Walaupun tak bertudung, hati dia baik.
woopps, mesti ramai dah marah atau nak bantah kenyataan di atas bila baca tajuk ni kan. rilek dulu, jangan salah faham. Saya seorang lelaki yang memang tak menafikan kewajiban seseorang wanita itu menutup aurat. malah bukan sahaja wanita, lelaki pun sama2 wajib menutup aurat.
tiada alasan bagi mana2 wanita dan lelaki untuk tidak menutup aurat walaupun dia mendakwa hati dia baik tanpa tudung. harap di sini dah jelas tentang tu. tapi yang saya kecewa dengan masyarakat kita pada hari ini, mereka terlampau memandang tudung (atau hijab) terlalu besar sehingga ia seolah olah satu satunya kewajiban bagi umat islam.
haa mesti ada yang nak bantah lagi. maafkan saya kalau saya tak pandai menyusun kata kata. Saya tak bermaksud untuk mengatakan arahan menutup aurat ni sebagai sesuatu yang kecil, tapi kebanyakan orang kita pada hari ini bersikap seolah olah bertudung tu sebagai satu satunya kewajiban dalam islam.
kenapa saya kata begitu?
cuba lihat bila ada gambar2 viral yang melibatkan wanita tak bertudung atau berpakaian seksi. mesti ramai lelaki yang komen2 menghentam perempuan tu kerana tak menutup aurat. sekiranya komen2 mereka itu membina, saya setuju dengan tindakan mereka. namun sayangnya kebanyakan komen2 yang saya baca di internet oleh lelaki lelaki islam kita merupakan komen2 lucah, komen2 yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang muslim.
ini yang saya katakan tadi, seolah olah menutup aurat itu satu satunya kewajiban di dalam islam bagi mereka. sedangkan di dalam islam, selain menutup aurat, kita juga diwajibkan menjaga pandangan [24: 30-31] dan menjaga tutur kata daripada berkata yang buruk [49:11].
Apa yang menghairankan saya ialah manusia manusia yang menghina wanita wanita tadi itu mendakwa mereka menghina wanita itu kerana wanita itu bersalah, wanita itu tidak mengikut arahan Allah swt, tidak menutup aurat. tetapi, adakah tindakan mereka yang melihat dengan sengaja perkara yang tidak sepatutnya dan menuturkan kata kata yang haram itu tidak melanggar perintah Allah? Inilah hipokrit. Bagaimana kita nak membimbing seseorang ke jalan Allah sedangkan cara kita sendiri bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar.
Jujur saya katakan. Ramai orang yang saya kenal suka menghina wanita yang berpakaian seksi, tetapi di dalam whatsapp group, orang orang inilah yang berkongsi gambar2 lucah, orang ini lah yang sibuk meng’usha’ awek2 lawa dan sebagainya.
Pasti ada suara yang mengatakan ‘ala terima je la teguran dia, yang penting teguran tu, bukan orang menegur. kita mesti menerima teguran walaupun dari seorang pelacur” dan sebagainya.
kenyataan ini saya tak nafikan. memang kita kena terima teguran orang tanpa mengira orang itu soleh atau tak. tetapi jangan kita lupa juga, dalam surah as saff, ayat ke 2 dan 3
“ wahai orang orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa apa yang tidak kamu kerjakan”..
sudah jelas dalam Quran Allah mengatakan Dia membenci hambanya yang mengatakan sesuatu yang tidak dia kerjakan. Allah membenci orang hipokrit. Dalam kita menghina seseorang wanita kerana dia seksi, kita juga melontarkan kata kata lucah, kita screenshot gambar pakaian dia yang ketat di bahagian punggung, kita malukan dia dan sebagainya, dan masa yang sama kita kata kita melakukan perkara itu untuk mencapai redha Allah?
berbalik kepada tajuk yang saya katakan tadi. walaupun dia tidak bertudung, hati dia baik. apa yang saya maksudkan dengan ayat ini? sebenarnya tiada maksud yang mendalam.
Apabila seseorang wanita itu tidak menutup aurat, dia melakukan dosa. Tetapi saya rasa tak adil untuk kita terus label wanita itu sebagai orang jahat, ahli neraka dan sebagai yang lain kerana satu dosa itu, kerana kita semua tak terhindar dari melakukan dosa. Dulu saya juga tergolong dalam golongan yang memandang hina wanita wanita tidak menutup aurat. Apabila ada saudara saya yang tidak bertudung,saya bagi kata kata sentap sampai satu tahap dia menangis. Bagi saya itu dakwah. saya lakukan demi islam. tapi ketika itu saya tak sedar, saya menghina dia kerana nafsu saya, bukan saya menegur dia kerana cinta sebagai seorang saudara islam. sekiranya saya menegur dia kerana cinta sebagai saudara islam, saya tak sepatutnya menghina dia. sepatutnya saya bimbing dia.
saya renung balik diri saya. Wanita yang saya hina tadi, dia tak bertudung. Tetapi bila azan berkumandang, dia cepat2 berwudhu, melaksanakan solat. Bila ada orang kesusahan, dia orang yang paling cepat bantu diorang, keluarkan derma dan sebagainya. sedangkan saya? jauh sama sekali. memang dia tak bertudung, dan itu satu dosa bagi dia. tapi satu dosa yang saya nampak tu menyembunyikan seribu satu kebaikan yang dia pernah buat. Sedangkan saya, saya menutup aurat, tetapa kebaikan yang satu ni menyembunyikan seribu satu dosa yang pernah saya lakukan.
sepatutnya yang kita lakukan apabila ada saudara wanita yang tidak menutup aurat ni ialah bimbing mereka dengan sabar. sabar. sabar. perbuatan memaki hamun, menyentap melampau, mengeluarkan kata kata sesat terharap mereka tu menunjukkan kita tak sabar dalam berdakwah. sedangkan Allah sayang kepada hambaNya yang sabar.
Saya terfikir, sekiranya suatu hari nanti, wanita2 seksi yang pernah kita hina dulu bertaubat, dan sekiranya Allah menerima taubat dia, insyaAllah dia selamat. tapi bagaimana dengan kita? Mampu ke kita mencari balik orang orang yang kita hina tu untuk meminta maaf?
tulisan saya ini bukan untuk membela wanita wanita tidak bertudung. sekiranya anda tidak menutup aurat, ketahuilah itu satu dosa. Tetapi saya menulis ini kerana saya lihat ramai antara kita tersasar daripada matlamat menegur tu. kita menegur untuk mengurangkan kemungkaran, bukan untuk menambahkan kemungkaran.
in the end, kita semua bukan manusia sempurna. Jadi sama samalah kita berusaha memperbaiki diri kita. semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. kalau ada salah silap saya dalam tulisan ini, saya minta maaf banyak2 atas kejahilan diri saya sendiri.
sekian.
– Mohon dirahsiakan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit