Husna Yang Di’husna’kan

Assalammualaikum… ramai dah post tentang Husna. Terasa nak post juge sebab aku pernah menjadi HUSNA dan pernah juga diHUSNAkan.. #ayatbaru

Aku mulakan situasi sewaktu aku menjadi Husna…

Waktu tu umurku baru 19tahun. Budak baru nak up. Student di sebuah IPT Shah Alam. Walaupun layak untuk dapat asrama. Tapi aku memilih untuk menyewa dengan rakan-rakan di seksyen 7 Shah Alam. Nak berdikari kataku pada family.. hakikatnya, stay luar lebih bebas. Bebas berjalan..bebas segalanya.. Yang faham..fahamlah…

One day, housemateku Ayu ajak teman beliau blindate dengan someone yang dia kenal melalui ym. Aku pada ketika itu kebetulan memang nak keluar cari barang assigment terus setuju. Jimat duit tambang bas. Dalam pukul 8 mlm, aku dan Ayu keluar berjumpa dengan si jejaka. Okay, aku namakan dia Faiz. Kata Ayu, Faiz ini agak berumur dan sudah bekerja. Aku okay kan saja sebab niat aku memang sekadar untuk jadi peneman.

Rupanya Faiz datang dengan kawan dia jugak. Aku namakan dia Syed. So, kami berempat naik kereta kepunyaan Faiz. Nama pun blindate kan.. Si Ayu dengan si Faiz diam sepanjang perjalanan. Mungkin sebab segan kali pertama jumpa.

Syed? Maybe dia rasa rimas keduanya diam membatu, dia mula bertanya Ayu beberapa soalan sekadar untuk ice breaker. And entah macam mana soalan-soalan itu ditanya pula pada aku. Aku pulak kononnya niat untuk hilangkan nerves ayu.., melayan saja soalan-soalan dari Syed. Hinggakan dari sekadar menjawab soalan simple jadi perbualan yang rancak.. aku rasa selesa dengan Syed. Aku dapat tangkap gurauan dia.. and malam itu, kami lepak sampai tengah malam.

Esoknya, Ayu datang ke bilik aku mintak izin untuk pass phone no aku pada Syed. Katanya Syed nak kenal aku lebih rapat sebab dia rasa selesa dengan aku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak bagi sebab yelah..aku da ada boyfriend masa tu yang juga seorang student di IPT Melaka. Tapi aku kalah dengan pujukan Ayu. Katanya senang kalau keluar berempat. Yelakan, kalau keluar berdua kang ada pulak insan ketiga yang bertanduk. Waktu itu, aku pikirkan tak salah pun berkawan..

Malam itu jugak aku dapat sms pertama dari Syed.

Syed: assalam…tq sudi jadi kwn Syed.

Aku: wslm..same here.. selamat berkawan.

Dan kami terus berbalas sms sampai pagi. Esoknya kami sambung lagi bersms. Malah, aku lebih kerap bersms dengan Syed berbanding bf ku.

One day, aku demam teruk. Mata aku bengkak sebab terlalu panas. Aku cuba call bf aku untuk mengadu tapi tak berangkat. Then, aku menaip sms..

“Demam teruk sangat! Sampai mata bengkak!”.. and msg tu aku hantar pada bf aku dan Syed.. lepas tu aku terlelap..

2jam kemudian aku terjaga, aku check hp ada berpuluh miskol dan unread sms. Aku senyum.. sayang juga bf aku kat aku.. aku pun on notification, rupanya miskol dan sms tu datang dari Syed. Bf aku hantar 1 je sms.. “jgn lupa makan ubat.”

Sedang aku membaca sms2 dari Syed, tetiba Syed call aku lagi.. aku terus angkat..

Syed: Assalamualaikum.. Syed risau awak demam teruk. Syed da nak sampai kat area rumah awak ni. Awak siap2 la.. Syed bwk awak g klinik.

Aku: eh! Tak pela Syed, saya da makan panadol. Lagipun kk da tutup time2 camni..

Syed: kite g klinik swasta. Jgn degil awk, dari sore awk pun da tau awk demam teruk ni. Lg 10min Syed sampai.

And memang tepat 10minit, Syed da terpacul depan rumah sewaku. Memandangkan Ayu ada kelas malam haritu, maka aku bersendirian saja dengan Syed. Dan inilah kali pertama kami keluar berdua. Selepas ke klinik, Syed belikan aku bubur nasi and terus hantar aku ke rumah sewa.

Aku terharu dengan cara Syed melayan aku. Maka sejak hari itu, kami selalu keluar berdua. Kadang menonton wayang, karaoke, atau sekadar lepak di mamak. Dan semakin hari, perasaan aku berubah. Aku mengaku.. aku da mula sayang pada Syed. Lebih dari bf aku sendiri. Aku da mula tanam rasa cinta pada Syed.

Syed bagiku hampir sempurna. Setiap kali aku dalam kesusahan, dia akan datang membantu. Aku da tak risau kalau ada kelas malam sebab Syed akan datang menjemput aku. Dan lepas tu kami akan melepak sampai ke tengah malam.

6bulan kami begitu, akhirnya aku terpaksa jujur pada diri sendiri. Aku lebih sayangkan Syed dari bf ku sendiri. Aku putuskan hubungan aku dengan bf ku. Selepas Syed dapat tahu. Dia pun confess perasaan dia pada aku. Yup, perasaan kami sama.. dan kami pun declare sebagai kekasih.

Setahun kami bercouple.. hampir setiap hari kami berjumpa. Kalau tak jumpe, kami akan bergayut sampai ke pukul 1 or 2 pagi.. aku bahagia..sehinggalah..

One day, Syed tak sihat. Dia mintak izin untuk tidur awal. Aku izinkan.. lepas letak phone aku tak boleh tidur memikirkan kekasih hati sedang uzur disana. Romantik la konon.. maka aku pun menaip sms untuk dihantar pada Syed..

“Jangan lupa makan ubat ye abang… I love you sooo much!!”..SEND!

Tiba2 dapat balasan sms dari no Syed. Aku senyum sendiri.. amboi kekasih ku nih.. kata tadi demam teruk!

“Da lama ke buat keje ni? Da lama ke jadi perosak rumah tangga orang?”

Hampir terlepas hp aku baca sms dari Syed. Aku keliru. Berulang kali aku baca no phone Syed..salah hantar ke? Crossline ke?? Tiba2 satu no asing yang mirip no Syed call aku.. Aku angkat dan memberi salam..

Aku: sorry, saya salah hantar sms td. Saya nak hantar kat bf saya.

Dia: sapa nama bf awk..Syed?

Aku: Ya..awk sape?

Dia: Sya Tifa..isteri Syed.

Aku: kejap! Syed da kawen?? Dia pernah bertunang.. tpi da putus!

Dia: yup, dia memang pernah putus tunang. Tpi sambung balik and terus kahwin.. Sayalah orangnya..

Aku meraung bagai orang gile.. aku terus mohon maaf pada Kak Tifa.. aku benar2 tak tahu aku ganggu suami dan ayah orang..

Ya! Syed yang aku kenal dan aku sayang rupanya sudah 13 tahun berkahwin dengan Kak Tifa..Mereka kahwin muda.. Anak 5 orang.. Yang sulung darjah 5. Dan dari perbualan kami, barulah aku tahu disaat kali pertama kami jumpa, Kak Tifa sedang sarat mengandung anak kelima mereka.. kerana komplikasi, dia kena tahan di wad dekat 2bulan sebelum anak bongsu mereka selamat dilahirkan. Setelah itu, dia dihantar ke kampung untuk berpantang selama 3bulan. Sebab itu Syed bebas berjumpa dengan aku walau pukul berapa pun. Anak-anaknya yang lain dijaga oleh mak Syed yang kebetulan duduk berjiran dengan mereka.

Tapi kenapa hingga kini Syed boleh je contact aku sampai tengah malam? Rupanya Kak Tifa keje kilang. Dan dia lebih suka amik shif malam sebab dapat gaji lebih. Kalau waktu cuti, dia memang banyak masa tidur. Tapi dia dan Syed selalu juga berdating time dia cuti. Tempat dating pun lebih kurang je dengan tempat yang Syed bawak aku. Camne lah boleh tak pernah terserempak?

Malam itu jugak, aku berjanji dengan Kak Tifa.. aku takkan ganggu Syed lagi.. Aku bernasib baik, Kak Tifa bukan jenis perempuan yang terus serang perempuan lain tanpa usul periksa. Maybe Kak Tifa tahu, aku tak bersalah. Sebab aku memang tak tahu status Syed. Kak Tifa yang duduk serumah dengan Syed pun bole tertipu..inikan pula aku.

Tapi, Kak Tifa ada rancangan nak kantoikan laki dia dan nak jumpa aku depan2. Jadi aku dan Kak Tifa berpakat buat2 tak tahu tentang hal ini. Kami delete sms2 kami berdua tadi. Dan esoknya Syed call aku macam biasa. Dan aku layan macam biasa. Walaupun hati aku..sakit yang teramat sangat..

Seperti yang dijanjikan, Kak Tifa mintak aku ke Tesco kerana dia dan Syed akan kesana untuk beli barang dapur. Kami akan pura2 terserempak di situ.

Sampai di Tesco, aku nampak kelibat Syed dan seorang wanita di foodcourt. Aku cuba tampil kedepan macam yang aku dan Kak Tifa rancang. Tapi aku terlalu takut. Aku membatu dan pandang mereka dari jauh. Tiba2 Syed pusing dan ternampak aku. Aku nampak wajah dia terkejut. Tapi still tenang.. macam mana dia boleh tenang? Aku keliru! Aku jadi geram melihat wajah dia yang nampak tenang. Aku terus berjalan kearah Syed.

Aku: Syed wat ape kat sini? Yg ni sape? – aku tunjuk kearah Kak Tifa.

Kak Tifa: sape ni abang??

Syed: ni isteri syed..- katanya sambil tunjuk Kak Tifa padaku..

Ni gadis abang.. -tambah dia lagi sambil tunjuk aku pada kak Tifa..

Aku nampak mata Kak Tifa berkaca.. suara dia bergetar.. dia pegang kerusi di sebelah dan badan dia mengigil. Samada menahan tangis or menahan marah.. aku agak keduanya..

Kak Tifa: apa maksud abang? Gadis ape?

Syed: Abg syg dia. Kalau bg izin, abg nk nikah dia..-jwb Syed selamba..

Kak Tifa bangun dan terus berjalan pergi.. Syed pandang aku bagai minta izin utk pergi mengejar isterinya.. aku? Aku diam membatu disitu.. terkejut dengan drama yang baru berlaku..

Malam itu aku pulang ke rumah sewa. Dari jauh aku nampak kereta Syed di depan rumah ku. Syed kata dia baru lepas hantar Kak Tifa ke rumah. And instead of memujuk isteri sendiri, dia decide untuk datang memujuk aku. Dia mintak aku dengar penjelasan dia which is aku refuse. Aku halau dia balik tapi dia degil. Untuk elak rasa malu dengan jiran2.. aku folow dia, dia bawak aku ke kedai makan and dia explain semua.

Katanya pada asalnya dia teman Faiz sebab tertipu dengan Faiz. Faiz ajak dia main badminton bila da dalam kereta baru Faiz bagitau nak pergi blindate. By the way, Faiz ni laki orang jugak ye.. kantoi gak hari yang sama. Cuma bezanya Ayu takdela tangkap cintan dengan Faiz so walaupun da kantoi, takdelah efek sangat.

Okay sambung.. bila Syed jumpa aku, dia dapat rasa connection yang da lama dia tak rasa. Borak2 kosong kami tu yang buat dia rasa seronok. Sebab, dia dan wife dia da lama tak borak2 kosong.. maksudnya, dengan wife dia, dorang lebih berbual tentang isu duit belanja, anak2, hal2 remeh rumahtangga.. dan dari rasa seronok tu timbul rasa sayang.. dia tahu dia salah sebab tipu aku..tipu isteri dia.. tapi yang dia tipu aku cuma status dia sahaja.. yang lain2.. activity harian dia..kerja dia..dia jujur.

Malam itu dia merayu pada aku jangan tinggalkan dia..

Malam itu dia janji takkan tipu aku lagi..

Malam itu dia janji akan pujuk isteri dia terima aku..

Malam itu aku jadi bodoh kerana cinta.. aku terima janji2nya.. aku mahu teruskan rasa bahagia aku walaupun aku tahu..ada wanita lain sedang menangis kecewa ketika itu.. Ya Allah.. aku tahu aku salah! Aku tau aku mungkir janjiku pada Kak Tifa.. tapi pada ketika itu.. aku tak boleh tipu diri sendiri..aku terlalu sayangkan Syed.

Dan bermula kehidupanku sebagai madu yang belum dinikahi.. Hubungan sorok2 kami berterusan sampai aku dah graduate. Aku da start kerja di sebuah bank di KL.

Syed masih melayanku dengan baik. Kadang2 dia akan jemput aku dari kerja di KL. Kami always curi2 jumpa especially bila Kak Tifa shift malam.

Beberapa kali kami kantoi dengan Kak Tifa.. setiap kali kantoi..aku akan tabur janji untuk tak kan kacau Syed lagi. Tapi janji tinggal janji.. aku makin seronok dengan hubungan curi2 ini. Aku rasa thrill. Semakin hari aku makin tamak. Aku mula rasa meluat bila Kak Tifa contact Syed sewaktu kami tengah dating.. aku rasa Kak Tifa menyebuk. Rimas! Betapa aku tak sedar diri bahawa akulah HUSNA dalam hubungan ini.

Hinggalah satu ketika Facebook makin popular. Kawan2 Facebook ku ramai yang da mula tayang gambar kekasih masing2.. Disaat melihat gambar2 kawan2 dengan pasangan aku mula terfikir tentang kehidupan aku dan Syed.

Kami hanya keluar lepak di tempat yang tak popular dan tempat yang sama sebab taknak kantoi..

Kami tak pernah ambil gambar bersama. Kalau ambil pun, dia larang aku simpan sebab takut kantoi.. dia lagilah tak pernah simpan gambar aku.

Adakah Syed lelaki yang layak untuk aku bawak jumpa parents aku? Apa aku nak bgtw keluargaku? Aku nk jadi isteri kedua lelaki ini..? mampu ke Syed tanggung aku disamping anak2nya yang 5 orang tu?

Adakah aku bersedia jadi mak tiri? Adakah anak2 Syed terima aku yang terang2 jadi perosak rumahtangga ibu dan ayah mereka?

Waktu itu aku bagai tersedar. Dan aku mula nampak kelemahan Syed. Ya, memang dia tak tipu aku..tapi dia bohong isteri dan anak2 dia untuk jumpa aku.. Bodohnya aku! Baru sekarang aku nampak?

Dan aku mula perlahan-lahan tinggalkan Syed. Dari jumpa setiap hari, aku kurangkan jumpa 3 kali seminggu..dari call 3jam setiap hari, aku limitkan pada sejam sehari.. Memang, sepatutnya aku kena terus stop jumpe or layan dia.. tapi aku tak berdaya buat macam tu.. hampir 5tahun kami bersama..terlalu sukar untuk aku tinggalkan dia begitu sahaja..

Pernah sekali, aku teman kawan aku berubat dengan seorang nenek. Aku cuba tanya pada nenek tu, adakah Syed mandrem aku sebab terlalu sukar aku nak lupakan dia.. kata nenek tu Syed tak pernah mandrem aku..dan Syed memang sayang aku cuma dia takut nak bertindak jauh. Dia takut nk kawen dengan aku sebab dia taknak lukakan hati isteri dia.

Pabila dengar kata nenek tu, aku mintak nenek tu tutup hati aku pada Syed. Aku mintak supaya aku kuat untuk lupakan Syed. Dan dengan izin Allah, walaupun aku masih tak lupa Syed 100%, namun rasa rindu tu dah makin hilang.. rasa sayang tu dah mula pudar..

Hinggalah aku berkenalan dengan seorang lelaki yang aku namakan B. Aku mula fokus perasaan aku pada B. Dan akhirnya rasa rindu..sayang..cinta aku pada Syed terus terkubur..

Nota Tambahan

■ supaya pembaca tak salah faham, walaupun aku dan Syed lepak sampai 2-3 pagi, tapi kami tak pernah buat perkara yg terkutuk. Biasanya kami lepak mamak or McD.. borak-borak sambil dia teman aku siapkan assigment

■ tapi memang aku pernah cuba goda Syed (yes! Aku ngaku aku jahat..aku berdosa) namun dia tolak cara baik.. dia ckp dia taknak rosakkan aku..(salah satu sebab kenapa aku susah nak tinggalkan dia. Bagi aku dia sangat bertanggujawab pada aku)

■ nenek tu ngaku dengan aku, masa aku mintak dia tlg aku lupakan Syed, dia pura2 je jampi2 bagai.. senanya dia baca Fatihah je.. Katanya hanya aku je boleh ubah diri sendiri..sebab aku da nampak benda tu salah.. tq nenek..

■ spjg hampir 5tahun aku dengan Syed, beratus kali kami kantoi. Biasanya kantoi sms. Sebab Syed selalu lupa delete sms. Pernah dia pakai 2 hp, pun kantoi gak sebab dia tertinggal 2nd phone dlm kete.. kete tu bini dia bawak g kedai.. aku call..bini dia angkat..hahahaha..ok tak lawak! Pernah gak kantoi tengah video call tetibe Kak Tifa balik keje awal. Dia slow2 muncul dari belakang Syed. Syed tak tutup pintu sebab ingatkan bini dia OT. Terus aku off hp siap cabut bateri phone. Konon2 takut. Esoknya elok je Syed call aku balik. Kak Tifa marah sekejap but dia da pujuk.setel!

■ salah satu sebab kenapa aku berani and still berhubung dengan Syed walaupun banyak kali kantoi adalah sebab Kak Tifa yg terlalu berlembut dengan aku. Walaupun dia marah bila kantoi tapi marahnya tak kemana.. ugut je lebih. Tapi takde tindakan. Sebab tu aku jadi tak takut. Jahat kan aku?

■ dan macam2 lagi….macam da pjg sangat kisah nih.. InshaAllah, next episode aku story macam mana aku pulak diHUSNAkan oleh pihak ketiga..karma is real??

– SayangSalmah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *