat orang macam aku ni. Jaga hati dan perasaan kami. Orang mungkin nampak masalah ni simple, tapi bukan dekat orang yang mengalami nya.

Please. Doakan aku dapat jalani kehidupan sihat dan normal semula, macam korang. Aku rindu sangat aku yang dulu.

Terima kasih sebab membaca.

– A.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit