Zaman Sekarang

Assalamualaikum readers dan admin.

Sejujurnya, saya agak sedih dengan sikap sesetengah readers yang komen dalam confession2 yang disiarkan. Mereka mengutuk si penulis dan membandingkan diri penulis dengan diri mereka sendiri, padahal apa yang mereka lalui tidak sama dengan apa yang penulis tu alami. Contohnya, confession mengenai tayang kebahagiaan kat media sosial tu. Ada yang komen, “akak dah kawin 20tahun dah, xrajin upload gambar sweet laki bini. Tapi xda la sakit hati ke menyampah ke kat orang yang tayang laki, makanan, anak tu”. Untuk kakak tu, tahniah. Tapi dalam dunia ni, bukan semua manusia macam kakak. Bukan semua hati suci murni tiada hasad dengki macam kakak. Even saya dalam kategori, xambik kisah pun, kadang2 hati terdetik juga rasa menyampah bila tiap masa tunjuk bahagia la sweet la. Nak sangat2 unfriend dan unfollow, tapi kang kecik hati pulak. Nak cakap, perempuan ni jenis memang suka simpan(walaupun xsemua).

Ada yang komen “confessor ni ada masalah hati ni, duk jeles je. Asyik memyampah. Hidup org, suka hati dia la nk buat apa”. Ada betulnya hidup mereka, tapi dalam dunia ni bukan semua baik pun. Baru baru ni saya lihat, seorang ustaz share gambar benda kaca+darah+gambar family beliau. Benda tu beliau jumpa dalam almari. Macam mana benda tu boleh ada dalam almari? Mesti saudara or rakan terdekat yang letak kan. Orang dengki dan sakit hati ni, kita xkan tau pun dia boleh buat apa. Confessor tu pun rasa boleh menyampah dekat orang yang tayang kebahagiaan, apa kamu ingat dia sorang je ke yg rasa macam tu? Memang ramai yang boleh terima, tapi situasi kehidupan anda tidak sama dengan yang lain.

Untuk para pasangan bahagia, kami tidak marah dan tidak melarang pun anda anda mengupload gambar sweet korang, tapi beringatlah. Kami hanya sebagai penasihat, ambik yang keruh buang yang jernih. Sekarang ni media sosial ni memudahkan kerja si pendengki untuk menghuru harakan keluarga. Family saudara saya sendiri kena santau sebab selalu upload gambar dia dan suami dalam keadaan mesra dan bahagia. Dan sehingga sekarang si suami mengalami masalah mental. Beringat sebelum terkena.

Last but not least, mereka yang selalu mengupload gambar bahagia ini, selalunya bukan bahagia sangat, tetapi ini menunjuk mereka bahagia. Saya pernah melihat mereka yang kerap mengupload gambar mesra, tetapi akhirnya bercerai. Semua orang pelik, rupanya gambar itu cuma lakonan. Gambar2 tu semua penyedap hati bahawa hubungan mereka masih ok. Sama juga yg tengah bercinta. Yang bahagia sebenar2nya tidak akan mengupload gambar beserta caption panjang2 sweet. Hal ini berdasarkan pemerhatian sekeliling saya.

Bukan xboleh, boleh upload. Tapi berpada la. Bukan semua manusia mempunyai hati yg baik. Ramai je yang muka baik tapi hati busuk dan suka memporak perandakan hidup orang lain. Sekian.

– Saya sedih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit