Tunang Suka Ugut Nak Duit

Assalamualaikum.. Thanks admin sebab approved post aku ni.

Apa aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri yang boleh korang ambil sebagai based line untuk hidup korang. Aku namakan lelaki ni Ali lah senang cerita. Aku kenal Ali ni dah lama sejak umur aku 19. Umur aku sekarang pun dah 28. Kami bertunang pada tahun 2014 atas persetujuan bersama dan suka sama suka.

Nak dijadikan cerita perangai dia sebelum bertunang dengan lepas bertunang sangat-sangat lain. Baca kronologi cerita aku dulu. Lepas 4 bulan bertunang, aku ambil keputusan untuk resign dari company yang aku kerja di Penang. Sebab aku nak resign adalah kerana aku nak dekat dengan dia di KL nanti lepas kahwin senang tak payah pikir pasal cari kerja. Aku tumpang rumah family best friend aku masa kerja di KL. Bayangkan lepas sebulan aku kerja di KL, takde pernah sekali pun dia nak jumpa aku padahal tempat kerja dia dengan aku sangat dekat. Alasan dia penat dan takde duit. Aku terpaksa diam untuk elak gaduh.

Ali start gaduh dengan aku style hardcore punya, means maki hamun, aku pun taknak kalah maki balik sebab aku macam berdendam dengan dia. Nampak aku kasar kan tapi aku dah tahan bila gaduh je panggil aku p*k***k, b***, bodoh, s**d*l dan makin seangkatan dengannya. Keadaan makin teruk bila kali ni gaduh dia mintak RM1000 dengan aku sebab aku melawan cakap dia. Ali cakap kalau aku tak bayar denda tu, aku dan mak aku boleh pergi mampos sebab dia nak batalkan perkahwian. Masa tu aku merayu pada dia untuk berbaik sebab tarikh nak kahwin tinggal lagi 6 bulan je. Ali tetap berkeras nak RM1000 tu, aku pun dengan bodohnya pergi lah bank in kat dia. Tapi benda ni tak berhenti kat sini lagi, kitaorang bergaduh dan dia mintak lagi RM1000 dengan alasan aku menjawab apa dia cakap. Aku pun bodoh lagi walaupun berendam air mata pergi bank in kat dia. Dah 2k beb duit aku lebur macam tu. Aku bagi sebab masa tu aku pikir aku kesian kat mak aku dan mak dia yang dua-dua dah excited pergi ke Bandung beli barang hantaran bagai. Aku tak nak dorang malu.

Lagi satu dia ada join kelas agama makrifat, aku tak sure apa benda. Yang aku tahu kalau nak belajar makrifatullah ni kene totally abadikan diri untuk Allah, dah takda duniawi semua ni (not sure) Aku tengok semakin dia belajar ilmu makrifat tu, semakin dia meninggi diri dengan aku. Katanya aku ni bodoh bahlul sebab tak tahu banyak pasal Islam & Allah. Aku cakap lah kalau kau tengok aku tak sempurna kau ajar lah aku dengan baik tapi dia cakap buang masa ajar aku. Lepas tu tiap hari gaduh dengan aku sebab alasan dia aku tak tahu makrifat ni macam mana. Ehhh kau ni belajar syiah ke apa dah kerja nak maki aku je tiap hari. Kalau betul-betul belajar agama mesti lah hati tu tenang dan tutur kata pun baik.

Suatu hari, Motor dia tayar pancit tengah highway dia mintak aku RM50, masa tu dia baru je seminggu dapat ‘denda’ yang bayar pada dia. Aku cakap lah guna duit denda tu untuk bayar pomen ganti tiub tayar tu, dia cakap duit tu dia simpan taknak guna. Aku cakap aku tak ada duit dah nak bagi. Terus dia mengamuk cakap aku tak kesiankan dia dekat tengah highway sorang-sorang tayar pancit. Apa kalau aku bank in tiba-tiba muncul mesin ATM ke kat tengah highway tu. Nampak sangat menipu aku sebab nak duit. Aku malas layan masa tu lantak lah dia mati reput kat situ.

Ali pernah bagitahu aku kalau aku kahwin dengan dia, dia akan bagi nafkah RM200 tapi duit api, air, astro dan barang dapur aku yang bayar sebab gaji aku lagi banyak dari dia. Masa tu aku dah nampak aku akan dapat suami yang tak bertanggungjawab soal nafkah isteri. Lagi sekali kitaorang gaduh dia mintak lagi RM1000 sebagai denda untuk berbaik balik. Masa ni aku dah rasa fedup aku cakap aku taknak bayar dan aku nak nekad nak putus tunanh. Dia ingat aku main-main sebab dia tahu aku akan merayu pada dia balik. Masa ni hampir sebulan dia tak contact aku langsung. Masa ni pulak aku muhasabah diri dengan dekatkan diri dengan Allah mintak petunjuk sebab aku memang dah takda hati nak teruskan perkahwinan ni.

Masa ni jugak aku berkenalan dengan seorang lelaki lain yang aku namakan Bob. Dalam masa 2 minggu kenal Bob minta aku untuk jadi isteri dia. Aku pikir dalam-dalam, buat solat hajat dan istiharah. Petunjuknya hati aku lebih kearah Bob daripada Ali.

Aku nekad aku balik kampung mintak mak call mak Ali untuk batalkan perkahwinan. Mak aku yang tak tahu apa-apa memang terkejut lah, aku pun cerita lah perangai Ali bagai kat mak aku. Mak aku pun call lah terangkan semuanya dan aku pun terus terang pada mak Ali tentang perangai anak dia. Memang terdiam mak dia masa tu dan setuju untuk putuskan pertunangan kami. Ye mesti korang nampak macam tak ikut adat tapi keadaan masa tu macam teruk sangat dan aku tak nak tengok dah muka Ali. Ali merayu mintak maaf pada aku dan berjanji untuk berubah. Aku cakap sampai bila-bila aku takkan maafkan dia sebab dia dah dera mental aku dan gunakan ‘denda’ dia untuk joli. Aku mintak dia ganti balik duit aku tapi dia suruh aku jual cincin tunang aku. Dia cakap boleh dapat 1k bila jual, aku pun pergi lah jual tengok-tengok dapat RM320 je beb. Aku tuntut jugak duit aku tapi dia tetap taknak bayar.

Dan selepas 4 bulan kes tu, aku pun selamat bernikah dengan Bob iaitu suami aku sekarang. Alhamdulillah Allah hadiahkan aku suami yang sangat baik, taat pada agama, tak pernah tinggikan suara pada aku dan sangat mengambil berat tentang nafkah aku. Dan sekarang pun kami dah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel. Aku memang sangat bersyukur Allah gantikan orang yang terbaik menjadi suami aku.

Ali? Lantak lah aku taknak ambil tahu pasal dia tapi ntah kenapa aku masih teringat dengan seksaan maki hamun dia pada aku dan belum 1sen pun lagi dia ganti duit aku.

Nasihat aku pada korang kalau dah dapat tunang macam ni baik mintak petunjuk Allah sebab kita nak kahwin bukan sehari tapi selama-lamanya. Marriage is gambling beb. Kau tak cuba kau tak tahu. Memang aku kenal suami aku hanya 2 minggu dah ajak kahwin, tapi mungkin yang janggal pada kita tu lah adalah yang terbaik untuk kita. Wallahualam.. Yang penting petunjuk dan keredhaan dari Allah lah yang patut kita minta.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit