Wanita Yang Pandai Menunggu

Wanita Yang Pandai Menunggu

Salam, pembaca. Sebelum aku mulakan cerita aku ni, aku cuma nak beritahu baca sampai habis baru kalian tahu apa yang aku cuba sampaikan. Terima kasih sekiranya kalian sudi baca sampai habis.

Aku pernah suka seorang lelaki selama lebih sedekad lebih. Sepanjang tempoh tu, aku belajar untuk cari tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, macam mana pemilihan kawan dia dan banyak lagi. Aku dapat tahu yang dia suka perempuan cantik. Jadi, aku belajar makeup. Aku yang selekeh ni belajar berdandan. Aku dapat tahu juga yang dia suka perempuan yang pandai. Aku yang kurang cerdik ni, belajar hingga aku diumumkan dekan setiap sem. All his friends are cool. Jadi aku gigih belajar macam mana nak nampak cool, swag and hipster. Aku add kawan-kawan dia kat Facebook. Dia kenal aku tapi macam-macam tu je. Cuma satu je yang aku tak buat. Aku tak pernah tunjuk depan dia effort aku. Sebab aku perempuan. Dan itu tak normal untuk perempuan buat sejauh tu untuk lelaki.

Sepanjang aku suka dia tu, aku nampak dengan siapa dia berpasangan. Hancur duh hati. Hahaha. Biarlah, itu kan hak dia. Walaubagaimanapun, penantian tu melelahkan. Selepas sedekad lebih, aku decide untuk beritahu perasaan aku. Aku tak confess supaya dia terima aku. Aku confess sebab ini tanda penghargaan aku untuk diri aku sendiri. Aku pun berharga. Aku pun ada nilai. Untuk aku menunggu sejauh ini, orang gila je yang sanggup buat. Aku tak nak fokus pada reaksi dia sebab aku tak kenal kaum Adam dan aku tak tahu perasaan kaum Adam macam mana. Jadinya aku fokus pada apa yang aku rasa dalam cerita ni. Lepas aku beritahu dia, dia terus call aku. Ya, memang seram pun. Panggilan yang ketiga baru aku angkat, haha. Dia tanya aku kenapa baru sekarang aku beritahu. Mungkin sebab aku ingat dia tahu aku wujud? Atau aku tunggu dia approach aku dulu? Sedar tak sedar begitu lama aku tunggu. Sepanjang pengakuan tu, aku dapat rasa aku luahkan apa yang aku simpan bertahun-tahun dengan lancar, tenang dan jujur. Aku fikir aku akan gugup. Sebaliknya lain yang terjadi. Tiba-tiba aku jadi macam menyesal. Semudah ni ke untuk mengaku? Kalau aku tahu, aku dah buat lama dahulu dah. Habis tu aku tunggu lama-lama ni untuk apa? :’)

Lelaki ni singgah dalam hidup aku tanpa disengajakan, tapi perubahan yang dia bawa dalam hidup aku cukup besar. Sebagai wanita yang dah dewasa, aku maafkan dia untuk tahun-tahun penantian aku tu. One thing yang aku dapat, i am someone new today. Disebabkan aku belajar makeup, result aku cantik, aku dapat jolokan “beauty with brain”. Sayangnya mereka ni tak tahu punca aku jadi macam ni. Asalnya aku buat untuk satu orang. Tapi sekarang aku buat untuk diri aku sendiri. Sebabkan aku setia menunggu, aku tak pernah keluar dating dengan mana-mana lelaki sebab waktu tu aku tunggu dia! Hahahaha. Aku tak rugi apa-apa. Kalau aku tak terbabit dengan cinta dalam diam ni, mungkin entah berapa banyak lelaki aku bermain cinta sekarang. Aku anggap ini cara Allah jaga aku. Disebabkan penantian aku ni juga, aku sangat memahami erti penantian. Mana-mana lelaki yang tunggu aku, aku tolak dengan cara paling baik, paling halus. Sebab aku tahu deritanya menunggu :)

Hati aku lebih tenang sekarang. Aku rasa macam aku dah lepaskan beban yang sangat berat dari hidup aku. Dan beban itu adalah beban menunggu. Baru aku tahu selama ni bukannya jawapan yang aku tunggu, tapi aku tunggu untuk menyampaikan isi hati yang tersirat begitu lama. Sampai satu masa, bukan penerimaan yang kau cari, tapi penghargaan dari kejujuran yang kau lontar. Para wanita yang bijak, baik dan kuat kat luar sana, tolong jangan jadi macam aku. Selepas bertahun baru nak sedar nilai harga diri sendiri. Jangan takut dengan apa yang kalian ada. Takda benda yang terjadi dengan sia-sia. Walaupun kau tewas sekalipun, masa dah terbuang sekalipun, lihat dengan teliti. Baru kalian akan nampak jelas sebenarnya jalan yang kita sangka bahagia tulah yang meragut identiti diri. Aku berhabis duit yang banyak hanya untuk nampak cantik, tapi jauh dalam hati, aku tak redha dengan apa yang aku buat. Macam yang aku cakap, aku ni selekeh dan aku suka apa yang simple. Sekarang, aku masih je berdandan, tapi berhias dengan gaya yang ringkas. Akhirnya aku temui personaliti baru dengan identiti yang sama. Aku tetap aku.

Aku ingat lagi, dulu aku kerap menangis minta Allah perlihatkan pada dia siapa aku. Minta Tuhan akhiri penantian aku. Sebab aku menunggu sesuatu yang berisiko untuk aku hilang. Aku menunggu seseorang yang belum pasti jadi jodoh aku. Yang itu memang menyakitkan. Percayalah, Allah bagi apa yang kita nak bila waktunya tepat. Dan Tuhan jawab doa aku dalam keadaan hati aku terbuka untuk menerima kekalahan. Malah hidup aku jauh lebih bahagia sekarang kerana aku terima kegagalan dan kesakitan aku apa adanya. Alhamdulillah..

Masih suka atau tidak? Biarlah aku je yang tahu. Yang pasti, my goals are getting clearer and I have the power to beautify my own journey cause this is my path, my life.

– KalauTulisNama Binti TakdalahNamanyaCerita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments