Perangai Promoter di MAHA2016

Salam.. Just nak share 1 cerita.. Korang mesti pernah kena kan kalau ada promoter kosmetik tiba-tiba tarik tangan kita try produk dorang.. Cerita ni berlaku siang tadi.. Masa kat MAHA tu aku dan 3 lagi kawan stop kejap dekat tangga ni, sebab baca maps nak pergi KG Mok Cun (haha) Pastu, tetiba ada akak ni datang kat kitorang, dia cakap ngan kawan aku ni.. “Sorry eh, kalau pegang tangan” pastu kitorang pun ikut la dorang ni masuk bawah khemah kiosk dorang ni. Dia pun tenyeh2 la krim apa tu kat tangan kawan aku ni.. Pastu dia cerita apa-apa pasal produk tu. Aku tak amik port sangat, sebab tak minat dengan cara tu.. sebabnya sebelum ni aku pernah terkena, kena tarik camtu, masa tu baru habis shopping kat hypermarket. Aku nak balik dah masa tu, tapi dia kata kejap je . Aku pun layan je la mak cik ni. Pastu dia terus sapu krim tu kat muka aku.. Aduh,, takda warning dulu.. Pastu entah macamana dia pujuk2 aku terpaksa beli.. Rm55 untuk 3 botol krim tu. pastu free 1.. Bila balik rumah tu baru aku rasa menyesal, apa ke bodohnya aku gi beli benda alah ni. Aku tak tahu kenapa, rasa macam kena pukau pun ada . Tapi sebab aku rasa kesian kot, dia dah macam put effort lebih nak promote kat aku.. Haha..

Eh.,, sambung cerita pasal kawan aku kat Maha tadi.. Lepas promoter tu bebel2… Dia macam paksa kawan aku ni beli.. Terus hulur kotak produk tu “Nah, amiklah Rm55 (tak ingat la berapa)” Pastu kawan aku cakap tak nak.. Akak tj cakap lagi, ala amik lah.. 55 je.. Pastu kawan aku balas, “Ala kak, kitorang ni nal gi cari makanan,, nak pun takda duit’ Pastu, ko tau, akak tadi tu buat muka, hempas kotak tu balik atas meja display. .Seb baik dia tak buat kat aku.. Kalau tak aku lagi angin,, dah lah memaksa,, kasar pulak.. Tu aku tak paham dengan spesis camni..

Pesanan kat akak-akak promoter, dah orang tak nak tu dah lah.. Nasib lah customer kau buat camtu budak-budak lembut, senyum jelah.. kalau kena kat pempuan ke laki baran naya je…Ingatlah sikit, kitorang yang student ni banyak lagi duit nak guna, kalau setakat produk hilangkan daki la.. Bandingkan tangan yang ada krim dengam sebelah tak letak apa-apa nampak lagi cerah,, ingat testimoni berjaya ke.. T.T

– lelaki jelita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit