Thanks admin sudi approve cerita aku.
Salam semua, cerita aku ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar hanya nak berkongsi pengalaman selama aku bergelar seorang isteri.
Suami aku anak sulung dari 8 adik beradik, 2 lelaki dan 6 perempuan. Kita semua sedia maklum kan, anak sulung ni jenis yang berdikari, tegas, bajet2 garang, anak feberet mak. Dan yer, suami aku tak terkecuali. Sekali pandang suami aku ni, org akan ckp dia ni jnis yang garang, tegas, susah nak senyum.
Tapi, tidak dengan aku, setakat 2 tahun ni suami aku tak pernah pon tinggi suara dengan aku, kalau ada salah faham sikit2 pon memang sekejap sgt lah nak marah, sangat bertolak ansur, penyayang, lemah lembut, tapi dalam lembut ada tegas dia. Oh ye, suami aku orang kelantan, aku org kedah. Org kelantan memang cakap lembut2 kan.
Peristiwa ni terjadi masa raya tahun lepas. Inilah kali pertma aku lihat *personaliti* suami aku yg satu lagi. Kami beraya di kampung suami aku. Untuk makluman, 4 org adik perempuan suami aku dah kawin dan semua dah ada anak. Anak buah ada 8 orang, paling besar umur 9 tahun, paling kecil umur 2 tahun.
Memandangkan suami aku berumur 29 dan aku berumur 23, memang cara pemikiran tu lain sikit lah, suami aku jenis jimat duit, aku suka perabis duit. Tapi suami aku tak kedekut, tambah2 bab makan.
Pertama kali balik beraya di rumah mertua, memang lain sgt lah rasanya, tambah pulak aku ni susah nak tangkap loghat kelantan kan, yelah, suami aku kalau ckp dengan aku akan guna loghat luar tak pon ckp kedah teruih.
Sebelum sampai kampung, suami aku dah pesan siap2, nanti tolong ape yg patut dekat dapur, jangan malas2, jangan panggil2 dia nama pelik2 sgt, jgn merengek, jgn mengada2, buat rilek, buat cool je. Mcm2 dia pesan, mula2 aku iyekan aje sbb aku ingt dia sekadar pesan biase2 je. Tapi bile aku sampai je rumah dia, panggggggggg. Suami aku totally jadi org lain, suara mmg serius je bile ckp, bajet2 abg sulung katekan.
Bayangkan lah anak2 menakan aku semua takut dengan suami aku, suami aku baru naik tangga pintu depan, anak2 menakan yg tgh seronok lari2 ni, terus berhenti, senyap, rumah dari riuh suara budak2, tiba2 jadi senyap. Suami aku cakap sekali je, budak2 akan buat terus. Bukan anak menakan je, adik2 suami aku pon kira "respek" gila babun kat suami aku.
Hari kedua di rumah mertua, banyak dugaan aku lalui, misalnya, masa aku tengah dok sibuk2 potong2 daging, tiba2 adik ipar aku tanya tak takut ke kawin dengan suami aku, tak takut ke jadi mangsa pukul. Aku terkejut, *mangsa pukul*? Aku cakap lah, aku tak faham, ape maksudnye, along okey je, setakat ni tak de pulak dye naik tangan ke ape ke.
Masa tu mula lah adik2 dye cerita, suami aku ni ganas rupa nye, semua org dalam rumah tu, paling kurang pon mesti pernah makan penampar suami aku, pantang bt silap sikit, penampar lah jawabnye. Masa sekolah menengah suami aku pernah libas adik2 dia dengan getah paip yg dalamnye ada kayu sebab adik2 dia tak solat subuh. Suami aku pernah jugak haram kan api air selama 1 jam sebab taknak belajar mengaji. So, nak taknak adik2 dia duduk lah luar rumah selama sejam. Suami aku samseng.
Ada lagi, suami aku pernah letak anak2 buah tu atas almari, dlm mesin basuh, ikat dekat tiang tengah rumah, rotan, salotep mulut dan sebagainye, kenapa? Sebab diorang degil. Melawan cakap, budak2 biase lah kan. Tapi dengan aku, tak pernah dia berkasar, padahal aku ni kategori gedik dan suka menyusahkan dia.
Mesti korang tertanya2 kan mana ayah mertua aku, ayh mertua aku dah tak ade. Aku pon tak pernah jumpa arwah ayh mertua aku. Kebetulan, pada masa kami tengah sembang2 dekat dapur, tiba2 ade dengar suara perempuan menjerit dekat ruang tamu, terkejut, kami semua pon p lah tgk, *suami aku tgh bantai adik perempuan dia yg umur 18 tahun* tergolek2 budak tu, masa tu suami aku marah sgt, suami aku pegang rambut adik, memang nak hempuk dah aku rasa. Dan entah mcm mana aku dapat satu keberanian, cuba halang suami aku, dan perkataan keluar dari mulut aku, *kalau awak boleh pukul adik2, tak mustahil awak akan pukul sy, pukul anak2 nanti, sudah lah.*
Seharian aku tak cakap dengan suami aku, adik2 yang lain pon buat mcm tak dak apa2 jadi. Tapi dari dalam bilik aku boleh dengar depa dok sembang pasai aku dgn abang depa.
Suami aku ada je cakap2 dengan aku, tapi sekadar jawapan *hmmm* yg aku bagi kat dia. Ada satu perasaan marah, takut, sedih dalam hati aku masa tu. Sampai lah masa tengah tengok tv, mak dia mai duduk sebelah aku, lepastu cakap *along pukul adik2 ada sebab, adik dia yang umur 18 tu mmg liar sikit, suka keluar ikut lelaki, sbb tu along marah, mak dah bnyk kali pesan tapi dia tak dengar, dengan along dia takut lah*
Masa tu ada adik2 ipar aku yg lain pon mengiya kan, *along pukul mesti ada sebab, untuk kebaikan*. Tapi bagi aku, cara dye dah melebih sgt. Benda kan boleh bawak bincang, bagi aku, pukul2 ni dah tak relevan, nnty adik2 rasa benci, tunjuk protes, rasa takut lebih bnyk dri hormat.
Sejak tu, aku ada satu perasaan macam insecure bila dgn suami aku, dekat seminggu jugak aku tak layan dye, dah kurang mesra, tak ade nak manja2, merengek2, membebel2, panggilan manje pon dah tak ade. Banyak kali aku menolak bila dye dtg dekat, selama seminggu aku tidur dengan adik2 dye dekat bilik lain, sanggup aku berhimpit2. Pernah dia halang aku tapi aku tarik muka, sebab aku tak suka lelaki kasar2.
Sampailah mlm raya, suami aku ade pesan *jgn suke sangat nanti menangis*, tapi aku jeling je kat dye, aku bt tak tahu je, aku ni jenis gedik sikit, jnis suke terkinja2, meloncat2, berlari2, main bunga api sekali dengan anak2 menakan. Nak jadi cerita, aku terjatuh, sikit je jatuh, anak2 menakan dok gelak kat aku, tapi tak tahu kenapa, aku yang mula2 gelak sama tiba2, aku rasa sakit sgt, sakit yang amat, aku panggil2 suami aku, keadaan samar2 memang tak nampak jelas, bila dah masuk rumah, adik ipar aku ckp ada darah, terus pergi klinik, dr cakap aku keguguran. Sedangkan, aku tak tahu langsung yang aku mengandung, dah 2 bulan lebih pulak tu, memang tak sedar langsung aku dah berbadan dua. Masa tu, suami aku cuma cakap, tak ade rezeki lagi, tapi aku tahu dia sedih, aku pon sedih. Aku duduk kampung suami aku lama jugak, ada hikmah semua ni, kalau aku x keguguran, mungkin skrg aku akan masih menolak suami aku, aku mungkin akn abaikan dia.
Pagi raya aku memang beraya dekat hospital lah, suami pon tunggu je, sangat2 terharu bila pagi raya, adik2 suami dtg hospital, suami aku yg konon ajet2 samseng tu salam peluk tiap sorang adik dia dan mintak maaf, banyak lah drama air mata pagi tu. Ada yang cakap, first time along peluk lah, first time along mintak maaf lah. Drama.
Tiap benda yang jadi, pasti ada hikmah. Yakinlah, walau buruk mana pun saat yang kamu lalui, pasti ada kebaikan dalamnye.
– qwert1234
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Iqbal Ismail
Auwwww… sweet nye.. nak nangisss
Sorry lelaki yang violence memang out~i don’t care how much everyone here defend your husband, no one deserved beatings. We are not cavemen.
Eh! Suka hati ko la nk plih laki cmna. Ktorg didik adik2 cara cmtu.
Didik?more like abuse~i hope its not to the point of honor killing. Since when it’s okey to assert violence to teach. If you want to stay in the prehistoric time go ahead but don’t drag everybody who clearly don’t want violence as part of problem solving.
Muqri Zawawi.. hahahaaha. This is so you la.
Hmm.. X sama pun
Oh sorry. Salah tag.
Abang sulung aku pun garang juga. Kalau keluar dengan lelaki, dia akan marah. Untuk kebaikan adik adik dia juga. Kau isteri, ikut jelah tanggungjawab sebagai isteri. Dia abang dan suami, tegas dia kena beza.
Betul tu. Ak sebagai anak sulung setuju
Lol
Bagi aku,suami puan tu cukup baik..buktinye,puan ni xpernah lagi kena pukul tanpa sbb..hmm,biasela,lelaki sulung,kena tegas ngan adik2,tmbh2 bile confessor cite adek die tu liar sikit..xbaik bersangke buruk ngan suami,kurang mesra dgn suami..sila mintak maaf dari dia ea..
perghhh komen dan nasihat yg mantap lagi padu drpd tuan bashyir… cenggini haaa
Alamak..syeikhul luqman dah komen..ni yg buat ana rase inferior dan segan ni..
terima kasih atas nasihat diri ini yg juga merupakan anak sulong
untung ehem2…
Erkk
Nice……
Huhu… Jgn lupa jemput bro…. Ahahaha
Jemput ape la bro..kahkahkah..xsngke pulak ko ade kt sini..
Ahahha.. Kat mana2 je aq ada… Dun worry
Nur Aida Syahidah Muhammad Shfiq Nur Asha Suhaimi nak garang cmni ngn korg boleh tak?
Ni husband pilihan kot. Seriously my type. Amat suka yg tegas dan amat pentingkan agama. Wujud rupanya lg lelaki mcm ni.
Bezanya ngn suami sy anak sulung. Tp aduhai…mulut xada ngn adik2. Dia lebih selesa bersama anak isteri banding ngn adik beradiknya.
Ape motif citer ko ni?haha..adoi
Pelik, apasal ramai sgt back-up suami dia? Diorg tu semua membesar dgn kekerasan ke? Memanglah marah dengan sebab. Bantai adik perempuan sbb kluar dgn lelaki bkn mahram tu ok la…Tapi…tak semua sebab dia tu munasabah.
Saya kira suami dia tu mmg ada panas baran. Budak kecil pon nk dibantainya? Anak menakan paling tua pon 9 tahun. Apa yg nk marah sgt. Kalau tinggal solat pon umur 10 baru boleh pukul. Ni boleh letak atas almari? Sumbat dlm mesin basuh? Sellotape mulut? Ikat kat tiang? Bukan anak ko weh ko boleh buat sesuka hati! Sape2 yg back-up suami dia tu, korg nk ke anak2 korg kena tibai dgn abg korg?
Tegas cukup, tak perlu nak garang sgt mcm samseng. Anak2 menakan takut, tapi hilang respect.
Hopefully lps confessor tu gugur suami dia berubah betul2.
Ada je budak/adik degil sgt smpi mak bapak pon rela je pkcik ke mkcik tolong ‘ajar’ sikit ank dia tu…tak pernah terjadi kt awak, tu awak boleh ckp cmtu
I think stockholm syndrome
Yup btl2.ad je bdk2 tlalu degil smpai mak bpk xmampu nk ajar.sy pernah tempeleng adk sepupu sy dpn mak ayh dia sbb dia ckp pkataan babi.so smpai skrg xpernah ckp da.sometimes org lua blh ajar tp parents xmampu ajar
Lalu membesarlah semuanya dengan fikiran bahawa kekasaran dan kekerasan itu ialah jalan yang betul. Ibu bapa tak mampu nak ajar atau anak-anak itu salah atau tidak diajar sehingga berkelakuan sedemikian?
Ada banyak jalan. Dah kalau jalan baik x berkesan. Jalan yg kurang baik lah pulak. Aduhhh. Apala yg backup sgt budak tu. Dah salah langkah x didik awal2. Terpaksa la didik juga guna kekerasan sebab guna kebaikan yg sepatutnya awal2 dulu nak guna dh x berkesan. Xleh qada’ cara baik tu kemasa depan
Salam akak, saya nak betulkn sikit boleh ye .. sebenarnya yg pukul anak umur 10 tahun tu kalau dia tak solat. Bkn hal yg menyeluruh. Kalau umur 5 tahun anak kita dh pandai mencuri/bohong dh boleh pukul. Sy masa kecil nakal sngt so sejak awal 5 tahub dh biasa dgn btg buluh :-) dan sya xkisah pun klu kena pkul untk kebaikan. Klu xkena pukul langsung nnt takut besar tak jadi orang,
kmk baca komen Intan
Kenak ain? Kmk xpat tgkap hahahaha
paling xboleh terima ayat. pukul2 ni dh xrelevan skrg. peh menyirap dengar. mcm air sirap
Kan? Jd manja terlebih mmg parah la generasi akn dtg.
X relevan la utk dh umo lebih 14 tahun..kn dh memalukan org yg kene pukul tu..kan kene approach as adult..
still relevan selagi bukan laki org
Ak ikat tangan/pukul kt bontot adik ak yg meroyan. Tp bersebab. Adakah ak dikira samseng? Bg ak, suami perlukan isteri yg manja supaya tenang tgok karenah. Disebaliknya tanggungjwb terhadap adik beradik slps ketiadaan ayh adalah besar. Lagi2 ramai adik pompuan. Kena pantau selalu. Sbbnya org pompuan mudah dipengaruhi.
sejak page kisah rumah tangga tak siarkan message dari pengadu kat sini plak dorang luahkan prasaan..lol..
Suamiku samseng sayang 200% :3
X yah dok ceramah lebih2 la.. Dia dh sedar pun.. Sebok betoi.. Hahaha..
Yela, betul setiap benda jadi ada hikmah, hikmah nya x nak kau jadi bangang x boleh fikir sebab dia buat macam tu kat adik2 dia.
Aq nk sgt dia tampor dgn kau2 skli sengal…dia bkn samseng tp tegas..pompuan x bersyukur..tula,bala xdgr kata tok laki…
Comel gila suami kau.. cool
Ish2..komen…kdang2 org yg komen plak mcm x da otak…haisshh…
Tolak usia perkahwinannya selama 2 tahun, adik tersebut dibawah penjagaan abangnya secara penuh sebelum itu. Kalau betul cara kerasnya si abang itu betul, kenapa si adik 18 tahun itu masih berkelakuan begitu? Not a good job there, buddy. Memukul untuk mendidik itu ada cara & batasnya dalam Islam. “First time Along peluk, first time Along minta maaf.” When a father figure lacks empathy & love, that’s sad. He sounds like a Dementor to his nieces & nephews. Akhirnya penyesalan & kasih sayang terjengah disebalik kehilangan. Semoga ia jadi wadah kepada kasih sayang dan ukhwah yang berterusan.
Tak suka lelaki kasar2.
bro ada berapa side? hahahah Aiekal Lola
gua bkan samseng or gengster hahahah
then who are you?’
nak sye ckp dkat ruangan komen ni kew awk hehehe
dah dah p tidur sana.
heheh .. nak awk dodoi kan sye ..
Lain kali jgn menyampuk kalau tak tahu hujung pangkal. Kalau dah adik dia jenis keluar dgn lelaki, tak dengar cakap mak, elok dia kena hempuk dengan abang dia sebelum dia bawak balik anak luar nikah.
Jgn sesekali jerit kat suami depan family dia.
Laki aku pun garang gila dgn adik beradik dia. Adik perempuan dia pernah kena hempuk sebab balik rumah dengan lovebite penuh kat leher, gila tak malu, padahal masa tu adik dia dah berlaki, tapi buat perangai konon tak bahagia, padahal gila ke jantan lain.
sory aku x suke laki tinggi suara, kasar, kaki pukul dan sebagainya
Hmm…jadi inilah yg dimaksudkan terima seadanya. Betul masing2 ada personaliti. Bila kita tak tinggal serumah dgn dia, means kita belum kenal dia sepenuhnya. Walaupun kita bercinta / berkawan bertahun2. Dan bila dia tunjuk diri dia, kat situlah kita kena bljr terima seadanya.
Takpe, baik buruk pasangan mesti benda tu bersesuaian dgn kita. Sebab tu kita ni kena sentiasa bersedia utk terima seadanya pasangan kita nanti. Sbb mungkin apa yg kita tak suka, ada pada pasangan kita. Well mana ada yg sempurna. Dia panas, kita mungkin penyejuk. Jodoh tu melengkapi kann…
Nasib baik x mati. Kalau x derhaka la title ko..
Yang problem nya tu engko haha. Dol.
yawn…