Antara Ibu Dan Anak

Assalamualaikum semua. Dah lama nak tulis, tapi tak pandai. Kalau published, dan ada manfaat Alhamdulillah.

Hari ke 5 MRO, kami ke rumah ibu hantar barang dapur, lebih kurang 7 km dari rumah kami (sedia dikecam sebab tak duduk rumah)

Tiba aku nampak seorang mak cik berdiri tepi jalan. Panas tak berlindung dengan apa, pokok pun takda.

“Nak kemana mak cik ni, ni kan MRO panas-panas ni, ada ke bas. Dia tak tahu kot sekarang tengah MRO’

Gomelan aku terzahir. Suami pandang cermin belakang,

“Eh macam Mak Long jer tu” (jalan sehala dua lorong, kami dah kedepan)

Ha? Benaran kamu. Tetiba aku kaget, keluar bahasa Indon. Terus aku sambung gomel, nak kemana tu bla bla bla bla.

Sampai je kami ke rumah ibu (mertua) Adik terus keluar dan tanya. Ada nampak tak Mak Long tepi jalan sana? Ada jawab kami. Nak gi mana tu panas-panas ni?

Adik buka cerita. Anak Mak Long positif Covid-19, pejabatnya dah ditutup minggu lepas. Dia ada di hospital.

3 hari lepas ada orang kesihatan datang rumah mereka (sebelah rumah ibu kami) dan semalam ada orang kesihatan datang ambil Pak Long. Mereka pesan untuk yang lain pergi buat saringan covid-19 di hospital berdekatan. Tu mak long nak gi hospital la tu.

Anak yang tinggal dengan Mak Long cuma ayien (belum kahwin dan positive covid)

Kami jadi pening. Nak gi ngan apa tu? Naik bas ke? Terkejut kami. Kalau dia positif macam mana? kenapa macam tu? Mana anak yang lain? Takda sapa ke boleh hantar? Bertubi soalan satu nafas dari aku yang jarang masuk campur urusan keluarga orang (uncontrol).

Adik cakap dia pun tak berapa pasti dengan prosedur KKM. Sebab tak sempat lagi nak tanya jelas-jelas dengan keluarga Mak Long.

Cuma tengah hari tu, Mak Long ada datang rumah ibu kami, serba salah juga jadinya. Mak Long tak berapa faham dengan keadaan sekarang. Dia tak faham isu ni. Covid tu dia tak tahu. Dia kurang dengar, orang kampung yang tak aware dengan keadaan semasa.

Ibu kami pun dah tua,60 lebih. Ibu kami cerita la sikit-sikit dekat Mak Long, tak boleh keluar rumah. Kena berkurung dalam rumah masing-masing, banyakkan doa, solat mengaji apa semua. Serba salah.

Anak-anak mereka tahu tak pasal ni? Aku tanya. Adik dah call anak sulong Mak Long, bagitahu mak nya, keluar nak gi hospital naik bas.

Tapi respon anak nya, dia tak tahu nak tolong macam mana, sebab dia takut juga nak jumpa maknya, nanti susah la dengan anak-anak apa semua. Kang kena kuarantin, sian anak-anak dia.

Jadi dia tiada pilihan melainkan biarkaan saja maknya terkontang kanting sendiri. Anak-anaknya tinggal tak jauh, beza 3, 4 kampung.

Aku highlight anak-anaknya semua berkerjaya (perempuan), maknya kurang dengar, tak berapa faham bila orang cakap.

So, what are they expect? Macam mana maknya nak pergi saring nanti. Dia tahu ke nak buat macam mana? Dia faham tak apa orang KKM cakap nanti? Aku jadi gusar amat. Kelam kelibut tak tentu hala.

Tiba-tiba aku naik angin. Habis kalau dia takut susah, mak dia macam mana? Tak susah ke? Kalau kena orang lain 1 bas tu macam mana? Tak susah ke?

Aku hilang kawalan emosi. Tak kira salah seorang anak dia mesti kena bertanggungjawab. Jangan tambah rumitkan keadaan, libatkan ramai orang.

Emosiku semakin membuak. Tak pernah aku tunjuk belang dirumah mertua. Rosak reputasi aku. Suami diam dalam kesugulan.

Aku mintak Adik, pergi telefon semula pada anaknya. Ask them to do something. Whatever it is. Aku memang tak pernah berhubung dengan mereka.

Sepanjang perjalanan pulang suami diam tanpa kata. Aku merewang, tak dapat hadam apa yang jadi. Orang tua memang tak ada nilai ke pada anak-anak? Apa ibu tak penting ke?

Kalau anak-anak tak sanggup berkorban untuk ibunya, betul ke geng frontliners covid-19 sanggup berkorban. Aku berkecamuk.

Sebelum tidur, sesi pillow talk kami, suami bicara.

“Allah tegur, bagi pengajaran besar untuk kita harini. Apa pun jadi pada ibu ayah kita, tak kira lah besar mana pun risiko yang perlu kita tanggung, jangan sesekali kita abaikan mereka. Hidup kita tak akan selamat, akhirat apatah lagi. Ingat sayang, kita sayang anak jangan sampai buang ibu ya”

Aku, speechless (mata berkaca)

Nota: Kami masih menunggu kehadiran cahaya mata dalam usia perkahwinan 7 tahun.

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *