Untuk part I, (https://iiumc.com/anakku-lambat-bercakap/).
Assalamualaikum dan hai. Okay la terima kasih yang sudi baca dan komen cerita aku sebelum ni.
Memang panjang cerita aku. Aku taip 3 kali, kali pertama tu sampai 12 pages. Aku potong potong sikit, aku rasa potong pon tak banyak mana. Jadi aku minta maaf lah tak warning siap siap.
Dan ada sesetangah komen yang aku setuju. Aku taip sebab aku nak bercerita. Tapi tak tau nak cerita dekat sapa.
Aku gabung dua kisah dalam satu cerita, untuk fahamkan korang kenapa aku pisahkan anak aku dengan bapaknya ‘sementara’.
Soalan aku senang je,wajar tak aku punya keputusan. Cuma aku cerita dari awal, tu yang jadi terlalu panjang. Aku buat draf dulu tau sebelum taip tu,sebab tak nak skip memana part. Hahahaha.
Komen semua aku baca, untuk yang cuba mendalami cerita tu terima kasih. Untuk admin yang retype cerita aku pon terima kasih. Hahaha.
Ada sesetangah komen tu nak tahu perkembangan anak. Okay kisah ni semua pasal anak aku.
Syifa sekarang umur 4 tahun. Korang bayangkan, aku baru perasan anak aku lepas checkup hospital awal tahun ni. Kira 3 tahun awal tu, aku ajar tengok telefon ja.
Mak aku cikgu tadika. Mak aku selalu cakap, syifa ni okay lagi. Dia asyik compare dengan anak murid dia. Sebab katanya, anak murid dia lebih teruk perkembangan dari Syifa.
Kalau perasan ramai kanak kanak macam ni sekarang. Salah satu sebabnya adalah pkp 2 tahun lepas, jadi mak aku kata normal lah tu. Tapi aku tak nak terima bulat bulat cakap mak aku.
Mak mertua aku pun cakap. Nanti masuk sekolah, pandai la dia cakap. Tapi bila aku fikir, takkan nak bagi cikgu yang handle?
Macam mana kalau cikgu stress kalau semua ibu bapa fikir macam ni? Dan aku ada baca,sepatutnya masa sekolah untuk kanak kanak serap ilmu belajar,bukan bercakap.
Maksudnya, time tu banyak benda lain nak kena ‘catch up’ dah bukan baru nak kenal ini meja, ini kasut, ini pokok, pokok warna hijau.
Bukan!
Sekarang ni aku mengasuh budak. Kalau sebelum ni, aku jumpa anak aku lepas habis kerja, aku cuma akan berhadapan dengan perangai dia dalam 8 jam sehari.
Aku kerja kilang 12 jam, keluar dan balik kerja makan dua jam. Total dah 14 jam. Tak termasuk waktu aku tidur lagi. Sekarang aku kena handle 24 jam. Ada perangai yang aku tak pernah nampak tentang anak aku, time ni baru nampak.
Jadi untuk elakkan aku serabut, aku start buat jadual. Siang aku akan fokus mengasuh. Aku akan bagi Syifa masa untuk me time. Aku akan bagi dia main sorang sorang.
Aku pernah baca,budak budak ni akan lebih kreatif bila bosan. Macam kita bosan dalam tandas, tiba tiba akan belek botol syampoo dalam tandas. Akan baca kertas yan tampal di botol shampo. Lepas tu tiba tiba akan nampk corak dekat tile tandas.
Hahahaha.
Walaupun banyak waktu siang dia masih menempel dekat aku,aku nampak dia akan cipta satu imaginasi sendiri. Bagi aku bukan imaginasi yang teruk la.
Contoh nya aku perasan anak aku cipta mainan baru dari mainan yang sedia ada. Kadang aku tak terfikir ke arah tu pun.
Kalau dulu, dia bosan. Dan mula tantrum aku akan hidang dengan telefon. Sekarang tak lagi.
Mula mula memang dia kerap menagis. Kena kuat hati lah time ni, bukan sekejap dia berdunia dengan telefon tu. Jadi tak mudah lah terus tinggalkan macam tu saja. Jadi aku bagi masa.
Bila dia cakap nak phone,aku tegas ja cakap tak boleh. Dia nangis sat, lepas tu mula cari mainan dalam bilik.
Kat rumah aku ajar semua dan tunjukkan semua dekat dia. Ini untuk dia cipta ayat bila dah kenal benda. Ini kipas, lampu, pintu dan segala nya la.
Pernah dulu aku minta dia sua remote tv yang ada depan dia ja. Dia akan pusing merata cari apa aku cakap dan tunjuk.
Untuk checkup pertama. Pakar pesan, dia kena kenal dia tu sapa. Untuk anak aku, eye contact yang masih lemah, jadi tanggapan pakar maybe dia masih tak tau kita bercakap dengan dia.
Bila bercakap atau buat arahan kena libatkan dia dalam ayat. Contoh nya, “syifa, ambil remote tv tu bagi dekat mami.”
Dia blur..
Ulang balik ayat tadi.
Dia masih blur.
Kita kena ke depan dia dan pegang dia. Aku biasa pegang bahu sambil ulang ayat tadi.
“Syifa”. Pegang bahu.
“Ambil” arahkan bahu ke tempat kita nak sambil suakan tangan dia.
“Remote” ku ulang 3 kali perkataan remote ni.
“Bagi dekat mami” sambil tunjuk aku.
Esok tu aku buat arahan lain. Ni dua arahan dalam satu ayat.
Bila start malam, aku akan mulakan rutin dia. Mula aku akan ajar iqra. Alhamdulillah walaupun dia speech delay. Tapi dia ada ingatan yang kuat. Aku ajar harini, esok dia masih ingat walaupun aku ajar tu tak sampai 5 minit.
Lepas baca iqra, aku mula ajar latih otot jari. Contoh nya, aku ajar pegang gunting. Gunting bentuk yang mudah. Contoh gunting bentuk petak, bulat atau tiga segi. Mulut kena bercakap ya, sambil minta dia ulang.
Harini aktiviti gunting esok aktiviti pegang watercolor, lusa ajak pegang penyepit baju.
Habis tu, aku akan cari dekat apps ‘pinterest’ aktiviti kraf. Sebelum tidur kan aku baca buku cerita.
Semua cerita tu berkisahkan serangga dan haiwan. Jadi aku akan cari kraf berkaitan haiwan. Contohnya aku cari kraf katak untuk anak. Buat aktiviti sambil bercerita. Sesekali kena tanya dia.
Kenapa lidah katak panjang? Dia blur, aku bagi jawapan. Untuk tangkap lalat sambil geletek dia. Dan jangan berenti situ, kena cerita kenapa katak tangkap lalat. Beritahu la katak makan lalat. Katak makan lalat sebab lapar, sambil usap perut sendiri.
Ni semua aku practice ilmu checkup pertama. Ilmu checkup kedua aku masih cari macam mana nak ajar dia kenal jantina dengan cara yang santai dan seronok.
Kesabaran aku tak lah tebal mana. Kadang kadang meletus jugak. Ada sekali tu, masa tu aku belum jumpa pakar.
Ni saja la cerita selingan kalau anak tak faham apa kita cakap apa jadi.
Aku masih pregnant time tu dan aku ambil unpaid leave sebulan. Dalam sebulan ni aku ajar anak potty train. Berhenti pampers la kata mudahnya.
Sebelum ni tak boleh nak ajar, sebab tak dak masa nak ajar,sebab bagi aku, aku kena tumpu dekat dia. Masa awal tu Syifa tak kenal berak dan kencing.
Banyakkk kali kami ajar. Dan banyak siri jugak dia terkecing merata dalam rumah ni. Masa dekat hospital jumpa pakar tu pun dia kencing depan pintu masuk. Haha.
Okay pagi tu aku bangun lambat, biasala pregnant. Malam asyik tak boleh tidur. Subuh baru mengantuk, Syifa ni jenis bangun awal.
Aku tak sedar dia ada kejut aku bangun ke tak, aku keluar bilik, Syifa tengah susun taik dia atas meja makan. Taik dia jenis taik keras macam taik kambing tu. Dia susun dari rendah ke tinggi.
Alhamdulillah masa tu aku terkejut dan tidak marah. Hahahaha, dalam 5 saat aku tergamam sat.
Aku tarik dia masuk bilik air. Aku bagi mandi. Sementara dia main sorang dalam bilik aku kemas meja makan aku tu. Hahahaha.
Jadi bila kita umpama ayam bercakap dengan itik dengan anak kita,susah juga nak bagitau dia najis tu kotor. Tak boleh main. Tapi alhamdulillah, sekarang nak ke tandas dia akan pangil aku.
Jadi, sangat teruk bahana anak tak reti bercakap ya. Aku nak hantar tadika pon aku fikir banyak kali jugak, risau dia balik ikut sapa sapa.
Aku rasa cukup aku cerita sampai sini ja, moga dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang ada masalah macam aku. Aku dulu pon ajar sombrono ja. Asal boleh, sebab kita tak tau cara dan kaedah yang betul.
Moga bermanfaat…
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit