Pengalaman Sunat Bayi

Tujuan confession ini adalah untuk peringatan pada saya supaya berhati2 membuat pilihan & juga panduan ibu2 lain. Niat untuk menkhatan Nain sudah ada sejak mengandung lagi kerana Dadanya sudah sunat sejak bayi. Awalnya saya kurang setuju.Namun setelah baca beberapa blog, hati saya mula terbuka. Ketika itu Nain berumur 2 bulan satu minggu.

Akhirnya, kami ke Klinik A*** pada 13/8/16. Saya telah membuat temujanji hari sebelumnya. Memang berdebar2 tapi saya cekalkan hati sebab apa saya baca bayi tidak sakit kalau bersunat awal2. Nama Nain dipanggil, dan Nain diarahkan untuk letak di katil pemeriksaan. Saya pegang tangan Nain. Nurse pegang kakinya. Saya kuatkan hati saya. Nain mulai menangis ketika doktor suntik ubat bius di sekeliling bebird. & setau saja harus tunggu sekejap sampai ubat biusnya berfungsi tapi doktor sudah mulai potong. Nain meraung, tapi menurut doktor dia mungkin tak suka kita pegang2 kuat dia. Saat ini, saya mulai hiba.

Nain diam setelah beberapa minit sunat siap. Kami pun kembali ke kereta untuk balik ke rumah Mak saya. Dalam perjalanan, Nain mulai meraung2 lagi. Saya kelam kabut ambil ubat syrp PCM dan beri padanya. Namun dia tidak berhenti menangis. Saya panik. Dia memang betul2 kesakitan. Tak boleh sentuh bebird dia sedikitpun. Dia menangis hentak2 kakinya. Sampai terbatuk2. Ya Allah. Bagaimana ini?

Setibanya di rumah, Nain masih menangis. Mak pun menangis melihat Nain kesakitan. Dan lalu memarahi saya & dia tidak mahu menjaganya kerana dia sendiri pun tidak bersetuju untuk sunat waktu bayi. Akhirnya, saya & Suami bergegas ke klinik pakar kanak2 terdekat. Hanya Allah yang tahu bagaimana hati saya. Nain ketika itu melihat wajah saya.. seolah2 meminta tolong.. “Mama.. Mama… Nain sakit” waktu itu saya sangat menyesal. Salahkan tindakan saya? Adakah saya ibu yang zalim? Saya tidak sanggup melihat dia menangis. Saya keliru. Saya tahu sunat ini adalah perintah Allah. Tolonglah Ya Allah biarlah saya sahaja yang menangung kesakitannya.

Klinik Pakar Dr. S****l memang ramai, tapi Suami memohon ke kaunter untuk dahulukan kami. Akhirnya, doktor beri ubat tahan sakit yang lebih kuat. Alhamdulillah Nain mulai diam. Kami pulang dengan hati agak lega. Doktor beritahu kalau selepas 6 jam bagi Pcm dulu.. kalau menangis jugak bagi Ibuprofen (ubat tahan sakit yabg baru). Tetapi bila sudah 6 jam dia menangis2, jadi saya putuskan untuk beri setiap 6 jam.

Sepanjang malam, saya dan suami menjaganya. Kami biarkan pampers terbuka. Biarlah dia kencing & berak di lapik itu. Kami selalu memeriksa bebirdnya. Keesokkan harinya, saya & suami ke Klinik A*** lagi kerana bimbang krn bebird Nain ada sedikit bengkak. Doktor lain yang memeriksanya, kata bebird Nain okay cuma kena tuam dengan ais dibalut kain spy bengkaknya surut. Setelah ke Klinik, saya ke rumah mertua saya. Alhamdulillah Ibu & ayah mertua memang menyokong sunat ketika bayi. Mereka pun gembira jumpa Nain. Nain kalau tidak sakit, dia tersenyum2 & ketawa sembang dengan Dada dia. Saya pula menumpang kasih dengan Ibu Mertua sebab Mak saya sendiri merajuk dengan saya. Huhu.

Kali terakhir Nain merasa sakit adalah hari ke3 pukul 3am. Last dose ubat saya bagi pukul 10am. Nain akan tertidur setiap kali selepas bagi ubat. Ye lah, waktu bagi ubat.. saya kena struggle dengan dia. Dia tak suka ubat. Menangis2. Memang tak sampai hati. Ketika pukul 4pm, Nain masih tidur lena sampai lah malam.. saya pun tidak bagi ubat. Alhamdulillah! Terima kasih Allah! Syukur! Saya tak berhenti baca doa. & menangisssss…

Mama sorry Nain..
Mungkin ada hikmahnya..
1. Supaya Mama tidak buat keputusan tergopoh2 lagi
2. Suami setia menjaga Nain dua hari. Akhirnya dia tahu bagaimana menjaga bayi.
3. Hubungan saya dengan mertua makin rapat.

p/s : sunat bayi memang boleh tapi buatlah sekurang2nya seawal 7 hari. Pendapat saya, Nain berkembang cepat, jadi deria sakit dia sudah complete waktu umur dua bulan. Mgkn sbb tu dia sakit tak mcm baby lain.

– Mama Berry

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit