Kami Bukan Desperate

Salam admin. Tolong hide nama aku..

Aku ibu tunggal. Bahasa tak sedap orang panggil Janda. Ada seorang anak. Dah 3 tahun pun hidup bujang. Selama harini, setakat jantan yg nakal2 main2 PM kat FB ni ramai je. Tapi Alhamdulillah. Aku tak pernah layan.. tak kisah la bujang ke, suami org ke tak pernah aku layan. Dari dulu aku mmg macamni. Aku bukan jenis yg tergedik2 n terkinja2 nak cari lelaki. Aku bercerai pun sbb ex aku ada perempuan lain. Nak kata aku heart- break pn takde la. Tapi aku mmg belum ready nk berumahtangga semula.

Cuma aku nak tanya la jantan- jantan ni semua.. korang igt janda2 ni desperate sangat ke? Aku taw ade la certain2 janda perangai hauk yg takleh tahan keinginan tu.. tu aku malas nk komen panjang sbb masing2 punya diri kan. Cuma apa yg berlaku mlm td wat aku menggigil sangat. Camni cerita dia..

Aku baru pindah rumah. Tuan rumah aku ni lelaki suami org. Aku tak syak langsung mula2 tu. Aku just msg dia if something yg teruk happen like bil elektrik da tgu masa nk potong, leaking dr rumah atas n berkaitan sewa rumah n etc la. So aku nk tegaskan, aku mesej dia bila PERLU sahaja. Lagipun aku sewa rumah org kan. Nak taknak aku mmg kne mesej dia.

Mula2 tu ok je. Pastu dia start lain mcm. Contoh aku bgtaw, flush tak berfungsi. Aku nak tukar, nnt aku tolak duit sewa. Dia kata no need. Dia sendiri akan dtg umah ni n betulkan. Aku of course la pelik kan..? Hang da tau aku ni Janda nape senang2 nk masuk rumah ni. Even u are owner pun, mana adab kau.

So ini dalam fikiran aku. N ade la a few things yg dia ckp yg buat aku tak selesa. Smpai la mlm td. Dia kata nk ambil tong gas kat rumah aku. Tong gas ni dia nk balik since aku pn da ade tong gas. Aku offer nk meet up mana2 n hntr. Dia diam. Ptg tu br dia call bgtaw nk dtg amik. Aku ckp ok. Aku tgu2 smpai pukul 11 takde gak. Aku pn tdo. Dlm pukul 12 dia call aku bgtaw da nk smpai. Aku mamai2 tu ckp ok..(yes kesilapan terbesar aku). Terus aku bangun heret tong gas tu keluar dari pintu pagar (aku duk apartment). Then aku mmg nk kunci pagar tu tp aku rasa mcm no manners pulak kan. So aku biarkan. Tak lama lps tu aku dengar org ketuk pintu. owner ni bukak pagar n terus ketuk pintu even dia da nmpak tong gas tu mmg ade kat luar. Aku bukak sikit je pintu tu and u know what..

Owner tu cakap boleh tak nak masuk sekejap sbb nak tumpang toilet.. masa tu berderau darah aku. Aku tinggal sorang. Anak aku da tdo. Aku cakap tak boleh. Aku duk sorang. Tak elok la nk masuk rumah aku. Then dia desak lagi. Dia kata tak tahan sangat ni. Aku cakap tak boleh. Masa tu aku da menggigil satu badan. Owh lupe. Dia ade bawak kawan. Aku da pikir bukan2 n baca sikit2 pedinding diri. Allah. Mmg aku rasa Allah jaga aku mlm td. Sbb dia terus blah lps amik tong gas tu. N aku cepat2 kunci pagar tu n kunci pintu. Aku tataw la kalau korg nak kata aku buruk sangka ke apa. But after 12am and ada jantan eagerly nk masuk rumah kau, it is not a good sign bagi aku..and aku tak lena tidur malam tu sbb pikir takut2 dia ada kunci pendua n etc..

Harini aku terus tukar kunci rumah n mangga sekali. Lesson learned. Aku takkan percaya lagi pada orang even owner rumah sendiri. Sekarang aku tgh cari2 maklumat tentang cane nak halang owner nak masuk rumah yg kita sewa. Takut in future dia kata ni rumah aku, aku nk tgk keadaan rumah ke sbb seriously aku seriau dgn kejadian malam tadi. Teringat2 kalau la dia tolak je pintu tu, entah ape la nasib aku kan.

Ni pengajaran untuk aku. Insha Allah aku akan beringat masa akan dtg. Mana yang suh aku jgn duk umah ni, tak boleh. Kerja pindah bukan senang. Aku pun baru je duduk sini. Sekian…

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *