Dia Boleh Nampak Benda Yang Aku Tak Nampak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Best pulak baca confession kat sini kan. Paling best ialah cerita seram a.k.a mistik takpun cerita housemate yang sikapnya hampeh.

Ini saya cerita pengalaman saya dengan kawan saya Piza. Awal berkawan, tak tau pun dia boleh tengok hantu2 ni. Kami berkawan sebab tinggal satu rumah sewa ada tiga bilik. Aku, Piza dan Hana tinggal satu rumah tu. Tapi Hana tu junior jadi aku pun tak selalu lepak dengan dia. Aku selalu la lepak dengan Piza ni sebab kami satu course. Satu hari aku dengar Piza sembang dengan Hana pasal hantu. Rupanya Piza cerita hantu di rumah sewa lamanya. Masa tu dia duduk berdua dengan Hana. Dia kata hantu di rumah lama menakutkan sebab cuba cekik dia. Dia mengaku dia boleh tengok hantu dah lama. Tapi selama ni hantu2 tak pernah nak cuba pegang dia… tapi hantu yang ni pulak panjangkan tangan untuk cekik dia. & Piza jerit waktu tu, and hantu tu hilang. Aku pun kecut la.. mula2 dulu mana percaya hantu2 ni.. ingatkan mainan mimpi je.. sampailah aku berkawan dengan ko Piza… aku tanya dia macamana dia ada ‘kuasa’ boleh tengok mende2 ni.. dia kata dulu dia tanam gigi, gigi tu kepunyaan orang mati, sejak tu dia boleh tengok. Entah ye ke idak. Aku tanya lagi.. Ko tak takut ke? Dia selambe cakap, buat apa takut diorang bukan kacau kite pun. Haaa… kalau aku tengok benda seram pun takut. tapi betul jugak, kenapa kita takut tengok hantu eh? hehehehe.

Pernah satu kali tu, aku jalan malam2 balik dengan Piza… lalu la dekat universiti kitorang.. tiba2 dia tegur, “ehh ada orang terapung kat situ,” Aku terus la mengelabah, jalan pun cepat2 sambil tarik tangan Piza. “Ko ni.. jangan la beritahu aku.. kalau kau nampak.. ko diam je la.. ” .. Dia gelak je. Sebab dia kata kelakar tengok reaksi aku… jalan macam ketam. Aku ni dah la penakut. Penakut gila. Klau tido pun lampu kena menyala. Kalau luar tu gelap, rela tanak lalu tempat tu. Ada jugak dia cerita, waktu mula2 dia jadi student, dia tersesat kat bahagian kelas anatomi (kat situ ada mayat2 untuk dipotong2 buat belajar. oh by the way, tempat kitorg belajar ni bukan Malaysia ye) … lepas tu dia nampak satu pakcik baju coklat (macam baju pak guard), dia pun nak pegi kat pakcik tu nak tanya jalan… bila dekat.. tengok2 orang tu xde kepala.. dia pun beredar slow slow.. Sejak dia cerita tu.. setiap kali aku lalu ruang anatomi tu… mesti ingat cerita dia tu.

Aku salut betul dengan Piza. Dia ni rupa cantik, putih, tapi boleh tengok hantu. tak mesteriuos ke tu? Lepas tu kehidupan dia tu macam drama melayu kat tv tu. Aku ingat drama melayu je nonsense macam tu. Putus dengan boypren yang bercinta 9 tahun lah.. lepas tu ex-boypren tu hantar saka kat dia… dia pun selalu sakit2… lepas tu, jumpa ustaz, ustaz kata kena buatan org.. dah settle, ex boypren pun dah ada girlpren baru… pun masih tak puas hati. macam2 la.. kalau aku cerita kisah Piza ni boleh jadi novel kot. Memang. Memang menarik aku dapat kawan macam dia. Sebab ada je cerita pasal dia…

Ada satu kali tu.. aku tengah lepak dengan boypren aku kat ruang tamu. Tengah rancak sembang2, tiba2 mata boypren aku ni tengok kat arah belakang aku & cakap, “haa.. tak de paper pun,” Aku pun toleh belakang.. hm? takde paper pun.. tingkap je.. Aku tanya cakap dengan siapa.. “ooo.. takde.. cakap dengan pakcik tuu,” Aku pun pelik.. pakcik? macamana ada pakcik? sebab belakang tingkap tu bilik kott… mana boleh ada orang lain kat situ. Barulah aku tau boypren aku tu pun boleh tengok hantu. Haaa sudahhh. Macam Piza la dia ni. Dia kata rumah aku ni ada penunggu. Tadi dia tu tegur penunggu tu la.. Aku diam je masa tu tak berani tanya banyak.. Lepas tu aku tanya Piza, betul ke rumah kita ni ada penunggu. Dia kata betul, memang setiap rumah ada penunggu. Tapi penunggu rumah ni baik. Dia pakcik berjubah putih dan janggut putih. Sebab tu diorang pindah sini sebab penunggu rumah lama tu jahat… woooo.. barulah ku tau. Tapi Piza tak pernah cerita kat aku sebab dia takut aku takut. Ye jugak mungkin aku pun pindah dari situ hehehe.

Satu hari tu pulak, ada kawan kelas kitorang ni, nama Rika ajak Piza pergi rumah dia. Aku pernah cerita kat Rika ni Piza boleh tengok hantu. Lepas Piza lepak kat rumah Rika, Piza rasa seram. Dia rasa rumah Rika ni banyak betul penunggu. Skary merry pulak tu. Tapi dia tak beritahu Rika masa tu.. Lepas tu masa Rika & Piza dalam kereta, Rika drive hantar Piza balik.. Rika tanya, “Piza, rumah aku banyak hantu eh?”.. Piza terkejut. Eh macamana tau, “Ha betul kann… dulu pun ada makcik beritahu rumah aku ni banyak penunggu,” lepas dia describekan macamana rupa hantu tu.. & Piza tu kata ha betul la tu ada hantu macam tu. Lepas tu Rika berhenti keta dia kat mall, bila dah parking, Piza pandang belakang, HAH! ada muka kat cermin belakang! muka tu muka marah. rupanya hantu yg dari rumah Rika ikut diorang. Piza cepat2 keluar dari kereta & tengok kat belakang. takde paper… HUHU.. masa Piza cerita pasal ni kat aku. Aku punyalah melompat sebab terbayang2 tang muka kat cermin belakang tu. Hahaha.

Hmm.. dah lama tak dengar cerita dia.. sekarang kitorang dah balik Malaysia. Aku pun dah lama gila tak jumpa dia. Mesti macam2 kisah dia ada. Huhu. Setakat tu je lah cerita aku. Alhamdulillah sekarang takde pulak sekitar aku yang mengaku boleh tengok hantu. Nasib baik suami aku tak leh tengok hantu. Bukan, suami aku bukan boypren yang lepak kat ruang tamu tu. Haha bukan, aku bukan putuskan dia sebab dia boleh tengok hantu.. tapi dia jadi hantu DOTA .. HAHA. ok, Sekian.

– Strawberry Girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit