Aku Lebih Selesa Keseorangan

Assalammu’alaikum.. thanks admin! :)

Aku pelajar IPTA, perempuan, berumur 21 tahun. Aku tak tahu nak mula macam mana. Banyak kali dah aku taip dan padam. Aku tak pandai sangat menulis dalam Bahasa Melayu ni, bukan setakat menulis, bercakap juga aku tak berapa pandai. Kadang aku nak keluarkan satu perkataan tu aku fikir lama.. betul ke tidak. (aku bumiputera bukan melayu) Aku tulis je la.. harap harap pembaca faham & tak marah.

Aku tak tahulah aku ni introvert ke ape. Aku rasa selesa bersendirian, nak p mana mana pun aku ok walaupun takda kawan. Kalau diberi pilihan antara jalan dan stay rumah, aku akan stay rumah. Aku akan menghabiskan masa dengan online, tengok KDrama, action movie atau baring dan tidur. Aku tak rasa ada masalah makan sendiri, jalan sendiri. Aku lagi suka.. aku tak rasa membebankan sesiapa.

Dekat sekolah dulu aku tak rasa seksa sangat, tapi bila masuk Uni aku rasa terseksa sangat. Sebab apa? Sebab banyak sangat sesi ‘ice breaking’. Aku tak suka perkenalkan diri dan aku taknak kenal dengan sesiapa pun. Aku tak suka aktiviti berkumpulan. Aku rasa terseksa.. aku nak je cepat cepat habis dan balik bilik. Mereka yg kenalkan diri tu pun sampai sekarang aku tak ingat nama. Bagi aku tu tak penting. Aku tak kenal classmate aku, yang aku biasa tengok tu aku taula classmate aku tapi nama dia aku tak tahu pun..Aku tak suka bercakap dengan orang yang aku baru kenal.. aku akan ambil masa yang lama untuk open up dengan orang baru. Kawan kawan yang aku rapat sekarangpun sebab mereka housemate aku dulu.. Aku tak suka bila orang tahu aku orangnya macam mana. Aku sangat tak suka bila ada orang yang tak sepatutnya kenal aku dengan mendalam dan rapat. Bagi aku, tu privasi aku.. biar aku yang tentukan siapa yang layak tahu.

Lagi satu masalah aku.. aku tak suka jumpa dengan ex-schoolmate, ex-classmate. Betul betul tak suka! Kalau boleh aku taknak tegurpun.. kalau mereka tegur pun aku jawab sepatah je. Bila aku kena invite dalam group whatsapp kelas sekolah menengah dulu aku rasa nak left je. Aku berperang dengan diri.. aku tanya diri aku, besar sangatkah masalah stay dekat group tu? Group whatsapp je pun, bukannya face to face. Aku pujuk diri aku… takpelah mereka kan nak mengeratkan silahturrahim. Tapi aku kalah.. aku tak suka bila mereka cakap pasal aku. Cakap aku study jauh, aku pernah bercinta dengan ni dengan tu masa sekolah dulu.. padahal aku takdepun bcinta dengan lelaki yg mereka cakapkan tu. Aku dahlah nak jadi silent-reader je.. tpaksa muncul cakap aku tak pernah bcinta pun dengan orang tu. Aku tak selesa dengan mereka.. mereka buat macam mereka kenal aku 100% sedangkan tak. Mereka nilai aku berdasarkan aku yang mereka jumpa 5,6 tahun yg lalu. Aku betul betul tak suka.. apa lagi ada beberapa orang dalam group tu yg sangat jahat dengan aku dulu fitnah aku macam macam. Aku nak jauhkan diri.. aku tak suka dekat dengan orang yang aku tak suka.

Aku tak tahulah nak cakap macam mana.. Aku kecewa dengan diri aku sendiri.. Kalau dengan kawan kawan yg aku rapat aku ok je. Tapi tu lah.. dulupun mereka cakap aku sombong & susah nak di dekati. Aku nak juga jadi macam orang lain, cepat rapat dan cepat mesra dengan orang lain.. orang nak dekatpun orang selesa.. aku nak jadi orang yg di sukai ramai. Tapi dalam masa yg sama aku rasa susah. Aku taknak pun orang tahu aku siapa.. orang anggap tak wujud pun takpe. Aku tak tahulah… aku rasa sikap aku ni sikap negative yg perlu di buang..

– Ms Nobody

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit