Berubah Perlahan-lahan

Hai. Assalamualaikum. Kehkeh. Terima kasih admin kerana approve cerita aku.

Aku nak cerita tentang diri aku. Bukan nak mengaibkan diri aku dan orang orang yang akan aku ceritakan cuma nak cerita.

Aku dulu free hair tp takde la seksi mana. Cuma dengan tshirt dgn seluar jeans. Jenis aku rock sikit. Aku dulu adalah budak budak skate. Petang petang lepas asar aku akan siap siap untuk turun pergi main skate depan area sekolah. Sebab depan area sekolah tu ada bus stop.

Mesti korang ingat parents aku tak kisah kan. Ayah pernah marah aku tak pakai tudung. Tapi aku masa tu perangai macam setan sikit. Apa ayah cakap aku buat bodoh je. Lepastu tiba tiba aku join pulak skate. Lagi dia tak suka. Tapi dalam dia tak suka dia masih izinkan aku pergi main.

Aku ni kira macam hot la kot dulu. (bukan aku cakap eh. Korang kena tunggu aku habiskan cerita. Kehkeh) aku tak pakai tudung lepastu nak kata ada rupa takdela sangat tapi ada la orang minat siap datang kelas nak mintak couple. Kiranya dulu kawan kawan aku semua tahu aku ni jenis agak sosial lepastu free hair lepastu skate lepastu macam banyak hal aku buat dekat sekolah.

Pernah sekali tu aku gaduh dengan sorg perempuan nama Balqis. Aku sangat anti dengan dia dan dia anti dengan aku. Aku tak suka dengan dia sebab perangai dia. Satu hari tu kitaorg gaduh dekat tandas. Ada budak lelaki nama luqman ni nampak lepastu dia bagitau ustaz. Ustaz bagitau pengetua. Tak pasal pasal aku masuk bilik pengetua. Memang bertekak la dalam tu sebab masing2 nak menangkan diri masing2. Aku nak bagitau dekat sini betapa masalahnya aku dulu.

Lepastu tiba2 aku pindah sekolah agama. Masa tu kawan2 aku semua taktau aku masuk sekolah agama. Member skate aku lagi la taktau sampai harini. Walaupun aku tak berapa suka tapi ada banyak perubahan yang berlaku dkt aku. Aku dah mula pakai tudung, solat cukup, dah tak mencarut sangat.

Nak dijadikan cerita, aku pindah sekolah biasa disebabkan family problem. Start dari sini aku kena macam2. Sekolah yang aku pindah ni adalah di mana ramai kawan2 lama aku dulu. Bila first time aku masuk semua terkejut. Aku dengar ada orang sebut nama aku. Tapi aku buat bodoh. Sebab kau bayangkan. Aku masuk sekolah tu dengan tudung labuh sekolah lama. Malas nak beli tudung baru.

Pendekkan cerita. Ramai yang terkejut dengan perubahan aku. Ada yang tanya kenapa aku pakai tudung. Siap dia cakap lagi aku lagi cantik kalau bukak tudung. Masa tu aku macam terdiam. Taktau nak balas apa. Ada satu hari ni pulak sorang perempuan ni tegur aku. Hai labuhnya tudung. Takde yang labuh sampai kaki ke? Jujur aku sangat sangat terasa masa ni. Iman masih tak kuat. Turun naik turun naik. Balik rumah aku menangis. Aku takde kawan nak cerita masa ni. Parents aku pun taktau kisah ni sebab aku taknak bebankan diaorg.

Ada kawan aku cakap kalau kau pakai tudung kau dah tak hot macam dulu. Zaman tu mana ada tudung shawl bagai macam sekarang. Aku pulak pakai tudung labuh bulat tu ha. Ramai sangat yang terkejut dengan perubahan aku. Ada yang sokong dan ada jugak yang perli.

Tapi alhamdulillah berkat kesabaran aku sampai sekarang aku masih bertudung. Banyak sangat dugaan dan ujian aku hadapi sebenarnya. Kalau kau bagi aku seminggu pun mungkin tak cukup masa nak cerita apa berlaku. Sejujurnya aku pernah satu masa sampai rasa nak bukak tudung balik. Dia punya rasa down tu teruk. Sebab dah tak cantik tak ramai kawan tak boleh skate. Sampai aku rasa nak kembali ke zaman jahiliah aku dulu tu. Allah masih sayang aku jadi dia beri aku kekuatan untuk bertahan. Tolong doakan aku akan istiqomah sampai bila bila. Benda nak berubah ni bukan senang. Walaupun aku dah bertudung tapi tiap kali solat aku doa pada Allah moga beri aku kekuatan untuk istiqomah melalukan kebaikan kejalanNya.

Aku tahu nak berubah bukan senang. Tapi untuk sesiapa yang terdetik nak berubah teruskan niat anda. Abaikan orang orang yg jatuhkan anda walaupun sebenarnya sangat sakit. Aku rasa zaman sekarang ni lagi senang pakai tudung. Maksud aku kebanyakkan orang sekeliling pun pakai tudung dengan pelbagai jenis fesyen lagi. Shawl hanis zalikha la neelofa la apa lagi ko nak semua ada. Cuma zaman ni dia punya ujian sama ada dalam kau berfesyen kau masih ikut panduan tutup aurat ke tak.

Semenjak aku pakai tudung tu Alhamdulillah kakak aku pun start pakai tudung jugak. Lepastu adik aku masuk sekolah agama. Sejak dari tu kitaorg lebih menjaga hal agama ni. Mana taknya adik aku tiap kali balik cuti mesti ceramah kakak kakak dia suruh tutup aurat. Kami ni tadah telinga dengar. Pernah satu hari tu nak keluar rumah adik aku scan dulu pakaian aku ok ke tak nak keluar. Ya Allah masa tu sakit hati sangat. Lama2 bila fikir ada bagusnya jugak. First kitaorg memberontak pun akhir sekali kitaorg pakai pakaian tutup aurat dengan rela hati.

Aku cuma nak bagitau. Kata kata yang keluar dari mulut korang tolong tapis dulu ye. Lagi lagi sekarang zaman dunia sosial. Kalau takde penapis cakap. Hakak nak kasi free penapis. Ha kau nak kutuk orang taip je sana sini. Senang semuanya di hujung jari. Hanya dengan satu kata kata korang boleh membuatkan seseorang itu berubah menjadi lebih baik ataupun makin teruk. Tak semua orang imannya kuat. Kau tak takut ke disebabkan kau orang tu berubah daripada pakai tudung kepada freehair? Kenapa perlu kecam kutuk dan sebagainya? Kenapa tak doakan yang baik baik? Kenapa tak cuba tegur? Kenapa tak cuba support untuk dia.

Jangan berlagak seperti kau lebih baik sebab kau taktau pengakhiran seseorang. Entah entah dia mati dalam keadaan husnul khotimah dan sebab bertaubat. Kita ni ha takut jadi sebaliknya.

– RUN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit