Pelajaran pertama yang aku belajar dari kematian orang tersayang,HARGAILAH MEREKA,LUANGKANLAH MASA KETIKA MASIH ADA.
Kenapa?
Kerana mati itu pasti,tiada siapa dapat menjangka bila waktunya.
Berbagilah kasih sayang tanpa syarat.Berbaktilah ketika mereka masih ada.
Dulu aku ingat lagi,tahun pertama makan gaji aku tolak tawaran bos untuk balik cuti raya.
Ya aku sanggup raya di perantauan hanya kerana overtime di bayar triple.Rm300 je kot,tapi aku sanggup tak balik beraya.Pulun ot 24 jam.Tapi tetap tak kaya-kaya.Yang dapat hanya penat dan stress.
Aku lupa rm300 tu tak besar mana jika dibandingkan kegembiraan family aku.
Dan nak tahu,raya tahun berikutnya aku tak sempat beraya dengan arwah adik aku.Allah..
Seribu penyesalan yang tak boleh di ubah semula.Adik aku meninggal di pagi raya,tiada kenangan indah yang boleh dicipta,yang ada hanyalah deraian air mata sebuah penyesalan hingga kini.
Kalaulah aku balik beraya tahun pertama makan gaji,tentu arwahlah antara yang bergembira meraikan aidilfitri bersama aku.
Dari situ aku belajar sesuatu.
BAHAGIAKAN ORANG YANG KAU SAYANG.
Kematian datang tanpa diduga.Ntah sempat,ntah tidak untuk tunggu bila ia cukup.Jadi kalau ada yang berhajat nak bahagiakan mak ayah teruskan,mak ayah kau nak umrah kumpul duit sesiap,adik beradik kau nak makan sedap-sedap,mewah sikit belanjalah.
InsyaAllah kau jangan risau bab rezeki.Nanti Allah bagi lebih.Yang penting bahagiakan orang lain.
Kalau la masa boleh diputar semula..
Namun apakan daya,aku hanya manusia biasa yang sering alpa.
Semoga aidilfitri kali ini aku dapat membahagiakan insan yang aku sayang.
– Azira Mamat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit