Lama-lama Aku Gila

Assalamualaikum pembaca IIUMC. Terima kasih admin sekiranya menyiarkan cerita aku.

Pertama sekali, nama aku Zee. Berusia 28 tahun sudah 4 tahun berkahwin tapi belum mempunyai anak.

Aku adalah wanita yang berpendapatan tetap dan kami suami isteri adalah salah seorang frontliner yang baru sahaja nak menghembus nafas lega.

Ya aku belum bercuti dari awal tahun hari tu dan doakan cuti aku minggu ni lulus ye. Aamin..

Kisah yang aku nak kongsikan ialah berkaitan keluarga mertua. Maaf aku bukan nak menceritakan aib sesiapa. Aku sekadar ingin bercerita untuk melegakan perasaan sendiri.

Masa sebelum kita diperintahkan untuk mengawal pergerakan (PKP) keluarga mertua aku ada datang melawat kami di rumah.

Nak dijadikan cerita, masa diperintahkan untuk PKP dan bagi aku itu adalah fasa kemuncak dimana sekolah diarahkan tutup sampaikan banyak sektor swasta diarahkan tutup.

Nak dijadikan cerita, keluarga mertua aku stuck di rumah aku. Masa ni arahan dilarang merentas negeri dikuatkuasakan. Dan aku suami isteri pun terlibat sekali.

Aku hampir gila untuk 3 bulan pertama. Kami terpaksa bekerja melebihi 16jam sehari dan kadang kala tidur pun curi curi. Bila aku balik rumah, rumah aku macam tongkang pecah.

Kau tau apa jadi? Mak mertua aku LANGSUNG tak kemas rumah ataupun menyapu.

Kalau difikirkan logik rumah tu cuma ibu dan ayah mertua tinggal berdua semasa kami bertugas. Tapi bila tengok keadaan tu, macam ada 10 orang dalam rumah.

Aku tak cerewet dan aku bukanlah terlalu nak semuanya perfect. Aku still boleh pejam mata setakat 2 3 helai rambut atas lantai.

Tapi kalau sampai lantai pun melekit dan bersepah sisa makan. Sumpah aku rasa macam aku duduk dalam tapak pembuangan sampah.

Sampah dibiarkan berhari2 (kadang kadang kami tak balik rumah) dan sampah sampai berlalat dan berulat.

Sinki tersumbat dengan sisa makan yang tak dikutip. Dapur la aku rasa tempat yang paling jijik untuk aku tengok.

Aku still tak mampu hadam dalam kepala otak macam mana dia tergamak memotong makanan contoh macam buah. Potong atas lantai tanpa pakai papan pemotong. Seriously?

Lepas dah potong memotong tu ditinggalkan macam tu je.

Dan aku terpaksa guna sisa masa rehat aku untuk clearkan semua. Sebab aku tak sanggup tidur dalam bilik dengan keadaan rumah berlalat macam tu.

3 bulan pertama memang aku diam even mental aku dah sangat sangat koyak.

Masuk bukan ke 4 aku suarakan benda ni pada husband aku dan aku rasa sangat sia sia sebab dia langsung tak membantu. Dia balik terus tidur sebab penat on call. Habistu aku?

Aku melalui benda yang sama dengan apa yang dia lalui sebab kami berada di unit yang sama.

Masa tu aku doa hari hari cepatlah habis ni semua. Mental aku dah koyak r4b4k dengan pressure kerja dan pressure di rumah sendiri.

Daripada aku ikhlas untuk tinggal dengan diorang terus jadi tak ikhlas asyik menyumpah.

Untuk pengetahuan, aku kena masak siap siap dan masukkan dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Sebab dia tak nak masak. Dia cuma nak panaskan dalam microwave je.

Kalau aku tak sediakan makanan, selang sejam dia akan telefon bila nak balik. Akan balik pukul berapa dia lapar. Dia tak nyanyuk lagi ye. Umur baru 60an.

Kalau dah selang sejam telefon, kau rasa aku mampu fokus buat kerja?

Kadang kadang aku terpaksa off handphone sebab aku malas nak melayan notification notification seolah olah aku tak pandai jaga mertua. Nak je aku cilikan mulut dia yang suka mengadu tu.

Bulan ni dah masuk 6 bulan dia duduk dengan kami. Walaupun dah dibenarkan rentas negeri tapi dia still tak nak balik rumah dia.

Mungkin dia terlalu selesa sebab dari A sampai Z diuruskan semua oleh aku.

Aku bukan nak berkira. Aku stress dan penat. Aku nak berehat tanpa gangguan. Tanpa perlu memikirkan sesiapa. Tolong aku :(

– Zee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *