Aku Yang Kesunyian

Assalamualaikum Admin dan semua pembaca IIUMC. Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Aku Ain Nadira, berusia 22 tahun. Aku harap sangat confession aku ni Admin siarkan. Mungkin sokongan, nasihat dan pandangan para pembaca IIUMC ni mampu mengubah sedikit sebanyak kehidupan aku yang suram ni. Ya, sangat suram.

Entah kat mana silap aku. Sejak dari tadika hinggalah ke zaman universiti, aku sering dipinggirkan. Kalau ada kawan pun selalunya tak kekal lama. Ada yang pindah la, ada yang tiba2 menjauhkan diri. Aku juga dipinggarkan oleh rakan2 di asramaku. Puas aku cari di mana silapnya aku, masih tak berjumpa jawapan. Sedih kalau kenangkan nasib diri ni. Sejak tadika lagi disisihkan, masa sekolah rendah bersendirian, masa sekolah menengah dipulau, dan sekarang zaman universiti pula, aku masih kesunyian. Ke mana aku pergi pasti tak berteman. Aku dah penat dengar org sekeliling perli dan seolah2 hina aku yang tak ada kawan ni. Ada yg cakap aku anti sosial, ada yg cakap aku tak bercampur orang dan macam2 lagi la. Percayalah, aku tak mintak jadi begini…

Aku dah cuba bermanis muka, bermanis mulut, masih orang anggap aku sombong dan susah dibuat kawan. Mungkinkah aku ada aura negatif yang membuatkan org sekeliling takut utk dekat dengan aku? Mungkinkan aku ni membosankan sangat? Aku dah cuba jadi periang, jadi peramah, dan macam2 lagi. Sampai satu tahap tu, aku rela diri aku ni dipergunakan demi mendapat kawan. Aku sedar aku dipergunakan sahaja, tapi aku tak kisah, asalkan aku tidak keseorangan. Tapi tak berhasil. Last2 aku give up. Aku putuskan untuk jadi diri sendiri je. But still, aku akan sedih bila terkenangkan diri sendiri yang terlalu lonely ni. Hmmm.

Aku tak ada tempat mengadu. Sedih sangat jadi aku. Parents tak ambik port sangat pasal aku. Adik beradik pun jenis suka condemn orang. Jadi aku takut hendak bercerita. Oh btw, aku anak sulung dari 6 orang adik beradik. And yes, aku tak ada boyfriend. Kawan2 biasa yang ada pun mcm tak sudi dengar masalah aku. Puas aku berdoa kat Tuhan semoga dikurangkan rasa sunyi ni. Puas jugak aku menangis pasal benda ni. Cuma patung panda aku pengubat sepi aku. Aku bercakap dengan benda yang tak bernyawa. Ya pembaca sekalian, aku sangat sunyi. Orang mcm aku wujud dekat dunia ni.

Tipu la kalau aku tak cemburu tengok remaja seusia aku berjimba dengan kawan2 yg ramai. Aku pun teringin nak merasa semua tu. Kalaulah kawan boleh dibeli dengan wang ringgit, mesti aku dah beli. Malangnya, tak semua benda kat dunia ni boleh dibeli.

Bila aku dah biasa dipinggirkan macam ni, aku akan hargai setiap orang yang cuba dtg dekat dalam kehidupan aku. Aku akan layan sebaik mungkin. Tapi last2, mesti aku yang ditinggalkan bersendirian. Banyak kali terlintas kat fikiran aku, “Rasanya lebih baik Allah tarik sahaja nyawa aku daripada hidup terseksa disisihkan mcm ni, aku tak diperlukan kat dunia ni pun.” Aku terfikir, ada ke orang yang akan menangis andai kata satu hari nnt aku pergi meninggalkan dunia? Kalau aku kahwin nanti, ada ke orang yang nak datang? Dan siapa je yang aku boleh jemput?

Doakan kesunyian aku ni terubat ya para pembaca semua. Bukan wang ringgit yang aku mahukan. Aku cuma tak mahu kesunyian dalam dunia ni. Kesunyian ni menyakitkan sangat. Ya, mungkin ada antara kalian yang cadangkan aku untuk dekatkan diri dgn tuhan. Mmg membantu dalam menenangkan rohani aku. Tapi aku jugak nak rasa disayang, diteman oleh seseorang bergelar manusia. Aku juga manusia biasa. Sokongan dan doa kalian sangat2 aku hargai. Maaf andai luahan aku ni menjengkelkan atau sebagainya. Aku betul2 tak tahu nak luah ke mana. Maaf juga andai ayat aku memeningkan kepala atau sukar difahami, aku tak pandai karang ayat elok2, berbunga2 semua. Assalamualaikum…

– Miss Lonely

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit