Jangan Jadi Macam Mak Bapak Aku

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih aku ucapkan pada admin, kalau sudi publish luahan aku ni.

Aku harap cerita aku ni dapat beri pengajaran pada bakal parents/parents muda.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku anak kedua dari 4. Atas aku abg, bawah aku adik laki. Selang bunga bak kata orang tua-tua.

Beza aku dgn abg sulung ni hanya 10 bulan. Beza dgn adik bawah aku ni 2 tahun. Yg bongsu tu 10 tahun.

Mak bapak aku anak sulung. So abg aku ni mmg anak kesygan & cucu kesygan semua org. Nak pendek cita, lahirnya aku kat dunia ni. Takde sapa kisah pon.

Dari kecik sampai besar, mmg dimanjakan habis abg aku & adik lelaki aku ni. Kerja rumah tak pernah buat. Aku ni la dari sekolah rendah kena buat kerja rumah. Mak aku cakap, perempuan kena rajin buat kerja rumah. Aku buat bukan sebab aku rasa tu kerja org perempuan, tapi sebab aku nak tolong mak aku & aku semak tgk barang sepah-sepah. Mak aku pesan jugak. Perempuan kena pandai belajar. Baru senang nak kahwin. Aku belajar sebab nak pandai, bukan senang nak kahwin.

Tapi.

Mak aku lupa nak pesan benda yang sama dekat abg & adik aku. So, abg & adik lelaki aku skrg mcm biawak hidup. Tahun ni depa dah masing-masing 30 & 27 tahun dah. Masih tak bekerja. Dan tak jejak kaki kat menara gading pon. Total opposite dgn semua “pesan-pesan” mak aku bg kat aku.

Meh. Aku cita dari awal. Dari aku kecik. Kalau ada yang nak mengata aku dengki, mohon habis baca dulu, hadamkan baru judge. Kalau masih rasa aku dengki. Silakan.

Dari kecik, abg aku manjang dpt apa dia nak. Kalau aku nak benda yg sama. Aku kena marah. Dengan alasan, abg lagi tua. Kena bagi dia menang. Sama mcm kalau adik laki aku ambil brg dari aku. Kalau aku ambil balik, aku kena marah. Sbb aku dah besar. Kena mengalah dgn budak kecik. K. Fine. *Dilema anak tengah*

Masuk sekolah. Kami bertiga sama sekolah. Abg & adik laki aku selalu buat hal. Abg aku suka ponteng sekolah. Adik aku plak biadap dgn cikgu. Aku rasa depa perangai gini sbb kat rumah, tak pernah kena tegur. Manjang je dpt apa depa nak.

Bila sampai masa parents kena ambil report card, mak bapak aku mmg pening kepala dgn abg & adik aku. Literally sakit kepala. Kena makan ubat darah tinggi. Yang jadi mangsa skrg ni, aku. Mak bapak aku tak pernah amek report card aku. Sbb depa kena balik sbb depa dah sakit kepala. Sampai cikgu aku kena call mak bapak aku.

Nak pendekkan cita, aku ni pelajar cemerlang. Tiap-tiap tahun no. 1 & sentiasa top 10 bg setiap tahun/tingkatan aku.

Tapi.

Mak bapak aku tak pernah hirau. Tak amek report card aku pon.

Sampai, cikgu aku menangis. Sbb dia tahu, aku ni anak terabai walaupon aku takde buat masalah.

Aku pass surat yg sekolah bg kat makbapak aku, nak kena naik pentas hujung tahun amek sijil. Depa tak pernah mai pon. So tiap-tiap tahun pon, aku tak amek sijil. Sampai ramai sgt cikgu simpati dgn aku.

Masa UPSR. Aku dpt straight A’s. Aku bgtau makbapak aku. Depa reply OK je. OK je. So, aku pon OK je la. Kawan-kawan aku, paling-paling pon dpt makan KFC. (Family aku bukan orang susah, makbapak aku kerja gaji tinggi).

Moving on.

Masuk sekolah menengah. Still benda sama. Aku cemerlang. Takde sapa kesah. Cikgu kaunseling panggil aku, sbb dia risau kat aku. Aku rasa aku dah takde perasaan dah. Aku cuma nak habis belajar. Masuk Uni. Blah dari rumah je. Cikgu kaunseling call makbapak aku, depa buat taktau je. Tp bila cikgu disiplin call makbapak aku pasal abg & adik aku buat hal, depa mai plak. Whatever.

Aku pernah sebulan je tusyen. Tu pon home tuition. RM100 sejam. Dgn abg aku. Sbb dia nak PMR. Cikgu tusyen tu ckp, beza jauh sgt aku & abg aku. Dari segi akademik & perangai. Pendekkan cerita, abang aku marah aku sebab aku suka buat-buat pandai. Buat dia nampak bodoh sgt. K. Fine. Aku quit tuition. Sampai habis sekolah. Alhamdulillah straight As for PMR & SPM.

Kenapa aku tak masuk asrama? Aku dpt peluang masuk KYSM. Tapi, mak aku tak kasi. Sbb kena tolong dia buat kerja rumah. Aku hanyalah orang gaji kat rumah tu. K.

Aku sambung UIA, sbb aku rasa nak sambung UIA. Walaupun dpt peluang p oversea, mak aku cakap, tak payah belajar jauh-jauh. Nanti masuk dapur jugak. Hurmmmmmmmm. K.

Pendekkan lagi, aku grad dari KoE UIA dgn 1st class. Makbapak aku tak dtg pon konvo. Haha. Adik bongsu aku je mai. Aku drive kereta sendiri pergi konvo. Lepas kuar dari CAC, aku terus balik dgn adik aku. Sentap sikit la, makbapak aku takde. Makbapak org lain beriya peluk nangis bagai. Haha. K. Sedih.

Aku kerja la kejap sebagai engineer kat satu GLC company ni. Pastu, sambung master. Sbb aku bosan. Aku GOT (graduate on time) master, konvo, still adik bongsu aku jugak yang teman. Makbapak aku tak dtg. Aku kalau ikutkan hati, takmo p konvo. Tp adik bongsu aku beriya, kesian kat aku.

Lepas grad master. Kerja kejap as engineer kat tempat lain. Pastu sambung phd. Phd pon GOT. Mcm biasa makbapak aku tak mai. Masa nak konvo phd ni, aku tak bgtau pon family aku. Sbb aku malas. Dorg bukan nak dtg pon. Adik bongsu pon aku malas nak bgtau. Kesian kat dia, kena dtg dari Johor utk ke KL semata nak tgk aku konvo. Adik aku study kat uitm segamat masa tu.

:)

Masa aku kerja lepas dpt phd. Jodoh dtg. Aku bgtau kat makbapak aku. Aku nak kahwin. Bapak aku cepat2 uruskan perkahwinan aku. Hantaran pon tak menyusahkan pihak lelaki. Benda semua aku settlekan sendiri, macam hantaran, goodies, catering, pelamin, baju kahwin. Ala kadar je, sbb aku pon tak byk duit. Alhamdulillah, semua senang sgt. Tak de kena tipu. Aku berjaya siapkan semua tu, 2 bulan before kahwin. Aku duduk area KL tau. Aku bersyukur sgt Allah swt permudahkan.

Ayah aku jadi wali. Lepas je akad nikah. Ayah aku menangis teresak-esak. Minta maaf dgn aku, sbb dulu dia duk abaikan aku. Sejujurnya, aku tak kisah pon. Sbbnya, dari kecik, aku tak pernah kisah pon dapat unfair treatments. Sebab aku dari dulu anggap abg & adik lelaki tu sakit mental. Sbb tu depa dpt special care.

Mak aku? Still layan aku mcm org gaji. Cumanya sbb aku dah kahwin, dia tak berani nak mengarah-arah aku bila suami aku ada kat sebelah. Kadang-kadang sanggup mai rumah aku, semata nak suruh aku balik rumah, utk kemas rumah bila nak raya atau bila ada tetamu nak dtg. Tapi, takpe mak. Aku tak kesah, sbb mak aku penat bertarung nyawa nak beranakkan aku.

Moving on to abg & adik laki aku skrg ni. Aku cita sikit je la. Sbb aku dah penat menaip.

Abg aku kahwin lari dgn gf (girlfriend) dia. Mak aku tak approve gf dia sbb tua dari abg aku 15 tahun, muka masam macam cuka. Dan, abg aku tak kerja. Duk melepak kat rumah & isteri dia cari duit. Mujur isteri dia pandai cari duit. Kalau tak, mesti azab makbapak aku nak kena bela lakibini ni.

Adik laki aku. Kerja bukan2. Kejap bukak stall kat uptown, pastu gaduh dgn org. Tutup stall. Pastu kerja dgn kawan dia. Pastu tak puas hati, benti. Skrg kerja dgn bapak aku, bapak aku ckp adik aku ni hilangkan duit. Aduhai. Sakit kepala aku. Sbb merajuk dgn bapak aku, walaupon umur dah nak masuk 30, skrg dia tak kerja dah. Jadilah biawak hidup kat rumah tu. Hurm.

So, korang dah baca kan karangan kat atas ni?

Aku harap korang jangan yang ada jadi mcm makbapak aku. Anak anak ni, tak kira la laki ke perempuan ke, amanah pada kita sebagai makbapak.

Aku bertuah sbb aku tak pernah rasa miskin, sbb makbapak aku ada duit. Hidup aku malang, sbb aku tak pernah rasa kasih sayang. Dari kecik sampai abes phd. Aku tak pernah ada kawan baik yg aku aku rasa boleh luahkan apa-apa. Sbb aku dah biasa diabaikan, sampailah aku jumpa suami aku. Lepas kahwin, baru aku cita semua benda kat suami aku, sbb dia perasan kenapa aku awkward sangat dengan family aku. *Menangis suami aku weiii*

Ok. Sambung balik.

Amanah untuk jaga anak-anak ni, bukan setakat bagi makan minum je tau. Kena bagi pendidikan, pakaian, ilmu agama, kasih sayang yang cukup, kena ajar apa yang betul, apa yang salah. Break the norm, kerja rumah bukan untuk perempuan sahaja. Mujur aku jadi mcm aku skrg, kalau dulu aku divert jadi bohsia, macam mana? *Moga dijauhkan*

Mohon korang suma layan anak korang semua sama rata. Tak kesah la anak sulung ke, anak tengah ke, anak bongsu ke. Anak-anak korg takde minta kena lahir pon. Jadi, kena layan semua dengan sama rata. Korang kena jaga amanah yg Allah swt bagi ni. Anak-anak kita ni yang akan doakan kita, bila kita dah mati nanti. Ihsan dari anak-anak ni nanti yang kita perlukan, bila kita dah tua kerepot nanti.

Pada biawak-biawak hidup yang dah biasa hidup senang, berubah lah. Makbapak korg bukan hidup selama-lamanya. Duit tu kalau belanja, habis jugak satu hari nanti. Pandai-pandailah perbaiki kualiti baki hidup yang masih ada ni, dgn berjasa balik dgn makbapak & kembali pd Allah.

Sekian.
Maaf kalau terlalu panjang & terkasar bahasa.

Assalamualaikum wbt.

– Sis sabar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit