Bila Engineer Tiada Hala Tuju

As salam kepada semua pembaca iiumc, terima kasih kerana sudi membaca kugiran abg di waktu lapang anda. Terima kasih juga pada admin iiumc kerana sudi siarkan coretan abg yang tak seberapa ni. Cuma sebagai medium untuk kongsikan kisah abg pada yang di luar sana, apa yang baik ambil sebagai teladan dan yang buruk dijadikan peringatan dan minta dijauhkan.

Dari tajuk yang abg letakkan sbg paparan coretan abg, abg adalah seorang jurutera yg bertugas di sebuah kilang elektronik pastinya kalau disebut jenama berkenaan setiap individual pasti mengenalinya. Sudah hampir 4 tahun abg bekerja sbg seorg jurutera, kini memiliki sebuah rumah yg bakal diterima bulan November, dan mempunyai sebuah motosikal besar sebagai medium pengangkutan abg setiap hari ke tempat kerja.

Abg adalah graduan iium dgn pointer akhir menghampiri 3, berkelulusan ijazah sarjana muda dlm kejuruteraan, pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) di Perak selama dua tahun (Form 4 & Form 5) dan mendapat keputusan Spm 7A 2B, sebelum tu belajar di sekolah harian dr Form 1 hingga Form 3 di kawasan bandar dgn keputusan PMR 7A 1B. Ketika di sekolah rendah abg pernah memperoleh 5A buat ujian UPSR abg.

Abg berasal dr keluarga pertengahan, ayah dan ibu abg mmg berkerjaya. Ibu abg antara top student di UM dan mempunyai PHD dlm jurusan yg diambilnya. Kini ibu abg antara pengarah yg terpenting di salah sebuah institusi berkaitan kerajaan. Ayah abg dah bersara dan kini sdg berehat menikmati kehidupan selepas bertahun2 berkhidmat dengan salah sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara kita. Adik2 abg, 3 org semuanya, seorg berkelulusan dlm seni bina, kini berkhidmat dlm bidang architecture, seorg berkelulusan undang2 dr luar negara kini dlm proses mendapatkn lesen utk mempraktiskn undang2 di Malaysia dan seorg lagi masih menuntut ilmu di sebuah universiti swasta di Melaka. Dari sini boleh abg simpulkan yang abg datang dari keluarga yang terpelajar dan cukup makan minum dan ilmu yang disediakan boleh ibu dan ayah abg.

Semua perkara2 yg baik yg berlaku ni, abg mmg bersyukur atas nikmat yg diberi oleh-Nya. Tapi kt sini abg nk kongsikn kegusaran abg alami ketika dan saat ini. Abg sbnrnya kalau abg nilai diri abg ni seorg yg pemalas, dan x ada hala tuju. Dalam kerjaya abg, abg selalu berfikir yg abg x layak utk pikul tugas2 yg abg tgh bawa skrg. Selalu abg fikir yg sesuatu projek itu x akan berjaya, sb abg tau abg x ada cukup ilmu utk jayakn projek yg dlm seliaan abg. Jd prinsip abg waktu ni di tempat kerja abg adalah abg di sana utk tolong org dan dptkn sedikit wang utk teruskn hidup abg sampai pihak syarikat pecat abg barulah abg akan tinggalkn syarikat berkenaan.

Gaji abg mmg klu tolak byr hutang rumah, motosikal, duit utk mak ayah, asb, tabung haji, dan insurans akan tinggal RM400 hingga RM500. Jd kalu ikutkn dgn duit byk tulah abg hidup setiap bulan. Kat sini kehidupan abg mmg pergi kerja di waktu pagi, mlm balik. Kalau nk keluar dgn kawan2 abg mmg abg x mampu lah sb bajet yg x berapa nak ada dlm tangan abg. Kenduri kahwin shja yang abg join, yang lain ikut keadaan poket abg. Abg still solo dan dlm masa terdekat ni mmg xda plan utk berteman sb kekangan kewangan semasa abg. Jadi bila abg tgk kawan2 dan org kt luar sana yg berkahwin dan ada anak mmg abg respek dan tertanya-tanya mcm mna diorg boleh survive dgn keadaan ekonomi skrg.

Jadi kt sini abg nk beritahu yg kehidupan abg ni agak mendatar saja, kadang2 abg fikir kenapa abg perlu ada kt dunia ni sb abg fikir abg ni xda purpose sgt, tak penting dan tak menyumbang apa2 sgt. Kalau sedekah sikit2 tu boleh lagi dengan duit abg x seberapa ada. Jadi setiap hari abg adalah sama, smpai skrg abg masih berfikir apa lagi yg abg boleh buat untuk dapatkn rasa accomplishement dlm hidup abg. Kalu xda might as well abg tiada kat dunia ni as it is meaningless.

Abg tak tahu nak menghala ke mana dah, tak pasti apa yang patut abg kejar. Still abg ada basic idea yg kita kat dunia ni sbg khalifah Allah dan abg masih ada tanggungjawab pd mak ayah dan adik2 abg. But still abg masih clueless for the future dan apa sumbangan yg boleh abg buat dgn tulang 4 kerat abg ni.

Jadi kat sini kalu rakan2 pembaca yg membaca artikel abg ni apa pendapat anda? Adakah abg x bersyukur, abg ni x berusaha kuat lagi, abg ni x berguna, abg ni terlebih makan dan sebagainya sila nyatakan di sudut komen. Mana tahu hala tuju abg ada dlm komen2 anda semua. Who knows? Isn’t it. :)

– Note book

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit