Work-Life Balance

Assalamualaikum. Aku Nia, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Aku terpanggil untuk menulis di sini untuk mengajak para pembaca sedar betapa pentingnya untuk mempunyai “work-life balance”, terutamanya kepada mereka yang sudah mempunyai keluarga.

Seringkali apabila “confessor” bercerita tentang anak-anak yang kurang kasih sayang, aku lihat ibu bapa saling salah menyalahkan contohnya menyalahkan ibu bekerja, yang ibu bekerja pula asyik membangkitkan isu pentingnya wanita di sektor pekerjaan. Tapi sebenarnya, tiada siapa yang membincangkan masalah utama iaitu anak-anak kurang kasih sayang dan perhatian.

Bagi aku, isu ini tidak ada kena mengena dengan ibu bekerja atau tidak. Ibu yang bersama anak 24 jam pun mungkin saja tidak memberi anak cukup kasih sayang kerana sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Jadi punca utama adalah sikap kita dan kegagalan kita mengurus kehidupan seharian. Masa yang kita ada untuk bersama anak-anak, adakah kita guna sebaiknya atau kita sibuk dengan gadget dan perkara lain. Bila kita dapat pulang awal dari kerja, adakah kita pergi berjalan-jalan atau cepat-cepat ambil anak? Adakah kita benar-benar menghargai masa singkat yang kita ada bersama anak kita?

Jadi di situlah pentingnya untuk kita mempunyai ‘work-life balance’, biarpun kita mempunyai “career” tapi kita tidak mengabaikan hak anak-anak. Apa yang aku boleh cadangkan, belajarlah untuk lebih “organize” untuk ‘mencipta’ masa untuk bersama anak, hargailah masa yang ada walaupun singkat dan gunakan sebaiknya, carilah “daycare” yang berkualiti supaya penjagaan anak kita lebih terjamin, “stay connected” dengan anak-anak walaupun berjauhan, cipta aktiviti “special” bersama keluarga. Sebenarnya, sesibuk mana pun kita, kalau kita bijak menggunakan masa kita bersama anak-anak, mereka tidak akan rasa kurang kasih sayang dan perhatian.

Jadi, aku harap ada yang mengambil pengajaran dari post aku ni. Jika pembaca ada aktiviti bersama anak-anak yang menarik mohon dikongsikan mungkin aku boleh praktikan.

Sekian, terima kasih.

– Nia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit