Waspada Terhadap Game Online

Akak memikiran impak kepada minda anak-anak sekarang, terutama kepada game yang mempunyai element penyembahan berhala dan perjudian (gatcha).

01. Penyembahan Berhala.

Salah satu contoh game online ini, mempunyai grafik yang cantik, dan pengalaman yang luar biasa.

Akan tetapi tak semuanya indah bila akak perasan dalam proses untuk ‘level up’ itu kita perlu menyembah berhala-berhala ini di dalam game tersebut.

Mungkin orang kata, “Itu hanya game semata2” tapi kalau difikirkan secara critical, anak muda yang bermain game ini mereka mula terjebak dengan element syirik yang sangat halus.

Programmer game tersebut pula membuatkan ia macam satu keperluan, jadi mereka yang bermain game online ini perlu juga ‘menyembah’ berhala-berhala ini semua.

Tak ke sayang akidah anak muda nie semua rosak disebabkan benda nie semua?

Selepas itu ada juga elemen dewa dewi yang mengarut tu semua, memang dalam game saja tu semua tapi ada sebahagian yang pemain macam ‘menyembah dan mengagungkan’ character game tersebut.

Bukan kah kita semua, yang beragama Islam tak boleh buat semua itu?

Memang akak perhati saja semua ini terutamanya bila pihak programmer membuat event-event besar besaran,

Dan mula lah timeline di media social, termasuklah fb twitter mengagungkan character-character tersebut. Nauzubillah.

Just bila kita fikirkan, banyak lagi game lain boleh di explore. Rasa tak pelu kot kita gadaikan akidah kita untuk suatu perkara yang jelasnya haram.

02. Permainan Gatcha.

Haa ini lagi satu, terutama bila tak dapat character lima bintang.

Mula lah macam-macam, dan bila dah tak dapat tu terpaksa lah mengunaakan wang ringgit yang beratus-ratus dihabiskan untuk mendapatkan apa benda yang diingini nya.

Tapi kebanyakkan tersilap anggap ia suatu jual beli, tapi sebenarnya gatcha itu merupakan perjudian yang jelas nyata.

Bayangkan anak-anak muda mula terjebak dengan perjudian, duit mereka yang sepatutnya digunakan untuk benda yang baik, seperti masa depan mereka diperhabiskan kat game online masing2.

Banyak. Banyak sangat anak muda terjebak dengan nie semua.

Haram semua ni, haram.

03. Membuang Masa.

Yang ini toksah nak sebut dah, memang jelas main game online nie semua membazir masa.

Lebih baik mengunakan masa itu menolong mak ayah di dapur, ataupun mempelajari skill baru, minat baru dan sebagainya.

Akak sendiri memang dah lama jadi gamers online nie, sendiri pun sedar,

Just nak bagitahu yang kita bila memilih game online, pilih lah yang paling kurang mengunakan masa anda, klu sekadar 1 jam kebawah sehari itu pun okay sebenarnya.

04. Conclusion.

Kita sebagai abang-abang, akak-akak, emak dan ayah perlu memantau game anak-anak kita terutama yang ada berunsur gatcha / game online.

Bahaya, dan kalau boleh didik lah mereka mencuba minat benda dan aktiviti yang lain yang lebih manfaat.

– Akak yang Prihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *