Aku Seorang Suami dan Anak

Assalamualaikum wbt. Tak terungkap dengan kata2, tak ternilai seribu bahasa yang aku ingin luahkan disini.

Aku hampir gila jika tidak ada tempat untuk meluah. Terima kasih Admin kerana sudi siarkan luahan aku ini.

Aku seorang suami dan juga anak lelaki tunggal kepada seorang ibu yang sudah uzur.

Azie, isteri yang paling kusayangi, mengahwininya adalah satu anugerah yang Maha Esa. Permulaan hidup kami indah bagai di syurga. Waktu itu arwah Ayahku masih ada dan ibu masih sihat tubuh badan.

Kami dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan semua berjalan dengan lancar dan akulah insan yang paling bertuah kerana memiliki keluarga yang sempurna.

Sehinggalah covid19 meragut kebahagiaan kami sekeluarga. Allah mengambil ayahku kembali disaat kami belum bersedia.

Ibu terselamat dari wabak durjana itu dan aku mengambilnya dan duduk dirumah kami.

Permulaannya perjanjian hanya untuk sementara waktu, tetapi kesihatan ibu semakin merosot kerana depresi, aku tidak dapat meninggalkannya keseorangan.

Syukur aku bekerja sendiri, aku dapat meluangkan masa dan menjaganya dirumah sendiri.

Mula2 isteriku Azie dapat menerima ibu dirumah. Dua bulan pertama ibu menjaga anak2 kami. Dan Azie cukup gembira.

Tapi apabila kesihatan ibu merosot, aku melarang dia menjaga anak2 kami. Dan itu menyebabkan Azie bermasam muka.

Dia merungut kepadaku, sudahlah kos kehidupan kami bertambah kerana ibu berada disini, anak2 pulak terpaksa dihantar ke taska kembali kerana ibu sudah tidak mampu menjaga mereka.

Azie pulak anak kesayangan ibu dan bapa mertua. Sejak dulu lagi bapa mertua aku memang melarang Azie bekerja hakta dirumah pun dia dilarang memasak.

Aku tidak kisah kerana memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semua.

Dan aku tidak risau dengan rezekiku kerana keberkatan menjaga ibu aku merasakan rezeki semakin bertambah. Tapi tidak bagi Azie. Hari2 dia balik kerumah ibunya kerana rimas ibuku dirumah.

Para pembaca sekalian. Adakah aku sebagai suami yang gagal?

Adakah aku berdosa kerana aku tidak dapat menjaga dua2 hati wanita yang paling kusayangi?

Ibu semakin muram dan tahu rumahtangga kami berantakkan dan mohon untul kembali kerumahnya. Ibu pulak yang memohon ampun kepada Azie kerana tidak mampu menjaga anak2 kami.

Luluh hatiku bila ibu berkata begitu dan seperti menyembah Azie supaya jangan meninggalkanku.

Katanya lagi, nyawanya hanya tinggal sedikit dan dia risau akan diriku kalau aku bercerai dengan Azie. Aku akan keseorangan.

Ya Allah ya Tuhanku. Setiap kali didalam solat aku memohon supaya dilembutkan hati Azie.

Azie tidak perlu pun untuk menjaga ibu dan memasak untuknya kerana aku melakukan semua kerja dirumah ini kerana ingin menjaga hati kedua2 wanita ini.

Ibu hanya perlukan sedikit masa denganku dalam keadaan covid19 seperti ini, manalah aku mampu untuk tinggalkan ibu di Terengganu dan kami di Negeri Sembilan?

Aku dengar tangisan ibu dibiliknya agar nyawanya diambil supaya tidak menjadi masalah kepadaku.

Demi Allah ibu adalah ratu hatiku dan ini adalah tanggungjawabku untuk menjaganya. Untuk Azie aku telah lakukan segalanya untuknya.

Tapi mungkin ada kekurangan yang aku tidak sedari. Aku sudah cuba untuk bercakap dengannya tetapi dia tetap meletakkan syarat kepadaku untuk menghantar ibu pulang ke Terengganu.

Para pembaca sekalian, aku mohon pendapat kalian tak kira negatif atau positif kerana aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa kerana ingin menjaga aib

Aku maafkan semuanya sekiranya ceritaku memberikan pendapat negatif. Dan aku jugak ingin meminta maaf sekiranya ceritaku ini menyebabkan ketidakselesaan para pembaca terutamanya wanita.

Sekian corehan hatiku…

– Farizi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *