Terkadang Aku Rapuh

Assalamualaikum,
Nama aku Husna (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun. Aku merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 3 adik beradik. Dalam keluarga, cuma aku yg solat tidak bagi kedua org tua ku dan adik-beradik ku. Jujur aku pernah terfikir penat untuk hidup, aku tidak kuat dengan ujian yang menimpa diriku terus menerus. Sampai aku tertanya bila semua ini berakhir Ya Allah, sungguh aku penat.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang banyak kekurangan. Aku mulakan dengan bapa aku. Bapa aku tidak bekerja dan hanya stay di rumah. Dulu dia kerja tapi atas masalah yg dihadapi di tmpt kerja dia berhenti dan tidak bekerja bertahun-tahun lamanya atas faktor ssh nak mendapatkan pekerjaan kerana umurnya tidak sesuai. Masanya dihabiskan dengan main game di hp 24 jam yg kadang buat aku stress. Aku susah nak sapu rumah dan kemas rumah pasti kejap akan kotor oleh habuk rokok dan gelas-gelasnya yg kotor . Bapa aku terkadang 2 atau 3 hari baru mandi. Dengan tidak berus gigi. Aku sedih lihat sikap nya yg pengotor. Aku lihat mcm mana mak aku terkadang geli tgk ayah aku yg pengotor. Aku melihat gagalnya bapa aku menjadi ketua keluarga yg baik di mana ibu ku sendiri tidak hormat kepadanya, tidak menjadi contoh yg baik utk anak-anaknya. Aku cuma berharap dia mampu menjadi imam untuk anak dan isterinya.

Mak aku seorang peniaga. Mak aku terlalu sibuk mencari duit sampai keluarga bukan lah keutamaan menjelangnya hari raya. Aku sangat sedih tiap kali menjelang hari raya semua nya tidak bermakna bagi keluarga kami. Mak aku tetap berniaga walaupun pada hari raya pertama dan berterusan sampai raya ke5 . Bagi nya sangat-sangat rugi jika tidak dapat duit. Bapa aku malu utk berkunjung ke rumah keluarga yg lain disebabkan mak aku setiap tahun tidak pernah menziarahi keluarga bapa ku bahkan keluarganya sendiri. Pasti akan menjadi pertanyaan saudara mara yg lain mana mak aku jika hanya melihat bapa aku shj yg dtg beraya. Berapa tahun kami tidak menziarahi saudara mara ketika hari raya. Dan paling menyakitkan bila kami menanti kedatangan saudara mara berkunjung ke rumah kami, tiada satu pun yg datang ke rumah kami. Kuih-muih, air botol yg di beli cuma dihabiskan oleh kami sekeluarga. Tapi mungkin semua ini disebabkan keluarga aku sendiri yg kurang bergaul dengan saudara-mara sendiri. Sedih bila melihat org lain post gmbr sekeluarga ketika raya, sedangkan aku tiap kali datangnya raya cuma brhrp ia berlalu dengan cpt.

Menjelang hari raya, cuma aku yg mengemas rumah buat semua nya. Lap tingkap, menyapu, cuci bekas-bekas kuih, kemas ruang tamu, cuci kain, smua aku buat sendiri, aku sedih. Bapa aku dengan main game nya 24 jam, mak aku dengan sibuk mengejar duit. Adik beradik aku lelaki jarang ada di rumah.

Jujur aku stress, aku tertekan dengan semua ini. Aku selalu menangis dalam sujud ku. Aku tak kuat dengan semua ini. Aku selalu berdoa supaya Allah buka kan pintu hati ahli keluarga ku agar diberi hidayah utk solat.

Tolong jangan kecam aku, aku bukan nak buka aib keluarga ku. Tapi aku perlukan nasihat dan doa dari kalian. Sunnguh aku benci dengan semua ini.

– Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *