susah nak move on

Salam warga confessions IIUM.sy nak share pengalaman sy confess kat sorg jejaka ni.

Actually sy mengenali jejaka ini melalui seorang kawan.pada mulanya niat hanya untuk menambah kenalan saja.pada awal perkenalan, kami memang serasi berkongsi cerita dan masalah.apa-apa saja benda seharian yg berlaku mesti akan dikongsi bersama.lama kelamaan perasaan drp seorang kawan bertukar lebih drp itu.tak tahu bagaimana perasaan itu hadir dan ianya tidak disedari.sy rasakan yg sy telah jtuh cinta kpdnya.sy takot utk berterus terang pdnya kerana bimbang hubungan persahabatan yg dibina akan lebur begitu saja.jujur sy katakan sy syg persahabatan kami dan tidak mahu luahan perasaan sy kpdnya menyebabkan dia menjauhkan dri.tetapi akhirnya sy nekad.belum cuba belum tahu dan sy inginkan stu kepastian sama ada sy bertepuk sebelah tgn atau sebaliknya.dengan penuh debaran sy menulis kata-kata dengan cermat.terasa mahu luruh jantung tahkala menekan butang send kepadanya.ternyata jawapan yg sy terima bukanlah jawapan yg diharapkan.alasan yg diberikan adalah dia masih belum bersedia untuk kearah hubungan yg lebih serius.kecewa dengan jawapan yg diberikan,sy memilih utk mendiamkan diri dan move on!

dalam tempoh move on,dia masih lg kerap menanyakan khabar dan cukup mengambil berat akan diri sy.sy hanyalah seorang wanita yg lemah dan sukar utk hanya memandang sepi mesej yg diberikan.sy cuba utk melupakan drinya dan mengenali jejaka yg lain.tetapi semakin sy cuba utk lpakan semakin kuat ingatan sy kepadanya.malah setiap kali usai solat sy akan titipkan doa agar dibukakan pintu hatinya utk menerima dri sy.

bukanlah sy tidak cuba utk mengenali yg lain.tetapi pintu hati sy seakan tidak mahu menerima kehadiran lelaki lain lgi.apa yg perlu sy lakukan sekarang?dibibir sy katakan sy telah lupakan dirinya tetapi jauh dilubuk hati,tetap berdoa agar ada jodoh diantara kami.adakah sy tidak dpt menerima lelaki lain kerana sy yg terlalu memilih pasangan atau pengalaman lepas yg membuatkan sy lebih berhati-hati dengan kaum adam.

Bertambah buntu apabila parents terlalu kerap bertanyakan soal jodoh kepada sy.

diharap admin dpt approve story sy dan sister2 dan warga iium yg boleh berkongsi penyelesaian amatlah dialu-alukan.

terima kasih.

– dilema wanita

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *