Hijrah Itu Indah

Assalammualaikum..

Alhamdulillah kalau admin luluskan post aku ni, terima kasih banyak-banyak. Aku tulis ni sebab saja bosan.. aku tengok post pasai pi umrah/haji tu.. terus teringat kisah aku. Long story cut short, aku nak cerita tentang kisah hijrah aku yang membawa kepada aku dari ZERO to HEROin. Hahahaha..ya aku seorang perempuan juga seorang penuntut di salah sebuah UA dalam Malaysia. Aku gelarkan nama aku Humaira. Apa yang bakal aku ceritakan ni memang 100% kisah benar dan aku tak tokok tambah sikitpun. InshaaAllah. Sebab kalau aku tipu, aku tak dapat apa kecuali dosa yang berpanjangan sebab mungkin kisah ni akan ramai yang baca. Dan aku tak ada niat nak menunjuk atau sebagainya. Wallahi Tak! Hanya untuk perkongsian.

Aku bukan seorang yang berlatar belakangkan keluarga islamik. Aku hidup macam anak-anak perempuan yang lain. Jujur aku cakap, bukan nak bukak aib sendiri, aku dulu aurat memang out, aku tak jaga langsung, pakai tudung tapi tak sempurna aurat aku. Aku agak liar jugak sampai la ALLAH takdirkan aku jadi seorang pelajar asrama penuh. Hidayah Allah kan.. sapa yang sangka, aku ditemukan dengan seorang sahabat bernama Amy. Amy ni banyak bantu aku dalam proses nak berhijrah kejalan Allah. Alhamdulillah, selain Amy ni, kak aku jugak banyak mebantu aku untuk hijrah dengan beri aku hadiah Quran tafsir yang aku guna sehingga harini.

Pendekkan cerita, biasalah bila kita mula-mula berhijrah ni, prasangka buruk kat Allah ni melambung tinggi, nafsu hasutan syaitan lagi hebat dari sebelumnya. Aku sampai satu tahap aku persoalkan Allah.. Adakah Allah terima taubat aku? Kalau terima apa bukti Allah boleh bagi dekat Aku? Kalau betul Allah sayang aku, kenapa aku taubat tapi aku still rasa nak buat dosa? Persoalan ni yang aku tujukan kat Allah pada awal hijrah aku. Aku bukan tak redha, semua kena paham.. aku baru nak melangkah ke alam hijrah. Soalan-soalan yang aku persoalkan tu disebabkan aku risau dengan dosa aku yang lama. Aku takut Allah tak pandang aku langsung! Tak pandang taubat aku langsung! Itu yang aku takut dan mula menyoal Tuhan.

Tapi kekuasaan Allah ni, tadak siapa pun boleh duga kan? Satu hari Allah jawab segala soalan aku. Waktu ni aku baru lepas SPM dan tengah belajar kat Matrik. Selalu kalau musim haji, siaran TV akan tunjuk la para jemaah yang sedang mengerjakan umrah dan haji kan? Paling best part tawaf apabila semua jemaah melaungkan lafaz “ Labaikallahhummalabai!”.. bergetar jiwa kalau dengan seruan tu… Mak aku pun suka tengok.. kadang perasan jugak dia macam berair mata tengok siaran tu..So, aku yang tengah tengok ni terdetik,

“ya Allah.. bila la nak jadikan aku tetamu Engkau ya Allah..Kalau engkau terima taubat aku.. bawak la aku pi sana (mekah)”

Aku nangis malam tu.. aku solat pun air mata tetap turun.. memang aku harap sangat Allah jadikan aku tetamu pilihan Dia. Aku tak sedar tangisan aku tu sehingga menyebabkan aku terlena. Perkara yang aku takkan lupa adalah yang berlaku semasa aku lena tu..Tau apa jadi waktu aku lena tu?

Ya..

Dalam mimpi tu aku berada betul-betul depan Kaabah. Dengan pakaian ihram, bertelekung putih.. aku blurr mula-mula dalam mimpi tu.. aku cuma nampak sekumpulan manusia yang berihram dengan aku.. ada laki.. ada perempuan.. Dalam mimpi tu cuma ada aku dan kumpulan aku ja..tetiba aku dengar seorang lelaki jerit “TAWAF!!” suara laki ni sebijik macam Ust Abdullah Khairi.. hahahaha.. ni serius… ahahaha.. Aku yang blurr ni pandang kiri kanan sebab tak tau nak buat benda.. tetiba tangan aku ditarik oleh seorang perempuan yang dalam keadaan dia membelakangi aku. (Tak pasti hampa boleh bayang ka tak). Kiranya.. tangan dia tarik aku.. tapi dia pandang depan… aku tak kenai perempuan tu..

Ya sahabat.. aku tawaf dengan gembira.. aku laungkan seruan tawaf tu sekuat hati.. GEMBIRA! Wallahi GEMBIRA! Walau dalam mimpi aku GEMBIRA. Tengah cerita ni pun aku masih GEMBIRA. Aku masih dapat rasa suasana aku dalam mimpi tu. TIba satu saat, dalam mimpitu juga.. aku dibenarkan mencium hajarul Aswad. Batu hitam yang terletak di satu sudut kaabah. Sebelum aku dapat cium hajarul Aswad tu, aku terkinja-kinja seakan-akan batu tu letak tinggi dari aku. Saat tu, perempuan yang sama angkat aku dan Batu Hajarul Aswad betul-betul depan mata aku.

Sejuk.. Berair ja aku rasa batu tu.. macam ada embun-embun kat Batu Hajarul Aswad tersebut.Waktu bibir aku sentuh ja hajarul aswad, tau apa perasaan aku?

Aku rasa satu perasaan BEBAS dari segala masalah. Aku rasa aku dah bebas dari segala-gala benda yang aku soal Allah selama ni. Serius.. Aku rasa tu la saat aku paling bahagia sekali.. Aku rasa Allah dekat dengan aku.. Aku rasa Allah nak aku bahagia.. Tu perasaan aku bilamana bibir aku menyentuh HAJARUL ASWAD. Then.. sampai saat kami dibawa untuk saie.. di akhir saie tersebut.. aku nampak mak aku baca quran depan kabaah. Aku lari-lari untuk sampai kat mak aku.. Aku pelok dia.. Aku jerit

“Mak!! Kak dah HAJI!!” aku cium dia aku peluk mak aku.. Tapi dalam mimpi tu mak senyum ja.. tak cakap.. then aku terjaga dari tidur aku. Mimpi tu berlaku macam dalam waktu yang singkat aku buat semua benda tu. Aku rasa masa tu panjang. Cuma mimpikan.. kita akan rasa kita skip banyak benda. Tapi yang paling best, even mimpi ni dah dekat 2 tahun lebih, aku still ingat.. and bila aku cerita kat kawan rapat aku, aku still rasa apa yang aku rasa kat dalam mimpi tu.. aku boleh rasa lagi sejuknya bibir aku waktu cium hajarul aswad tu. Wallahi.

Aku tak kisah kalau nak percaya atau tak. Tapi lepas mimpi tu, aku ada cerita kat salah seorang ustaz aku, dia cakap Moga mimpi tu memberi petunjuk bahawa aku bakal jadi tetamu Allah suatu hari nanti. AMIN YA RABB.. AMIN.

Satu lagi.. aku harap sangat bagi golongan remaja yang masih berada di zon selesa, sila buka mata buka hati buka minda, kembali kepada Allah. Mulakan langkah hijrah dengan penuh mantap sebab HIJRAH ITU INDAH. Mana tau rezeki hampa untuk dapat mimpi yang sama atau jauh lebih baik dari aku. Aku harap sangat kepada sesiapa yang dah berhijrah, kuatkan semangat.. yakinlah yang Allah itu tetap ada. Kepada yang baru rasa nak berubah, jangan takut dengan hijrah, sebab Allah bersedia berikan kebaikkan kepada anda. Bersangka baik dengan Allah. Moga Allah bersama-sama kita. Amin.

Last dari aku “Selangkah kita mengejar Allah, Allah seakan-akan berlari mengejar kita”.

Wallahu a’lam.

– Humaira’

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit