College Drop Out Yet Survive In Business 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kawan2 ku… Kita sharing2 sikitlah kisah dan pendapat aku ni… tak setuju takpe, setuju alhamdulillah…

Aku seorang pemuda berumur lingkungan 19-22 (eceh). Aku bekas pelajar engineering dari sebuah kolej swasta di Selangor.

Bekas pelajar yang aku maksudkan adalah aku Drop Out atau berhenti atau blah! dari kolej, dengan bangganya.

Sebab berhenti? Kolej tidak boleh menerima kritikan dari seorang pelajar dan sanggup malukan pelajar di khalayak ramai, maruah dipijak2, then berhenti. (kisahnya panjang, tapi taknak fokus yg tu) Eh kau senang2 je berhenti.

Ramai cakap rugi berhenti belajar. Rugi ke? Di mata orang of course la rugi sebab aku dah bazirkan duit mak ayah aku lepas 2 tahun setengah belajar. Apa lagi kekecewaan yg aku bagi? hasrat nak tgk aku graduation dan kerja bagozz, apa lagi?! Aku pun dah bosan belajar, tapi bangga la gak walaupun berhenti, last aku CGPA 3.5, huhu..

Di mata aku? Aku tak pernah rasa sebebas ini, bebanan yg aku tanggung selain duit adalah bebanan kebenaran yang disembunyikan oleh kolej tentang dunia pekerjaan lebih2 lagi dlm bidang aku, konon claim itu ini gaji angka gila2, pak hang!, memang betullah hanya org industri shj tahu hal sebenar tentang politik2 pekerjaan, “mereka”? tahu nak jaga periuk nasi shj, lepas aku berhenti, aku bekerja sebagai staff restoran di salah sebuah mall selama 4 bulan.

Aku decide untuk bermastautin tetap di sini sahaja (area Selangor shhhh), hidup berdikari sendiri, entahlah kalau aku balik kg, aku rasa mcm duk bawah tempurung, aku kena keluar dari zon selesa aku, kalau tak aku takkan belajar apa2 langsung. Dont worry, aku selalu je balik jenguk mak ayah aku. huhh.

Yes 4 bulan sahaja kerja, sebab aku dengan beraninya mengambil keputusan untuk buat bisnes kecil aku sendiri dengan ilmu yg sedikit, dan simpanan yg kecil di tangan sebab aku rasa aku boleh. Aku ada motor sebijik dan smartphone sebijik. Bolehla.

Bisnes apa? Yg penting bukan MLM kay, bisnes aku ada kena mengena dengan servis dan on-demand. Perkhidmatan dari rumah ke rumah.

Mcm mana dtg ilmu & keberanian? Aku agak nerd dan introvert. Aku suka mengkaji, menulis, dan aku ada pendapat sendiri tentang bisnes. Entahlah, aku tak sombong dgn ilmu cuma aku tak tergerak hati nak setuju dgn pendapat org2 “lama” ni, sebab kita di alaf yg baru, peraturan kewangan berubah setiap hari. Nak tahu rahsia ilmu bisnes aku??

1. Belajar ilmu dengan tertib (ikut turutan daaa)
– Aku mula mengaji ilmu pengurusan kewangan, then move on to hartanah, takaful, saham, unit trust, emas sikit la dan yg pelik bisnes last sekali.
– Bila belajar tertib ni baru dapat gambaran seluruh nya skali. Power kut.

Bagi pendek jelah, satgi hang bosan.

– My mind triggers to do business from facebook, yup its true bro.

– I learn an actual business from books, google and youtube.

– I learn my skill from youtube.

– I learn buyers attitude (sikap pembeli) in the big city. Jalan tengok orang pastu tiru.

– Motivasi? Dari intagram, ayat2 dlm poster alah yg ada quotes tu pun dah power.

See, SEMUA FREE!!!! Come on broo, kau dah GEN Y kowt, ilmu free ni boleh dicari, tak perlu belanja beratus2 ringgit untuk belajar dari mentor, we just need a piece of them, yg lain gerak sendiri, slow2 takpe, aku dah jumpa beberapa org mcm aku, dah berjaya dah pun, tak perlu buat benda bodoh atas alasan marketing untuk berjaya.

Yup marketing pun aku belajar dari GOOGLE dan YOUTUBE. Bukan sekadar tempat copy paste untuk assignment je, INTERNET adalah lubuk duit terbesar yg kita tak sedar.

And you know what?! 90% of my customer came from FACEBOOKKK! without using FB ADS, aku pernah try sekali je, sebab nak cuba2 tapi kau dah GEN Y kowt!

Challenge yourself! Kalau mereka boleh buat, kita boleh buat! Ya memang aku muda, bodoh piang lagi, tapi aku tak boleh tahan nafsu aku untuk berbisnes, aku dah ‘tagham’ lama dah ni.

Habis tu, “MODAI DAPAT MANA?”, i start from zero, takdak duit, sebab tu aku kerja 4 bulan, itulah prosea kumpul modal sikit2.

1 Good Smartphone with Internet
1 Motorcycle
1 Laptop
Dan sedikit fulus boleh mula dah…

Maaf penulisan tak kemas, maklumlah org ada SPM shj.

Tak mengapalah, hidup org lain2 belaka, ini jalan yg aku pilih, lebih 2 bulan aku buat benda ni, ada ujian, Allah ada bantu.

– Irah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit