Tiang Cengal Rumah Kayu

Aku anak bongsu dari 7 beradik. Sorg pompuan, akak aku. Smua dah kawen, kecuali aku. Parents dah meninggal. So, kehidupn aku lebih pada sendiri2.raya sendiri2. To be honest, i really missed my old memory…

Aku kerja di ibu kota, boleh d katakn agak stabil. Aku selalu hbiskn masa aku, sibukkan diri, sbb aku sebolehnya mahu melupakan nasib ku. Dulu, kami keluarga besar, family bonding yg kuat, sekarang…..

Ingat lagi aku, sewaktu kecil, mak aku berniaga di bazar Ramadan. Tugas aku beli barang, abg aku bakar kuih akok, ada yg tlg mesin kelapa, akak aku buat rojak. Sungguh, happy sesangat.

Bapak aku sorg yg kelakar. Suka wat lawak, cerita dia xpnah xbuat aku kering gusi. Dia suka mengajuk bahasa tamil bila dia acah2 jadi bomoh nk ubatkn luka aku. Kira jampi la. Hahaha.. Dulu, arwah bapak aku usha sedaya upaya utk cari durian, bila tibanya musim durian time bulan puasa. Sanggup pegi cari durian, nak bagi anak2 makan, dia? Cukup skdr tgk anak makan…

Mak aku org yg paling aku syg, di buatnya juadah sedap2 sbgai upah aku berpuasa. Boleh katakn menu stiap hari di tetapkn oleh aku. Bab makan aku ada kuasa veto beb. Haha

Abg aku yang sulong, cool and steady. Aku xda sngt memori masa kecik ngn dia, sbb beza umor kami jauh. Aku baru start nak ingat, dia dh smbung blajar kat uni. Bgi aku dia sorg yg ada lucu n kelakar. Sma mcm karakter bapak aku.

Abg aku no dua kaler metallic (if you know what i mean ??) dia suka bawak aku jenjalan naik basikal. Bawak pi mancing bagai. Bnda2 berat biasa dia yang buat. Aku kecik lg, so, aku tukang tengok.

Kakak aku plak suks niaga, dari kecik tolong mak niaga. Duit dia yg pling bnyak. Smpai skrg pn dia msih niaga. Kecik2 dlu dia tuksng isi borang, sbb tulisan cantik n smua nama n ic surat beranak adik beradik dia ingat.

Abg aku no tiga lembut n tegas. Dia suka masak, sbb suka tlg mak kat dapur. N dia paling cerewet. Bnda simple pn dia memilih, kalau boleh smua bnda nk perfect.

Abg aku yang ke empat pling pendiam n suka menyendiri. Tpi bila suruh buat, dia buat je. Kecik2 dlu obses dengan pistol, senapang. Kat tangan x lekang dgn senapang.

Yg ni klakar, abg aku yg kelima, satu2 nya abg aku yang suka main sensorang, dia punya imaginasi siap gaya macam dragonball super saiyyya,belari dpn cermin mcm watsom yambek. Kalau tinju hebat macam sapok biki. Aku suka tgk, then, gelak Guling2 ??

Yg last, aku. Hahaha… Aku ank bongsu, of course paling manja. Tpi, xsmua yg aku nk, aku dpt. Ye la, family bkn senang, tpi aku syg sgt family aku!

Tpi.. Itu dulu…

Bila parents dah xda, smua bawak haluan masing2..smua dh kawen, so, diorng spent masa dgn family diorg plak. Aku je single. Aku kalau boleh xnk blik kg, xnk ingt kisah silam, sbb ia buat aku sedih.. Rindu kat parent…smlm,aku blik kg, jiran aku tkjut, sbb dh lma x blik. Aku plan nk raya kat rumah, walaupn takda sorg pn family aku yg blik beraya nanti. Diorg dh gtaw awal2.lgpn aku xkesah sgt… Aku cuma rindu suasana puasa yang dlu.. Meriah bersama… Nk mkn ketupat mak, nk dgar celoteh ayah, ragam abang2 n kakak..

Hari ni, lepas sahur, aku duduk bersandar, kt tiang seri rumah aku, tiang cengal rumah kayu. Dalam fikiran aku terbayang kami anak beranak suka ria. Bapal aku tgk berita, abg aku berlari dpn cermin almari pakaian, abg aku pijak belakang mak aku, urut mak aku smbil pegang kat almari, akak aku isi borang one off, abg aku dgn pistolnya duk tembak cicak, yg sulong buat keja skolah n yg no dua duk makan nasi kat dapur. Aku plak duk mengaji kt ruang tamu, smbil bersandar kt tiang feveret aku. Tiang cengal. Aku amati setiap inci rumah, menggamit kenangan silam ku yg xkn aku lupa. Andai boleh di putarkan waktu…….. Sudah tentu akulah orng yg paling happy. Kepada yg masih ada, janganlah lupa utk hargai…

Tiang cengal rumah kayu.
Alfatihah mak
Alfatihah ayah

– Bongsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

187 Comments

  1. kalau confessor nak happy. u r the one who should take an action. balik lah. beraya dgn family yg masih ada. dlu mmg xkan sama dgn skrg. itu adalah hakikat. so create ur own new happy memory dgn keluarga yg masih ada. sungguh hidup kita adalah utk diuji bukan utk bergembira shj

  2. Mysrh Rmli if one day this thing happen to you,dont forget my door is always open for you☺

    Kita pon jgn jadi camni in future..kena terus hidupkan suasana raya..insyaAllah.

  3. Sori ye adik, tp abg kenot help but to visualize your words dlm bentuk iklan petronas. Confirm plg sedih tp plg meletup. Adik, kenangan adalah satu kurniaan tuhan buat insan menghargai satu sama lain. Keep them close to your heart but never let it drag you behind. Semoga kebahagiaan milik adik one day. Now lets hope ada staf leo burnett baca confession awak ni..

  4. My aunt told me that my mum be a leader to her siblings even she is the second child. Eventhough both my grandparents had died but my mum always manages to make all her siblings to gather during raya and every year without fail. So, you have to be the leader by your own and gather all your siblings. Always call and ask about your siblings and please try to make all of you be close like before. may He ease everything for you

  5. Sedih..sbb nasib lebih kurang mcm aku..aku paling bongsu dr 6 beradik, aku sorg ppuan, aku sorg yg single. Bezanya, aku still ada mak ayah yg tua tp dlm proses becerai. Tiap kali raya, aku plg sedih..abg2 semua sebolehnya beraya di rumah mertua..masa kecik la plg happy..seyes aku ckp, aku paham apa dia rasa wpun still ada mak ayah.

  6. Bertabah laaaa awk… Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman… In syaa Allah… Awk leh slow talk adik beradik awk… Buat reunion… Xpe kalo terkenan saat2 indah.. Tue yg terbaik..

  7. Takut sangat nak menghadapi bnda camni… Fazlin Fesal… Farhanis Fesal… Fahmie Fesal… Faris Almurisyi… Tolong jngan lupakan along bila korang dah kawin nnt.. Umah along umah korang jugak…

  8. Nanti no matter what happens, dengan siapa pun kita berkahwin, sejauh mana pun kita bekerja n belajar angah harap at least kita akan kumpul sama2 setahun sekali. We take care of each other n kita masih boleh mencuit dan menyakat masing macam kita buat sekarang. Angah sayang korang. Cc: abg Fadhil, achik Fariziati

  9. Rasanya ada comment confessor kat ruang comments ni. :’/
    Apapun moga confessor tetap kuat! Chaiyok! Huhu.. kakak n abang aku kawen pun aku sedih. Sekarang tinggal aku n adik n abah kat kampung. Aku ingat nnti nak kawen serentak dengan adik aku lah. Tak de lah dia sorang2 nanti kalau aku kawen dulu. Huu..
    Tapi seriously, lepas almarhumah mak takde rasa raya macam nothing.

  10. U yourself kena hidupkan kenangan tu. Kalau adik beradik dah buat hal masing pergi rumah diorang raya with them or ajak diorang raya sekali. Diaorang dah ada family mestila banyak benda nak kena fikir. Atau kau boleh pergi rumah sedara mara lain. Keep in touch dengan diorang. Itu semangat raya. Yang jauh didekatkan,yang dekat kita layan mesra. Kau nak harap orang lain gerak,belum tentu.

  11. I feel u .and at the same time .sy pun lama kelamaan mungkin akan seperti Itu .sy Anak bongsu daripada 8 orang .n semua ada y dah kahwin n Bakal khwin .to me now tinggal ibu n ayah yang kesihatan tak menentu .insha Allah .segala y baik dari Allah .mana tahu .sy doakan awk dpat bertemu dgn zaujah awk y mempunyai family y happy n ramai utk bahagia kan awk nanti n dgn izin Allah akan menyatukan semula ikatan awk adik beradik .aminn .:’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *