Dah Teruk Sangat Ke Saya Ni?

Hye semua.

Sya merupakan gadis berusia 22 tahun. Masih menuntut di salah sebuah IPTA. Begini.. Sya mempunyai masalah susah untuk mengawal emosi. Kadang kala sya akan marah walaupun hanya untuk perkara yg remeh. Sikap sya tu menjadi lebih teruk apabila sya memasuki semester 3 di Universiti. Hinggakan apabila sya marah, sya rasa nak bunuh orang. Tapi sya masih mampu kawal rasa tu, apabila mengingatkan impak yg akan sya terima. Selain itu, sya juga suka tengok darah. Sya suka tengok movie yg banyak memaparkan adegan berdarah seperti pembedahan.

Sya jga mempunyai tabiat kerap mengelamun. Tak kiralah dimana sya berada, tanpa disedari sya akan mengelamun. Kerap terjadi, emosi sya akan terbawa-bawa oleh khayalan sya sendiri. Sya juga merasakan ingin mati. Sebabnya, sya selalu merasa keseorangan, kesepian. Tak ada sesiapa pun yg perlukan sya. Malah keluarga sya sndiri pun tak sukakan sya. Sya tak cantik sprti adik2. Sya tak pandai sperti kakak sepupu. Kawan-kawan pula, tak ada seorang pun yg akan berada disisi jika sya dalam kesusahan. Disebabkan itulah, sya rasa nak mati je. Tak ada sesiapa yg perlukan sya.

Next, sya juga mpunyai sikap ‘Terlalu berhati-hati’. Sebelum sya masuk tidur atau keluar rumah/bilik, sya akan pastikan suis off, tingkap dan pintu terkunci. Sya akan pastikan beberapa kali semua benda tu sebelum sya keluar atau tidur. Walaupun dah check beberapa kali, hati sya tetap rasa tak tenteram. Hinggakan sya sanggup berpatah balik ke rumah semata-mata nak check lagi, walaupun sya dah berada di dalam kelas ketika itu.

Sya bingung, sebenarnya sya ada masalah mental ke?Tolong bantu sya. Jika admin tak nak approve confession sya ni, tlg beri tahu apa yg tak kena dgn sya???

– Miss S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit