Mangsa Kejumudan

Assalamualaikum dan salam dua ramdhan untuk penganut beragama islam.
konfesi ni bukan untuk mengajak sesiapa membawang lebih2 lagi dibulan yang mulia ni. Cuma aku hanya ingin meluahkan rasa. Nama aku zira, umur 30an. Konfesi ini sangat panjang.

Masyarakat kita masih kekal dengan adat dan tradisi, mungkin kejumudan itu salah satu daripadanya lebih2 lagi aku ni berasal dari pedalaman, masih lagi berpegang kepada “takut orang kata”, “takut tanggapan orang”, dan sebagainya. Aku dan keluarga aku adalah mangsa kepada kejumudan. Mungkin aku juga masih lagi seorang yang jumud. Aku dulu sekolah luar dari negeri aku, selepas itu sambung ke ipta dan sambung lagi ke peringkat yang seterusnya, berkerja serta berkahwin. Dari aku sekolah lagi aku dah diterapkan dengan prinsip “takut orang kata” ni. Takut jika result peperiksaan teruk, takut gagal dan sebagainya. Jadi untuk keluar dari tanggapan tu aku terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan prestasi dalam akademik walaupun tidak sehebat orang lain. Selain tu, aku rasa adalah tanggungjawab aku untuk mengharumkan nama keluarga kerana antara adik beradik hanya aku sahaja yang berjaya ke menara gading atas bantuan mereka juga.

Setelah tamat pengajian yang pertama aku mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi keputusan aku ditentang hebat oleh ahli keluarga dengan soalan “adakah telah “berisi” ?” dan takut akan anggapan orang lain belajar tinggi2 belum bekerja tapi ingin berkahwin. Aku masih mentah disaat itu dan menerima keputusan mereka dengan berlapang dada dan menganggap itu adalah untuk kebaikan diri aku sendiri,husnuzon. Setelah aku menamatkan pengajian peringkat yang kedua dan bekerja di sektor swasta dan memegang jawatan eksekutif, aku sekali lagi menyuarakan hasrat yang sama dan sekali lagi aku ditentang kerana aku hanya ingin melangsungkan majlis dengan sederhana kerana situasi kewangan pada waktu itu. Walaupun eksekutif tapi gaji diploma dan gaji mati (alhamdulillah ada kerja). Mereka masih dengan tanggapan “apa orang akan cakap belajar tinggi, kerja eksekutif tapi kahwin biasa2”. MasyaAllah aku sangat tersepit, tertekan dan mengalami minor kemurungan. Alhamdulillah suami aku masih sabar dalam memberi sokongan dan dorongan (tunangan pada waktu tersebut). Kewangan masih belum stabil oleh kerana komitmen2 yang perlu dilunaskan.

Hampir dua tahun pertunangan ada ura2 mengerah aku supaya mempercepatkan pernikahan kerana terlalu lama terikat dan berumur (27 waktu tu). Juga kerana “apa kata orang”. Atas desakan keluarga, suami terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak 15k untuk melangsungkan majlis tersebut yang sehingga ke hari ini masih belum selesai pembayaran. Walaupun ianya hanya lah 15k tetapi impak dan kesannya sangat terasa lebih2 lagi aku telah berhenti kerja. Rasa sedih dan menyesal sebab terlaku ikut kata dan cuba memuaskan hati orang lain sampai diri sendiri yang terpaksa menanggung akibat. Suami juga bukan dari kalangan orang berada dan kerja hebat tetapi alhamdulillah cukup semua disediakan. Itu pun setelah berhenti kerja masih ada yang beranggapan “Belajar tinggi2, tidak berguna jika tidak bekerja”. Buat pertama kalinya saya menepis anggapan itu “Rezeki ada dimana2, InsyaAllah rezeki selepas kahwin itu ada”. Doakan kami.

Zira

– Zira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *