Internship

Setelah membaca bebenang oleh salah seorang pelajar latihan industri yang telah menjalani praktikal di sebuah syarikat yang ternama, aku pun nak jugak bagi ‘bebenang’ kepada pelajar praktikal. Memandangkan aku tak ada akaun Twitter, so aku bagi bebenang aku kat sini.

Aku faham apa yang dia lalui. Aku pun pernah lalui zaman praktikal. Tapi agak menguciwakan apabila ramai pelajar praktikal yang ambil mudah dengan latihan industri mereka. “Ala, internship je pun.” Tahukah anda, latihan industri juga merupakan salah satu batu loncatan yang paling terbesar untuk kerjaya masa depan anda?

Meh aku bagi dulu definisi Internship. “An internship is a period of work experience offered by an organisation for a limited period of time.” (Sumber: Wikipedia).

Kalau malas sangat nak cerna dalam Bahasa Inggeris, aku terangkan dalam Bahasa Melayu. Latihan Industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar untuk diberikan pendedahan awal kepada mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Kalau still tak faham, abaikan je ‘bebenang’ ni.

So, apa yang perlu korang persiapkan sebelum praktikal?

1) Persediaan mental

2) Persediaan kemahiran bekerja

3) Persediaan kemahiran insaniah

Aku letak persediaan mental di tempat yang pertama sebab percayalah, korang akan rasa ‘mental’ dulu bila start praktikal. Semuanya baru. Selama bertahun-tahun asyik belajar teori kan. Tiba-tiba kena praktikkan segala teori dengan level kefahaman yang tenggelam timbul waktu belajar dulu.

Jangan fikir bila intern, kita duduk di pejabat, suasananya aman-damai memanjang. Main taip-taip keyboard komputer sambil kilatkan kuku. Pastu bancuh kopi kat pantri. Bila rasa nak kerja, kerja. Rasa bosan, call bf/gf. Dik, tempat kerja ni macam satu tempat peperangan tau, bukan tempat untuk ternak lemak. Especially bila intern di syarikat swasta yang terkemuka. Mental kena kuat.

Mentaliti nak jalani internship untuk dapatkan markah dan elaun sahaja perlu dijauhi. Sebaliknya, pasanglah niat, ini first step yang perlu kita lalui untuk memasuki alam pekerjaan.

Kedua, kemahiran bekerja sangat diperlukan. Sebab apa? Sebab semasa kita praktikal, majikan juga sedang membuat penilaian terhadap cara kita bekerja. Selagi rasa mampu untuk buat sesuatu pekerjaan yang diminta oleh majikan, say yes! Elakkan perkataan “Saya tak tahu”, “Saya tak pandai”. Kita kan ada akal untuk berfikir. Sekarang semuanya di hujung jari, boleh search je apa yang kita kurang tahu. Kalau betul-betul tak tahu, jawapan paling selamat, “Saya kurang pandai untuk tugasan ini, tapi saya boleh cuba.”

Jangan merungut kenapa perlu lakukan pekerjaan di luar bidang. Aku pernah trained student intern. Dah belajar dalam bidang dah pun. Praktikal pun kena buat kerja berkaitan dengan bidang. Aku tak pernah suruh bancuh kopi ke, cuci jamban ke, tapi masih bermalasan dan beralasan.

Luar atau dalam bidang bukan persoalan. Apa yang penting usaha. Kalau nak berjaya, perlu mula dari bawah. Kalau kita expect nak terus berada di atas, percayalah majikan yang korang rasa hanat sebab suruh bekerja di luar bidang, tak mustahil korang lagi hanat suatu hari nanti. Sebabnya tak pernah dan tak nak mendalami kesusahan bekerja sebagai kelas bawahan. Btw, aku pun golongan pelajar praktikal yang bekerja di luar bidang. Pernah jugak kena maki kat public dengan staff, tapi chill k. Itu semua menjadikan kita lebih kuat.

Ketiga, kemahiran insaniah atau soft skills. Kenapa perlunya ada kemahiran ini? Sebab ianya berkait dengan etika dan attitude kita. Kalau kita buka perniagaan sendiri pun, masih memerlukan kemahiran insaniah untuk menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Percayalah, bila kita berkelakuan baik, semua orang akan senang dengan kita. Tapi kalau still orang tak senang dengan kita, itu tandanya kita jauh lebih baik daripada dia. Biasalah, orang kita ni level ‘PhD’ (perasaan hasad dengki) boleh tahan.

Pernah ada seorang pelajar praktikal berbangsa India tanya aku, “Kak, orang Melayu memang selalunya kentut kuat ye?” Terbeliak mata aku dengar soalan dia. Dia bagitahu aku yang sekumpulan pelajar perempuan yang juga intern di situ pernah ‘buang angin’ tanpa rasa segan-silu depan dia. Jawapan epic pelajar-pelajar intern perempuan ni tadi, “Rileks lah, biasa jelah macam ni..” Jangan pandang remeh dengan ‘habit’ korang yang tak semenggah.

Apa yang perlu dipraktikkan adalah ilmu dan pengetahuan kita semasa belajar, bukan tabiat buruk yang kita selalu buat waktu belajar.

Sekiranya ada permasalahan seperti masalah kesihatan, kewangan atau tempat tinggal yang jauh, maklumkan kepada majikan atau bahagian HR syarikat supaya tidak timbul isu di kemudian hari.

Majikan tak ada ilmu hipnotis untuk baca fikiran kita. Jadi, kita yang perlu bertindak. Apa jua permasalahan, bersemuka atau hubungi majikan untuk selesaikan. Kalau segan atau buntu, kita boleh tanya pendapat supervisor industri atau supervisor universiti/kolej kita. Elakkan daripada mengadu masalah kepada staff ‘bawang’ kalau rasa tak nak menangis di penghujung praktikal.

Selain membawa imej diri, kita jugak sedang membawa imej universiti/kolej dan juga imej keluarga. Kesian, nanti adik-adik junior kita tak boleh praktikal di syarikat tersebut disebabkan masalah kita.

Sekiranya syarikat tersebut benar-benar melakukan kezaliman, maka buatlah laporan kepada pihak yang berkuasa, bukan laporan di muka buku. Kita juga ada hak dan kita juga ada undang-undang kan?

Good luck untuk semua student praktikal. Semoga segalanya dipermudahkan. Trust me, pengalaman akan mendewasakan kita. Kalau benda yang sama berulang, itu tandanya kita tidak belajar dari kesilapan.

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit