Ancaman Guru Gay

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya merupakan seorang guru dan saya percaya bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk murid-murid saya; selamat dari semua aspek. Dan saya beranggapan bahawa semua pendidik mempunyai kepercayaan yang sama seperti saya.

Tetapi, sedih. Realitinya, masih ada guru yang sanggup merosakkan anak didiknya dalam erti kata lain, mengambil kesempatan atas kenaifan mereka. Ya. Ini kisah benar; Kisah seorang guru GAY yang merosakkan murid-muridnya seorang demi seorang tanpa rasa bersalah dan yang terkilannya, guru ini hanya akan ditukarkan ke sekolah lain sahaja. Sekolah yang bakal guru tersebut ditukarkan mungkin merupakan sekolah salah seorang daripada pembaca di sini. Jadi, sila berhati-hati.

Modus operandi guru ini senang dan ringkas sahaja; berbuat baik kepada murid-murid tersebut. Mungkin sudah lama dirancang. Memerhati dalam kelas, meneliti pilihan yang ada, menetap sasaran dan terus bertindak! Guru begini sangat licik. Dan jijik. Luarannya, sentiasa manis tersenyum. Kerja buat guru ini juga cuba ditonjol sebaik mungkin kepada sekolah supaya perbuatan tak senonohnya di belakang dapat ditutup dengan baik.

Apa yang guru GAY ini buat terhadap mangsa-mangsanya? Meraba mereka dalam bentuk gurauan, memaksa mereka mencium, malah ke tahap membuat aksi ‘french kiss’ demi memuaskan nafsunya. Yang selalu menjadi mangsa adalah yang selalu datang ke rumah guru tersebut. Pada awalnya, guru tersebut mengajak mereka sekadar untuk makan-makan atau tengok movie, lama-kelamaan bilamana mereka sudah menjadi rapat, guru tersebut mula membuat langkah pertama. Malah, sampai satu tahap, guru ini sanggup menempah hotel. Ya. Ini kisah benar.

Tetapi, sedih. Apabila berita ini sampai ke pihak atasan, guru ini hanya akan ditukarkan ke sekolah lain. Bukan akan dibuang dari KPM tetapi hanya ditukarkan sekolah. Kenapa ini terjadi? Salah satunya, bukti tak kukuh sebab ada antara mangsa yang takut untuk melaporkan kepada pihak pengurusan atau kepada pihak yang berkuasa/berkaitan. Ada mangsa yang rasa bersalah kerana masih ada perasaan kasihan terhadap guru tersebut. Malah, yang lebih teruk, ada mangsa yang ter’addicted’ pula dengan perbuatan tersebut. Faktor yang kedua adalah kerana terlalu ingin menjaga nama sekolah. Tidak mahu perkara ini ditularkan dan diketahui umum walaupun realitinya masa depan anak-anak bangsa ini yang akhirnya menjadi taruhan.

Wahai mangsa-mangsa kepada guru tersebut, tampil lah ke hadapan. Jangan takut. Jangan kasihan. Jangan malu. Tampil lah kemukakan ‘report’ jika perkara ini ada berlaku terhadap mu. Jangan dibiar guru ini terus berleluasa dalam kawasan sekolah; kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan selamat untuk mu.

Wahai ibu bapa semua, pantau lah anak-anak mu. Lihat dengan siapa mereka menghabiskan masa. Perhati perubahan pada anak-anak mu. Cuba tanya anak-anak mu, apa ada guru sebegini di sekolah mereka?

Wahai pihak pengurusan sekolah terutamanya pengetua dan KPM, apabila ada laporan tentang isu-isu sebegini, tolonglah bertindak dengan lebih tegas dengan guru-guru sebegini. Walaupun hanya seorang dua yang mencemar ‘title’ pendidik, tetapi guru-guru begini tidak sepatutnya diberi muka. Mereka ini sangat berani. Saya percaya peluang kedua perlu diberi kerana manusia boleh berubah tetapi peluang kedua itu tidak bermakna guru tersebut harus kekal sebagai guru. Guru seperti ini sepatutnya dihukum dengan hukuman yang berat iaitu dibuang ‘profession’. Ya. Dihukum terlebih dahulu. Mungkin peluang kedua yang layak bagi guru GAY tersebut adalah diberi sesi kaunseling khas dan program susulan supaya guru tersebut berubah menjadi lebih baik dan meninggalkan segala perbuatan lalu. Tetapi, bukan diberi peluang untuk terus kekal menjadi warga pendidik KPM.

Wahai guru GAY tersebut, ya, mungkin kamu sedang membaca coretan ini. Kembali lah. Kembali lah kepada fitrah mu. Kembali lah kepada ajaran Tuhan Mu. Kamu boleh berubah. Andai jalannya susah, dapatkan pertolongan. Saya percaya, manusia ada berbuat salah, manusia ada berbuat dosa. Tetapi, saya percaya juga Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Bertaubat lah. Jangan lah merosakkan lagi murid-murid mu. Mereka sesungguhnya adalah amanah yang perlu kamu jaga bukan untuk kamu aniaya. Keikhlasan mereka untuk berbaik rapat dengan mu, jangan lah sesekali disalah guna. Kawal lah nafsu mu. Jangan lempiaskan pada murid-murid mu yang begitu percayakan kamu. Cari lah Allah SWT. Dan jangan lah disalah guna nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada mu. Mungkin kali ini, kamu terlepas, tetapi ingatlah tiada siapa yang akan terlepas dari perhitungan Allah SWT. Akhir kata, semoga kamu akan berubah kerana sesungguhnya perubahan itu pasti menghasilkan pengakhiran yang manis. Assalamualaikum wbt.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *