Babysitter

Salam Semua…

Dah lama aku nak bincangkan hal babysitter (BS) ni, tapi kalau aku cakap terang2an, risau ada yang terasa pulak,. macam2 kes babysitter yang aku pernah baca.. ibu2 yang berkerja dan hantar anak ke rumah babysitter mesti ada rasa paranoid kt BS memasing kan… kat sini aku nak share, dari segi pemerhatian aku kt BS… ni aku cerita yg kejadian depan mata ya… takde reka2 cerita punya.. kira macam behind the scene lah, yang ibu bapa tak nampak…

1. Botol Susu

Please ibubapa, bawa pulang botol susu anak anda hari2.. kalau tak hari2 pun, seminggu sekali… kalau paling malas pun, tolong check botol anak anda yang ditinggalkan di rumah BS sebulan sekali.. sebab apa aku cakap macamni? sebab ibubapa perlu check kebersihan botol susu tersebut..

Ada ‘segelintir’ (tak semua) BS yang malas nak sental botol bersih2… setakat lalu air & bilas air panas… dan mungkin ada yg basuh botol susu guna air sabun basuh pinggan.. yg tak berus botol & puting tu, aduh berkerak puting botol tu, ada sisa2 susu…

Bukan semua BS yg akan basuh botol terus ya, ada kemungkinan botol anak anda di tinggalkan semalaman dalam keadaan basi, dan dibasuh keesokkan harinya…

2. Buai

Tak semua ibubapa yang biasakan anak tidur buai dirumah.. Tapi, tahukah anda… Buai tu adalah benda penting untuk BS… Sebab, bila anak tidur dibuai, mereka akan tidur lebih lena & lama… senang utk BS buat kerja lain… Tapi, aku berharap agar BS sekalian, mintak izin dengan ibubapa untuk tidurkan anak dalam buai.. bukan buat senyap2… Ada sesetengah ibubapa yang tak tidurkan anak dalam buai sebab nak biasakan anak mereka boleh tidur sendiri..

3. Bedung

Selain buai, bedung pun main peranan.. Ada BS yang mengaku sendiri, dia bedung kan anak asuhan dia ketat2 supaya baby tersebut lena tidur. Bedung tak salah sebenarnya, tapi kalau dah BS tu sendiri kata bedung ketat2.. boleh bayangkan berapa ketat tak?

4. Makanan

Seelok2nya, ibubapa cuba la bekalkan makanan yang berkhasiat untuk anak.. masak sendri kat rumah… ada BS ni, bagi tips untuk masak bubur… katanya, letak lah garam sikit dalam bubur… Garam? Garam tak sesuai ya untuk baby… Bayangkan kalau ibubapa minta BS tersebut buatkan bubur untuk anak beliau, dah sah2 BS tu letak garam dalam bubur…

Nestum pun tak sesuai untuk baby, sebab nestum tu ada kandungan gula yg tinggi & benda tu dah diproses & disimpan lama dalam packet… Zaman dulu2 ya, ramai yang bagi anak makan nestum.. tapi sekarang kan kita dah ada ilmu,banyak tips kat fb.. kalau boleh bagi la anak makanan yang berkhasiat… kenapa nak bagi nestum lagi….

5. Check Badan Anak

Seeloknya, setiap hari sebelum hantar anak ke BS, ambil gambar anak sekeping dua… Masa tukarkan pampers atau mandikan anak, belek2 badan anak… Sebab apa? Supaya kite alert kalau ada lebam kat badan anak… Sesetengah BS ada ramai anak asuhan… Dan BS bukan setiap masa pantau anak2 asuhan… Mungkin ada anak asuhan yang ganas ketika bermain, berebut mainan, kes tolak2 atau kes cubit… Budak2 kan… atau mungkin ada kes penderaan dr BS… kalau ibubapa peka dengan perubahan di badan anak, mungkin ibubapa boleh ambil langkah berjaga2 dari awal…

Ini je yang aku nak kongsi, ya aku tau bukan semua BS yang berperangai seperti di atas.. tapi, tak salah kalau kita ambil langkah berjaga2.. Mungkin ada BS depan ibubapa baik, belakang lain?

Memang bersangka baik itu bagus, tapi sebagai ibubapa kena berhati2 juga, kita bukan duduk sebumbung dengan BS.. Jadi, kita tak mengenali mereka secara rapat…

Post ini tidak bertujuan untuk menyakitkan hati mana2 pihak.. tak semua BS begini, mungkin hanya satu dalam 100 orang….

Semoga anak2 kita semua dilindungi dari sebarang kecederaan.

Terima Kasih.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *