Haram Yang Dihalalkan

Assalamualaikum. Aku nak confess sesuatu yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang ini. Halal haram aci redah je sekarang ini.

Sesuatu perkara yang nampak kecil tetapi perlu diberikan perhatian agar tidak memudharatkan di kemudian hari.

Aku bukan ustaz atau ustazah. Yang aku nak confess ini cebisan perkara yang berlaku di sekeliling aku.

Mungkin dengan coretan aku yang tak seberapa ini, kita boleh sama-sama belajar baik dan buruk sesuatu perkara itu. InsyaAllah.

Pernah tak dengar orang cakap, dia seorang yang anti dengan barang timbang kilo, barang merosakkan dan membahayakan kesihatan dan tidak menyokong produk-produk tersebut di pasaran?

Anti dan tidak akan guna pakai produk-produk tersebut.

Awak memang anti dan tidak pakai produk-produk tersebut tetapi awak buat sedekah jariah dengan pembelian produk tersebut.

Barang yang awak beli, awak minta seller jadikan giveaway. Bagi secara percuma kepada followers. Berbahagi rezeki.

Kononnya yang menjual barangan tersebut saudara-mara awak takpun saudara seislam awak. Atas dasar kasihan, awak hendak membantu.

Sedar tak sedar, awak membantu meningkatkan jualan barangan yang awak anti selama ini.

Dalam tak sedar juga, awak menjadi punca bertambahnya manusia yang menggunakan produk tersebut melalui giveaway sedekah jariah yang awak buat tadi.

Konsep sedekah jariah yang songsang seperti ini tidak habis disitu.

Founders barangan yang awak anti membuat tawaran membeli sambil beramal. Founders nak habiskan stocks, awak tolong licinkan stocks tersebut atas dasar hendak bersedekah dan beramal.

Itu belum lagi founders tersebut menaikkan harga barangan atas alasan untuk cover modal.

Tolonglah berhenti support sedekah sebegini. Melariskan jualan produk-produk yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Bersemangat awak melaungkan kata-kata anti dan tidak support barangan sebegitu, alih-alih dihujungnya awaklah yang menjadi penyumbang terbesar melalui konsep bersedekah sebegini.

Pernah tak kita dengar, orang yang berkata-kata, Aku hendak menjaga sumber pendapatan aku daripada benda-benda yang haram.

Awak tak mahu melabur duit gaji awak sebanyak RM17 untuk langgan platform yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia dan seangkatannya kononnya platform tersebut support LGBTQ,

Tetapi awak support illegal stream. Awak download movies dan drama dari channel dan link secara haram di Telegram.

Sedar tak sedar, awak menghalalkan sesuatu yang haram. Awak menjadi seorang pencuri dalam tak sedar.

Mungkin awak fikir apalah sangat setakat satu dua movie yang awak download. Keuntungan movie tersebut di pawagam sudah berjuta.

Awak silap kalau berfikiran sebegitu. Secara tak sedar, awak telah menindas hak-hak orang yang bikin movie atau drama tersebut. Hak-hak mereka untuk mendapatkan bayaran bonus dan royalti.

Royalti berapa sen lah sangat. Artis sudah kaya. Artis yang kaya disebabkan mereka mempunyai pelbagai sumber pendapatan. Habis, crew-crew disebalik tabir ini yang hanya mengharapkan bayaran royalti bagaimana pula?

Sedar tak sedar, disebabkan prinsip hidup awak yang kononnya hendak menjaga halal haram sumber pendapatan awak, awak menindas punca sumber pendapatan orang lain.

Itu baru drama dan movie. Belum lagi sentuh mengenai muzik. Sama juga konsep yang awak tegakkan.

Buat apalah support konsert penyanyi sedangkan boleh download link secara haram dan tonton secara tenang di rumah? Tak perlu bersesak-sesak di stadium dan membayar harga tiket yang mahal itu.

Apabila pemain industri dalam kesusahan, mereka meminta sumbangan orang ramai, ramai yang kecam dan hentam mereka. Mana pergi duit royalti, duit hasil bikin album dan sebagainya.

Apabila kutipan derma dilancarkan untuk pemain industri hiburan, berjuih mulut awak mengata. Baik aku sedekah dekat orang lain. Sedekah dekat mereka tidak memberi sebarang manfaat.

Sedekah kepada golongan industri hiburan yang memerlukan awak begitu berkira. Sedekah jariah menyokong jualan produk-produk yang tidak memberi manfaat kepada pengguna, awak support pula.

Renung dan fikirkanlah. Selagi awak terpedaya dengan konsep jualan sambil beramal yang dilakukan oleh founders produk-produk tersebut, selagi itulah produk-produk tersebut kekal megah di pasaran.

Renung dan fikirkanlah juga sumber pendapatan halal dan nyaris menjadi haram awak itu.

Jangan kerana prinsip hidup awak yang mencari sumber halal, awak terambil hak orang lain secara haram tanpa sedar.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *