Cara-cara Mudah Untuk Balik Kampung

Salam ‘alaik kepada semua pembaca IIUM Confession. Juga terima kasih kepada admin sekiranya tulisan ringkas aku ni dimuat naik di page IIUMC.

Tulisan ringkas ni untuk guide para junior balik kampung. Haha.

Jadi kepada yang dah mahir, tulisan ni mungkin takkan membantu korang. Haha.

1. Macam mana nak balik kampung ? Nak pergi station bus macam mana ? Nak naik apa ?

Okay-okay, jangan bimbang, jangan khuatir. Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) / Station Bandar Tasik Selatan (untuk LRT & KTM) mempunyai rangkaian destinasi yang meluas.

Dari TBS korang boleh pergi ke merata tempat di Semenanjung Malaysia ni, insyaAllah.

So, dari UIA ni, korang boleh pergi ke TBS melalui KTM dan juga LRT. Korang boleh gunakan khidmat “transporter” untuk pergi ke LRT atau KTM ni, sebab lebih murah berbanding teksi atau pun Uber/Grab(akan dihurai kat bawah).

Pro & Kontro pilih LRT atau KTM untuk ke TBS.

LRT –
Dari UIA juga korang boleh naik bas RapidKL T200 untuk ke LRT Gombak, lebih murah. Untuk ke TBS korang perlu naik LRT sampai ke Masjid Jamek, lepas tu tukar station (LRT jugak, tapi laluan Seri Petaling) untuk ke TBS. Kalau korang bawak beg berat, not recommended untuk korang naik LRT untuk ke TBS, sebab agak jauh untuk tukar station tu.

Lagi satu, kalau korang tak alert, amat mudah untuk korang tersalah naik waktu tukar station. LRT Masjid Jamek ada dua laluan, laluan Ampang & laluan Seri Petaling. Untuk ke TBS, korang perlu naik laluan Seri Petaling dan turun di Station Bandar Tasik Selatan.

KTM –
Dari UIA korang boleh gunakan perkhidmatan transporter atau pun Uber / Grab untuk ke Station Batu Caves. Kalau naik Uber atau Grab, tambang lebih kurang dalam RM10 – RM12. Bergantung kepada rate semasa.

Untungnya naik KTM ni, korang boleh terus straight turun di Station Bandar Tasik Selatan tanpa perlu tukar station. Cuma perlu keluar duit lebih sikit untuk bayar transporter, Uber ataupun Grab.

2. Grab & Uber

Okay, perkhidmatan Uber & Grab ni kebanyakkannya wujud di bandar besar. Untuk Lembah Klang pula, dua-dua perkhidmatan ni ada liputan yang meluas.

Korang cuma perlu install apps Uber ataupun Grab di telefon pintar korang. Kemudian ikut langkah-langkah yang disertakan.

Uber & Grab menggunakan fungsi gps. Means that, dekat mana korang booked, kat situ la kereta tu akan sampai. So, korang kena la masukkan detail yg tepat, supaya kereta tu tak salah tempat.

Contoh – Korang kat Mahallah Bilal nak ke KL Sentral.

Korang masukkan pickup location – Mahallah Bilal
Destination – KL sentral

Aplikasi tu akan carikan korang driver & juga jumlah tambang perjalanan. So, sebelum naik, korang akan tahu berapa jumlah tambang, kereta apa, number plat, warna kereta & juga nama driver korang.

Safety kan ?

Okay itu sahaja (dah ngantuk) untuk lebih lanjut, korang refer la kat senior-senior korang. Ataupun baca kat ruangan komen ni, mesti banyak yang akan membantu.

Yang Ikhlas,
Bro Prihatin.

– Bro Prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit